Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

There was an error in this gadget

Tuesday, December 7, 2010

MANFAAT DARK CHOCOLATE UNTUK KESIHATAN

PENGAMBILAN COKLAT GELAP SEMAKIN MENINGKAT KERANA UMUM MENYEDARI TENTANG KHASIATNYA TERHADAP KESIHATAN. "CACAO" YANG MENGHASILKAN MERUPAKAN ANTIOKSIDAN YANG KUAT. KAJIAN PERUBATAN JUGA MENDAPATI PENGAMBILAN SEDIKIT COKLAT GELAP YANG BERMUTU TINGGI BOLEH MEMBERI KESAN KEBAIKAN KE ATAS TEKANAN DARAH DAN TAHAP KOLESTROL, SETERUSNYA MEMBANTU MENJAUHKAN PENYAKIT JANTUNG.

Menurut Dr. Dirk Taubert dari University Of Cologne, Germany, coklat gelap dapat membantu merendahkan kadar tekanan darah.

   "Memakan coklat gelap dapat membantu mengurangkan kadar tekanan darah anda - sekiranya anda mencapai tahap umur tertentu dan kadar tekanan darah anda juga sederhana," ujar penyelidik tersebut.

   Walaupun begitu, beliau turut menekankan bahawa ia boleh dicapai sekiranya anda turut menekankan bahawa ianya boleh dicapai sekiranya anda turut mengawal pengambilan kalori di dalam tubuh, dan mengurangkan makanan yang mengandungi kadar lemak, gula dan garam berlebihan.

   Di samping itu, jika anda memerlukan suntikan tenaga, ciri-ciri unik coklat gelap boleh meransang otak untuk mengeluarkan lebih banyak endorfin dan serotonin, iaitu bahan kimia yang memainkan peranan penting untuk memperbaiki emosi, tidur dan memori kita. Pengambilan sedikit coklat gelap di antara waktu makan juga boleh membantu mengawal selera.

Antioksidan di dalam coklat gelap

   Coklat gelap (susu coklat atau coklat bersusu) merupakan antara coklat yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Menurut penyelidik dari National Institute for Food and Nutrition Italy, Mauro Serafini, antioksidan ini membantu menyahkan radikal bebas dan molekul membahayakan yang boleh memberi kesan terhadap penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain.

   "Kajian kami mendapati bahawa kehadiran susu akan menghalang penyerapan antioksidan yang didapati dari coklat ke dalam tubuh badan. Oleh itu, ambil coklat gelap dalam kadar sederhana tanpa disusuli dengan minuman seperti susu agar penyerapan antioksidan ke dalam tubuh lebih berkesan," kata Mauro Serafini lagi.

   Dalam kajian tersebut, setiap dua minggu responden dikehendaki memakan 100 gram gula kandi dan diarahkan mengimbangi kalori yang diambil sebanyak 480 kalori dengan tidak memakan makanan lain yang mempunyai nutrien dan kalori yang sama. Sebahagian daripada responden mengambil coklat gelap dan sebahagian daripadanya pula mengambil coklat putih.

   Hasilnya, responden yang mengambil coklat gelap menunjukkan kesan yang baik pada kadar tekanan darah tinggi mereka manakala mereka yang mengambil coklat putih tidak menunjukkan sebarnag perubahan positif pada kadar tekanan darah tinggi mereka.

   Kajian kedua yang dilakukan oleh Serafini pula yang melibatkan tujuh responden sihat wanita dan lima responden sihat lelaki berumur antara 25-35 tahun. Di hari-hari berlainan, setiap daripada mereka makan 100 gram coklat gelap bersama segelas susu segar, atau 200 gram susu coklat.

   Selepas setengah jam mengambil makanan-makanan tersebut, hasilnya, mereka yang memakan coklat gelap sahaja menunjukkan kandungan antioksidan yang banyak di dalam darah mereka. Malah kandungan epicatechin (zat sihat yang terdapat di dalam coklat) juga tinggi. Sementara itu, mereka yang memakan susu coklat mengandungi kandungan epicatechin yang paling rendah di dalm tubuh mereka.

   Setelah mengetahui kebaikan-kebaikan yang boleh diperoleh daripada coklat gelap, apa kata kamu cuba nikmati sedikit hidangan coklat gelap ini. Selamat mencuba!

---------------------
Artikel dari majalah Mingguan Wanita edisi 4-10 September 2009

Friday, December 3, 2010

Gunalah Akal Dengan Sebaik-baiknya...

Agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w telah memberi penekanan tentang akal fikiran manusia yang dianugerah oleh Allah s.w.t. Wahyu al-Quran berulang kali menyebut tentang akal fikiran seperti "Tidakkah kamu berfikir?", "Mengapa kamu tidak menggunakan akal?". Semua ini membuktikan tentang nilai dan harga akal fikiran kita.

   Tidak kira apa jua saiz badan manusia, Allah telah menganugerahkan manusia dengan anugerah yang sama iaitu akal dan setiap akal memiliki fungsi yang sama dan tiada perbezaan, yang membezakannya ialah cara kita menggunakannya. Ada manusia mengawal akal untuk menjadikan dirinya yang terbaik, namun ada juga yang mengunci akal sehingga membiarkan akal menguasai diri sendiri.

   Akal terletak di dalam salah satu tempat yang dimiliki oleh tubuh manusia, iaitu otak dan manusia bukan salah satu daripada organ akal, jadi siapa yang lebih patut untuk dikuasai atau dikawal? Sudah tentu kamu yang patut mengawal akal kamu, bukan kamu yang dikuasai oleh akal. Ramai manusia tidak sedar akan kebolehan diri sendiri. Ada yang membiarkan diri sendiri dikawal sehingga tidak dapat membezakan yang mana boleh membawa kebaikan atau keburukan. 

Rahsia Alif, Lam, Mim Dalam Surat Khalifah

   Diceritakan bahawa Sultan Mahmud telah mencabar Khalifah Al-Qadir Billah di Bahgdad, mungkin kerana timbul suatu perselisihan faham. Sultan Mahmud menghantar utusan kepada Khalifah Al-Qadir dengan membawa surat ugutan bahawa beliau sanggup menghantar pasukan bergajah untuk melanggar dan memporak perandakan Baghdad. Diterangkannya pula bahawa gajah-gajahnya boleh mengangkat bumi Bahgdad dan dibawa ke Ghazanah.

    Khalifah Al-Qadir tidak tinggal diam, beliau terus mengirim surat cabaran. Anehnya surat Khalifah hanya mengandungi tiga huruf saja iaitu: Alif, Lam dan Mim.

   Sultan bingung ketika menerima surat tersebut kerana tidak faham apa maksudnya. Beliau memanggil pakar-pakar bahasa, tapi mereka juga tidak mengetahui maksudnya. Ahli-ahli Tafsir dan Al-Quran juga dipanggil dan mereka berusaha memadankan surat Khalifah itu dengan surah-surah di dalam al-Quran yang diawali dengan huruf Alif, Lam, dan Mim, tetapi tidak sesuai. Ia tidak dapat dihubungkaitkan dengan kandungan surat Khalifah yang dihantar kepada Sultan.

   Dalam keadaan Sultan bingung mencari orang yang lebih pakar lagi, tampil seorang pemuda yang selama ini tidak ambil kira oleh mereka. "Kalau Sultan mengizinkan, saya cuba untuk mempelajari rahsia surat itu." kata si pemuda.

   Para pegawai istana melaporkan tawaran si pemuda kepada Sultan, dan baginda mengizinkannya.

   "Panggil dia ke sini." kata Sultan. Si pemuda masuk dan surat itu pun dihulurkan kepadanya. Setelah berfikir beberapa minit, si pemuda bertanya, "Apakah Sultan pernah menghantar surat kepada Khalifah yang berisi ugutan untuk menyerang dengan menggunakan tentera bergajah?"

   "Betul, betul. Tapi apa hubungannya?" tanya Sultan.

   "Kalau begitu, Khalifah telah menghantar surat kepada tuanku yang ertinya:

" Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia?"
(Al-Fil: 1-2)

    "Oh... betul tuanku. Khalifah telah menyahut cabaran tuanku." Kata para pakar bahasa dan Tafsir hampir serentak. Sultan merasa gembira dan berterima kasih kepada si pemuda dan diberinya hadiah yang banyak. Mereka juga merasa geli hati sendiri kerana telah berpusing-pusing membongkar Tafsir dan mengkaji surah-surah yang dimulakan dengan Alif, Lam dan Mim, tapi ternyata ia hanyalah hujung surah Al-Fil.*

Aristotles berkata:
"  Orang yang berakal dapat menangkap fikiran orang yang berakal. Sedang orang yang bodoh tidak dapat menerima fikiran orang yang berakal, bahkan tidak dapat menerima orang bodoh."  
 

  
Otak Beku
------------------
Artikel ni Bakul ambil dari majalah MIDI keluaran 15 Januari 2008

Thursday, December 2, 2010

SIAPA KATA TIDAK BOLEH MAKAN MAKANAN RINGAN?

Assalamualaikum.. Ok Bakul nak bagi tip sikit kat orang yang berdiet ni kononnya. Haha. Sebenarnya Bakul tak berapa setuju sangat diet makyet ni. Bagi Bakul, kalau nak kurus, puasa je la. Memang la tak berapa nak patut kan, puasa sebab nak diet. Ok camni, kamu puasa sunat, tapi kan dalam masa yang sama kamu diet jugak kan? hehe Tapi time berbuka tu janganlah balun semua makanan yang ada. Berpada-pada dan beringat-ingatlah tujuan kamu berpuasa tu tadi. Hehe..
1. Makan dalam jumlah yang sedikit
Jika hendak makan sandwich, pilih ukuran yang terkecil, jika memungkinkan pesan dalam jumlah separuh. Elakkan makan burger ukuran dewasa kerana ia mengandungi lebih dari 1000 kalori dan 70 gram lemak. Pilih saja burger ukuran kanak-kanak yang hanya mengandungi sekitar 250 kalori. Ingin makan kentang goreng? Pilih ukuran terkecil, kerana kamu boleh 'berjimat' sehingga 300 kalori.

2. Pilih hidangan yang lebih sihat
Adakah kamu boleh menahan diri daripada godaan memakan kentang goreng? Bagus. Sebagai gantinya pilih saja salad sayur-sayuran yang segar. Jika ada hirisan buah-buahan segar atau sup, pesan saja. Ini sudah cukup mengeyangkan. Untuk mengalas perut makan sedikit nasi atau sup jagung.

3. Makanlah yang hijau
Pilihlah salad dalam jumlah besar dengan ayam panggang, udang atau sayur-sayuran lain yang bebas lemak. Waspada terhadap salad berkalori tinggi yang dilengkapi dengan ayam berlemak. Hindari keju, daging berlemak juga kentang goreng yang secara cepat menaikkan hitungan kalori kamu.

4. Pilih makanan panggang
Ayam yang digoreng atau ikan goreng mentega mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Kalau ingin lebih selamat, pilih menu yang dipanggang tanpa melibatkan unsur minyak.

5. Tentukan sendiri
Jangan menerima secara 'mentah-mentah' apa yang disajikan di restoran. Tetapkan pendirian kamu untuk memilih menu yang lebih sihat. Misalnya, minta waiter mengurangkan mayonis atau mustard pada sandwich. Cuba hindari dressing khusus seperti sos tartar. krim masam dan hidangan tinggi kalori.

6. Lihat apa yang kamu minum
Sejumlah minuman mengandungi kalori dalam jumlah yang besar. Misalnya satu cawan ukuran besar mengandungi 400 kalori. Pesan sahaja air putih dan soda diet. Jangan teruja memesan aiskrim yang mengandungi lebih dari 1000 kalori.  

Kesimpulannya, boleh kalau nak makan apa-apa pun, tapi macam yang Bakul cakap tadi (cakap ke?), berpada-padalah. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan! 

Ini bukan biskut sebenar. haha!
 

Monday, November 29, 2010

Breakfast Esok!

Salam!


Hwaargggghhh!!! Sedapnya menguap, haha! Ups.. Bakul dah tutup mulut k.. Hoho.. Today hujan turun tak berhenti dari pukul 2.30 pm tadi sampai la sekarang baru la tinggal rintik-rintik je. Bantal & tilam bersahut-sahutan memanggil sambil menggoda Bakul untuk dekat dengan mereka. Haha huekk!

Esok kami nak breakfast lasagna. Tadi Kak Zink dah ajar cara nak masak lasagna. Tapi instant lasagna la. Haha! Kak Zink cakap kalau nak masuk ke dalam microwave, tak payah guna pinggan, masuk bekas yang plastik dia tu je ha. Tapi sebelum tu kena cucuk-cucuk dulu bahagian atas tu kasi berlubang. Pastu panaskan dalam 10 minit camtu la. Senang kan? Hehe..


Ok. Bakul nak tengok movie V3 Samseng Jalanan ni. Jangan kacau ok. Daa! Nite2.. Zzzzz...

10 PANDUAN JADIKAN WANITA BERJAYA

Ok tak nak buang masa. Ni Bakul bagi artikel dari majalah Seri Dewi & Keluarga lagi keluaran Julai 2008 pulak. Selamat membaca!



10 PANDUAN JADIKAN WANITA BERJAYA


1. Buang jauh fikiran negatif
Acap kali berfikiran negatif tidak akan membawa kamu ke mana-mana. Malah, ia ibarat racun perosak kejayaan kamu. Oleh itu sebagai langkah awal, kenal pasti terlebih dahulu fikiran-fikiran negatif yang sentiasa berlingkar dalam minda kamu. Kemudian buangkanlah ia jauh-jauh agar tiada lagi unsur negatif sebegitu yang menjadi penghalang kejayaan kamu. Lawan dan kalahkanlah ia. Seandainya kamu mahu berjaya, tibalah masanya untuk kamu berfikir selaku pemenang. Bayangkanlah kejayaan yang bakal diraih.

2. Tangani ketakutan
Takut dan bimbang acap kali merencatkan langkah kamu untuk berjaya. Jadi, cubalah tanganinya dengan baik. Usah biarkan ia menguasai diri dan minda kamu. Sebaliknya yakinilah bahawa kamu mampu melakukan yang terbaik jika kamu mencuba bersungguh-sungguh. 

3. Tekun dan jujur
Tekun dan ikhlas dalam melaksanakan tugas adalah kunci utama mencapai kejayaan. Ini bermakna, setiap tugas yang dilakukan hendaklah dibuat dengan penuh keikhlasan dan berkualiti tanpa merungut. Kamu juga perlu melakukan tugas dengan penuh kesungguhan dan bukannya separuh jalan ataupun 'hangat-hangat tahi ayam'. Kebanyakan wanita yang berjaya biasanya adalah dari kalangan mereka yang gigih dan mempunyai daya tekun yang tinggi.

4. Inspirasi dan motivasi
Inspirasi membentuk motivasi. Dan ia juga boleh mempengaruhi hala tuju kejayaan kamu. Tiada halangan untuk kamu menentukan siapa sumber inspirasi kamu. Ia boleh jadi terdiri daripada ahli keluarga mahupun sahabat. Walaubagaimanapun, untuk berjaya dalam dunia yang diceburi, cubalah dapatkan idola daripada ikon dalam bidang yang sama. Jadikanlah dia sebagai 'role model' kamu.

5. Kuasai ilmu dan kemahiran
Tidak kisah apa pun bidang yang diceburi, penguasaan ilmu dan kemahiran amat penting untuk kamu meraih kejayaan. Lantaran itu, usah sesekali segan silu untuk menerokanya walaupun sehingga terpaksa meminta bantuan daripada orang bawahan kamu. Timbalah lebih banyak ilmu dan kemahiran. Ingatlah bahawa banyak perubahan yang berlaku seiring dengan kemajuan dunia. Jadi, bersedia untuk menghadapi peredaran waktu dan meneroka sesuatu yang baru.

6. Cekal hati, kuatkan semangat
Tidak mudah untuk menjadi orang berjaya kerana halangan yang bakal diterima bukanlah sedikit. Cubalah bersikap tabah dan kuat semangat agar kamu tidak mudah terpengaruh mahupun terduduk dengan setiap kekalahan. Di samping itu, cekalkan hati supaya kamu tidak mudah tunduk dengan cabaran, desakan dan tindak-tanduk pihak lain yang mahu menjatuhkan kamu. Latihlah diri agar sentiasa bersikap rasional dalam apa jua situasi.

7. Usab berlengah
Kalau kamu mahu bergelar wanita berjaya, usahlah sesekali  berlengah dalam setiap tindakan dan perancangan. Ingatlah, setiap detik amat berharga dan bermakna. Lupakanlah kegagalan lalu dan jangan biarkan ia melalaikan kamu. Usahlah menjadikan emosi kamu sebagai punca kamu membazir waktu.

8. Rancang dan jadualkan
Perancangan yang rapi cukup penting kerana ia akan menentukan sejauh mana kelancaran tugasan kamu. Selesai merancang, buatlah jadual dan senaraikan tugas mengikut tuntutan keperluan serta kepentingan. Jadilah seorang individu yang berdisiplin dengan melaksanakan setiap tugas berdasarkan jadual tersebut.

9. Muhasabah diri
Bukan mudah untuk menilai diri, lebih-lebih lagi kalau ia dilakukan oleh individu lain. Namun, cubalah bersikap rasional, tenang dan kuat. Anggaplah ia sebagai suntikan semangat untuk berjaya. Menerusi penilaian tersebut, kenal pasti kelemahan dan kekuatan diri. Gilap kebolehan dan kemahiran yang sedia ada. Di samping itu, cuba perbetulkan kelemahan dan kesilapan.

10. Katakan TIDAK pada kegagalan
Walau apa pun yang terjadi, janganlah berputus asa. Jangan pula mudah mengalah lebih-lebih lagi kalu kamu belum mencuba. Meskipun kamu pernah mengalami kegagalan namun tidak bermakna kerjaya kamu telah berakhir. Sebaliknya jadikan kegagalan sebagai satu permulaan untuk mengecap kejayaan.  


Bibik - Erk?

Salam!


Hehe.. Eh ni dah hari ke berapa ye Bakul jadi bibik? Haha! Adoi, rasa malas pulak Bakul nak update blog ni ha, tapi update gak la kan.. Hoo.. Nak cerita apa ye? Hurmm.. Semalam Kak Zink bawa Bakul dengan anak-anaknya pergi tengok movie 3D Rapunzel kat IOI. Wahahaha! Best jugak la.. Rasa semangat je bila tengok tu. Tambah pulak ni 1st time Bakul tengok movie 3D.. hoho.

Tapi Kak Zink kata 3D kat Malaysia ni tak best. Kalau kat luar negara, 3D dia bukan setakat pakai cermin mata 3D tu je, tapi ni siap kerusi pun bergerak-gerak wa cakap lu! Kalau kat movie tu ada action naik kuda, kerusi kita pun akan terhenjut-henjut macam naik kuda. Haha best kan? Tapi lambat lagi kot nak ada benda macam ni kat Malaysia. Hoo..


Hari ni pun pergi IOI lagi sebab nak brunch, Abg Pipit, suami Kak Zink yang bawak. Lagipun nak beli swimming suit anak-anak diorang ni ha. Sebab ada sale kat situ, haha! Bakul tak kisah, Bakul ikut je. Hee.. Pastu kami brunch pun kat tempat yang sama macam semalam, kat food court, haha! Tapi semalam Bakul makan mee kari. Hari ni Bakul makan nasi ayam pulak. Sos dia sedap tau! Hehe.. Pastu shopping barang dapur & swimming suit, pastu balik.

---------------------------------------------

Adoi, Bakul rasa kan macam nak balik kampung je dah. Hoho. Takde apa-apa pun. Cuma rasa tak sabar je dah nak balik.. Hwaa!

 ---------------------------------------
NASI AYAM
Kelihatan pada petang hari tu Aiman, si budak tujuh tahun sedang berjalan menuju ke rumah neneknya. Di tangannya terdapat satu bungkusan plastik makanan. Tetibe Pak Usu yang sedang melalak dengan gitar kapoknya di bawah rumah menegur Aiman.
Pak Usu: Ai Aiman, ape yang kat tangan tu? Macam best je...
Aiman   : Ni haa, mama suruh kasi nasi ayam.
Pak Usu: Ye ke? Bak sini... Pak Usu tengah lapor giler ni.
Aiman   : Erk, Pak Usu nak buat apa tu?
Pak Usu: Laa... nak buat apa lagi, nak makan la (sambil membuka bungkusan plastik, tetibe...) Eh, nape lain macam je bau nasi ni ha? Busuknya!
Aiman   : Tu nasi nak kasi makan kat ayam nenek la.
Pak Usu: Hoi, lain kali cakap awal-awal. Asbestos punya budak!


Saturday, November 27, 2010

Jom Nyanyi!

Aisiteru by Zivilia



Best tak lagu ni? Whee!

Atasi Masalah Mulut Berbau

Gud morning!


Ha ni bangun tadi dah gosok gigi ke belum? Hehe mesti la sudah, kan? Hidup mesti la bersih-bersih. Haha.. Ok ni Bakul saje nak bagi info lagi nih. Bakul ambil dari majalah Seri Dewi & Keluarga keluaran September 2008. Jom baca!






SEJAUH mana masalah mulut berbau boleh mengganggu rutin hidup anda? Ya, impak yang diberikan memang cukup besar dan tidak patut dipandang remeh. Komunikasi anda bukan saja terganggu, malah tahap keyakinan juga merudum. Beberapa perkara di bawah ini kemungkinan menjadi punca kepada mulut berbau.

Antara punca mulut berbau:-
  • Kekurangan air liur boleh mempercepatkan pembiakan bakteria. Ia akan menyebabkan gigi rosak sekaligus menjadikan mulut berbau.
  • Makanan yang terselit di celah-celah gigi haruslah dibersihkan. Jika tidak makanan itu akan mereput dan menyebabkan gusi berdarah. Situasi ini juga boleh menjadi punca mulut berbau. Selain itu, gigi berlubang juga boleh menimbulkan masalah yang sama. 
  • Satu lagi punca mulut berbau ialah jangkitan virus pada kerongkong. Virus ini biasanya dihidapi oleh kanak-kanak yang mengalami demam. Ketika itu suhu badan mereka meningkat dan memudahkan virus untuk terus membiak. Setelah itu berlakulah jangkitan yang juga menyebabkan nafas berbau.
  • Gigi perokok biasanya kotor dan tidak bersih sepenuhnya. Oleh itu golongan ini akan mengalami nafas berbau bahkan, lebih kuat daripada mereka yang tidak merokok.
  • Jika menggunakan gigi palsu, jaga dan bersihkanlah ia sebaik mungkin. Jika ia tidak mendapat penjagaan rapi, contohnya tidak dibersihkan semalaman, bau yang kurang menyenangkan akan timbul. Baunya juga agak berlainan, tidak sama dengan gigi biasa.
Cara-cara mencegah:-
  • Perbanyakkan meminum air putih bagi menghasilkan air liur.
  • Gunakan benang pergigian (floss) untuk membuang sisa makanan di celah-celah gigi.
  • Berapa kali anda memberus gigi bukanlah isunya. Apa yang menjadi persoalan ialah adakah anda memberusnya dengan cara yang betul? Dalam memberus gigi, anda juga perlu membersihkan lidah yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu depan, tengah dan belakang.
  • Bagi cara yang lebih mudah, anda boleh mengunyah gula-gula getah untuk mengatasi masalah ini. Ia akan lebih berkesan jika gula-gula getah itu tidak mengandungi gula kerana gula boleh menyebabkan karies gigi.
  • Gunakan alat khas untuk membersihkan lidah.
  • Kumurlah mulut anda menggunakan bahan kumur yang bersesuaian dengan anda.
  • Jika boleh, berhentilah merokok dan jangan mengambil minuman beralkohol.
  • Jangan lupa untuk membuat temu janji dengan doktor setiap enam bulan.
 

Friday, November 26, 2010

Rambut Mampu Tafsir Personaliti?

Assalamualaikum! Selamat hari Jumaat! Hehe.. Ni Bakul nak share article lagi. Kali ni Bakul ambil dari majalah Midi keluaran 1 Februari 2009. Enjoy reading!

Rambut adalah mahkota wanita yang sering dijadikan perumpamaan. Memiliki rambut yang cantik sememangnya menjadi dambaan wanita. Kajian Teori Belahan Rambut menunjukkan gaya belahan rambut dapat memberi isyarat apakah anda lebih banyak menggunakan otak kiri atau kanan. Belahan kiri dikatakan menunjukkan sifat-sifat tegas dan maskulin, sementara belahan kanan lebih dikaitkan dengan sifat-sifat kewanitaan. Tidak kira sama ada kiri atau kanan, anda mampu mengubah tanggapan individu terhadap anda!



SISIR KE KANAN ATAU KIRI?

Rambut belahan kanan
Individu ini dikatakan mempunyai sifat sensitif, mudah terasa, jujur dan lebih banyak mengikut kata hati berbanding pertimbangan minda. Mereka juga penuh intuisi, lebih kreatif, berfikiran terbuka dan murah hati. Hasilnya, individu ini sangat disayangi oleh keluarga dan teman-teman.

Rambut belahan kiri
Individu ini mempunyai sifat yang boleh dipercayai. Mereka adalah pemikir otak kiri yang sentiasa berpegang pada hukum logik, berfikiran teratur dan fokus pada setiap pekerjaan. Biasanya mereka sering menjadi pilihan di pejabat kerana mempunyai pelbagai idea hebat.

Rambut belahan tengah
Individu ini sering mencari keseimbangan membuatkan mereka seorang yang penyabar dan tahan tekanan. Mereka gemar merendah diri, menghindari masalah dan sering dipanggil menjadi orang tengah. Jika ditimpa malang, individu ini jarang berasa kecewa sebaliknya berusaha membetulkan keadaan.

Rambut tanpa belahan
Individu ini merupakan seorang perintis yang kreatif. Walaupun mempunyai beberapa sifat yang ganjil, mereka tetap menarik dan artistik dalam gaya yang tersendiri. Perubahan yang kreatif ini mendatangkan kebahagiaan dalam diri di samping fikiran yang fleksibel dan gemar berimaginasi.  

Thursday, November 25, 2010

KETAHUI PENYAKIT DAN TIP PENJAGAAN MATA

Salam! Hehe hari ni saje Bakul nak share info. Ni Bakul ambil dari majalah Seri Dewi & Keluarga keluaran Februari 2008. Bakul ambil Kak Zink punya majalah. Hoho.. Harap info ni sangat berguna untuk semua. Hehe..


   MATA merupakan organ yang terbentuk untuk mengesan kehadiran cahaya sekaligus menafsirkan apa yang dilihat dalam bentuk imej dan visual. Secara zahirnya, mata membantu kita melihat apa yang ada di sekeliling kita. Ada di antara kita yang tidak begitu menitikberatkan penjagaan mata (macam Bakul). Malah ada yang tidak pernah memberi ruang untuk mata berehat selepas seharian bekerja. Selagi kita tidak tidur, selama itulah mata akan bekerja untuk kita. Selain tangan, kaki, pinggang dan bahagian badan yang lain, mata juga memerlukan senaman untuk meregang dan mengendurkan otot-ototnya. Apabila usia meningkat, kita sebenarnya lebih berisiko untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan, tidak terkecuali masalah mata. Ketajaman penglihatan mula terjejas dan kemampuan melihat dan menilai sesuatu objek juga semakin merosot kerana perubahan anatomi dan fisiologi mata turut berubah, sekali gus menjejaskan penglihatan.
        Ketahui lima jenis penyakit yang biasa menyerang mata. 

1. Conjunctivitis
Penyakit ini juga dikenali sebagai  sakit mata. Ia terjadi disebabkan inflamasi atau radang yang disebabkan oleh virus dan bakteria. Bagi yang mengalami Conjuctivitis, mata pesakit akan membengkak, kemerah-merahan dan berair.Pesakit juga akan berasa matanya gatal, pedih, dan kadang kala sakit serta mengeluarkan nanah yang banyak sehingga kelopak mata terlekat. Bagi mereka yang mengalami sakit mata, pendedahan kepada cahaya akan menambahkan rasa tidak selesa pada mata. 

2. Glaukoma
Penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan bendalir khususnya dalam gelemair yang semakin bertambah hingga melebihi tekanan normal. Dalam keadaan normal, bendalir jernih dihasilkan di bahagian gelemair secara berterusan. Bendalir ini juga mengalir keluar secepat ia dihasilkan. Akan tetapi, bagi pesakit yang menghidap Glaukoma, aliran bendalir tersekat dan ini mengakibatkan tekanan dalam mata meningkat. Pesakit biasanya berasa sakit pada mata dan mungkin juga kepalanya. Mata mudah berair dan bahagian mata putih akan menjadi kemerah-merahan. Anak mata pula membesar dan kelopak mata akan membengkak. 

3. Ketumbit
Ketumbit merupakan jangkitan pada kelenjar minyak mengakibatkan bisul kecil yang berkembang di sekitar kawasan kelopak mata dan keadaan ini menyebabkan kelopak mata menjadi merah dan sakit. Ketumbit boleh muncul akibat daripada keperluan untuk menggunakan cermin mata atau keadaan mata yang tidak dijaga dengan sempurna. Ketumbit juga boleh disebabkan oleh anemia (kekurangan sel darah merah) atau kencing manis. Sebagai penyakit yang dianggap ringan, kita boleh mengelakkannya dengan mengutamakan kebersihan fizikal dalam kehidupan seharian. 

 4. Katarak
Katarak biasanya terjadi kepada mereka yang terdedah kepada cahaya yang terang dan bersuhu tinggi seperti pekerja kilang dan tukang kimpal di industri gelas atau besi. Kebiasaannya, ubat mata digunakan untuk melegakan kegelapan kanta mata. Sekiranya Katarak sudah matang dan untuk rawatan jangka panjang, pembedahan adalah kaedah terbaik untuk membuang selaput yang menghalang pandangan. 

5. Trakoma
Trakoma ialah penyakit mata yang mudah berjangkit dan disebabkan oleh virus yang menyerang selaput kelopak mata. Ini mengakibatkan bahagian hadapan mata terpaksa ditutup. Gejala-gejala awal Trakoma termasuklah selaput mata menjadi merah dan gatal, kelopak menjadi bengkak, lelehan berair dihasilkan dan mata peka pada cahaya.  

Tip penjagaan mata
  • Amalkan senaman mata. Anda hanya perlu menggerakkan bola mata ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri bagi memastikan mata sentiasa segar dan cergas.
  • Mata mempunyai cara pembersihan secara semula jadi di mana pergerakan kelopak mata dapat membantu membersihkan mata.
  • Elakkan menggosok mata dengan tangan atau tuala yang tidak bersih.
  • Ambil makanan yang kaya dengan kandungan lutein dan zeaxantin seperti brokoli, bunga kobis, kailan, biji bunga matahari dan bayam. Kajian emnunjukkan mereka yang mengambil makanan dengan nutrien ini kurang mendapat masalah mata yang berkaitan dengan penuaan berbanding dengan mereka yang tidak berbuat demikian.
  • Amalkan melihat kehijauan alam semula jadi untuk menyejukkan mata.
  • Semasa membaca, pastikan cahaya adalah cukup terang. Pastikan juga jarak mata adalah di antara 30-35 sentimeter dari bahan bacaan anda.
  • Elakkan daripada memandang matahari secara terus.
  • Elakkan juga daripada bermain dengan alat tajam yang mungkin boleh mencederakan mata.
  • Dapatkan pemeriksaan atau rawatan dari pakar mata apabila mata tercedera, bengkak, gatal, pedih, merah dan penglihatan menjadi kabur.
  • Pastikan tidur yang cukup supaya mata tidak berada dalam keadaan tegang.

Wednesday, November 24, 2010

Bibik - 3rd Day

Salam2..

Ok hari ni Bakul nak cerita pasal sup daging. Bakul dapat makan sup tu hari ni! Yeay! Kan ada hari tu Bakul cerita pasal ni kat Aidil Adha Itu Pengorbanan. Dan akhirnya Bakul dapat jugak merasa. Hee.. Sebenarnya Kak Zink dapat dari kolej yang dia ajar semalam. Tapi hari ni baru makan. Hee.. Sedap-sedap. Hee..


Sup yang slurrrppp!!!
Dan lagi dan lagi, Bakul makan kek hari ni. Makan kek buah pulak, tepi dia ada kacang. Tak habis lagi keknya, esok sambung makan lagi kot. Hahaha! Nanti masuk sem nampak Bakul dah tembam janganlah terkejut pulak ye. =)

Tadi Kak Zink tanya, "Boring ke duduk kat rumah?" 

He..Pastu Bakul jawab la, "Biasa-biasa jek..Hohoho"

Tapi memang tak boring sangat pun, boring sikit aje. Lagipun sepanjang hari Bakul buat kerja-kerja rumah. Bila ada masa lapang, baru Bakul menjahit. Eh? Bakul pandai jahit ke? Hahaha! Takde la pandai sangat, and bukan jahit baju pun. Hee.. Ni ada la Bakul buat kraftangan sikit. Bakul jahit buat bentuk huruf. He..

Pastu malam makan, cuci pinggan & kemas dapur semua. Then terus naik atas surf internet. Begitulah kehidupan seharian Bakul di sini.. Hohoho!

Lebih kurang macam ni la yang Bakul buat. Nanti yang real punya Bakul take picture ok. Hoho! 

Tuesday, November 23, 2010

Bibik - 2nd Day


Salam! 

Today tak banyak yang Bakul buat.. Cuma pagi tadi Bakul lupa nak bagi ubat kat Feri. So lepas lunch baru teringat then cepat-cepat bagi. Haha.. Bakul ni aunty yang ntah apa-apa kan? Kan? Hak3!

Bila Kak Zink balik, mesti tanya Bakul dah makan ke belum? Pastu suruh makan cheese cake yang ada kat ice box tu la. Haish.. Kadang-kadang Bakul terfikir, Bakul ni datang sini bukannya kena masak, tapi kena makan. Hahhaha.. Ok la tu.. boleh menaikkan badan yang tak mahu-mahu naik ni.. Hahahaha!

Ni cheese cake k.. ada coklat kat atas dia sepatotnya, rasa macam cadbury taw coklat dia.. hehhehe
Pastu tadi Kak Zink ajar camne nak masak pizza guna microwave.. Yelah Bakul mana tahu guna benda-benda macam ni. Kat rumah mak mana ada kan.. hoo.. Rupanya senang je nak gunanya. Hee.. Maknanya sekarang Bakul dah pandai dah! Yeay! hahhaaha, sengal~


Monday, November 22, 2010

Bibik - 1st Day

Hye!!!!!!


Today ialah 1st day Bakul jadi bibik kat rumah Kak Zink untuk tahun ni pulak.. hehe.. Takde pape, kehidupan dilalui takde lah berubah mana. Eh tapi jangan salah fahamlah sangat. Bakul bukan jadi bibik betul-betullah. Bakul just jadi penjaga je kat rumah ni. Just ada la orang dewasa yang jaga rumah. Bukannya buat kerja rumah yang macam bibik betul-betul tu.. huu.. Lagipun tak susah mana pun sebab anak Kak Zink yang youngest, Feri, umur 7 tahun dah. So, takde la nak jaga apa pun. He..

Pastu Kak Zink pun balik awal hari ni. Pukul 3 petang dah sampai rumah dah. Terus hantar Feri pergi daftar kelas muzik. Hee.. excited je Feri dapat masuk kelas muzik. Tapi tak belajar lagi, pergi daftar je. Kelas muzik Feri hari Rabu nanti. Pulak tu Feri pun dah pandai main piano sikit-sikit. Dia tengok-tengok kakak dia main la tu.. Hee.. Pape pun, congratz Feri! Dapat jugak masuk kelas muzik! Yeay!




Sunday, November 21, 2010

Hijjaz - Rindu

Syahdu lagu ni..hoo





CUTI SEMESTER UNTUK JADI BIBIK

Salam!

Hehe..Bakul dah habis exam Jumaat tu hari, paper last, Human Physiology. Bakul rasa ni la paper paling senang berbanding paper-paper lain. Paper lain tu semua yang Bakul target tak mengena. Hampeh je Bakul rasa.. huhuhu... Tapi takpe la, mintak-mintak semua subjek lulus. Bakul tak tahan dah nak repeat subjek macam time diploma dulu. Sedikit seksa rasanya.. Huu..

Ok, esok bermulalah cerita Bakul menjadi bibik lagi untuk kali keduanya.. Hehe.. Macam biasalah, maid Kak Zink balik indonesia, cuti-cuti Indonesia la..hahhaha!

Kat sini Bakul bagi satu poem, sekadar renungan kita bersama, Bakul just copy & paste dari iluvislam.com je.. hehehe. Ok hayatilah....


SEMINIT SAJA

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran. 


Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa. 

Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,
serta terus klik pada icon
DELETE .

ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERfIKIR-fIKIR. ..?
Sebar luaskanlah & bersyukurlah
kepada ALLAH, YANG MAHA ESA,PENGASIH
DAN PENYAYANG
.
Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. Betapa banyak
orang tidak akan menerima pesan ini, kerana anda tidak yakin bahawa mereka
masih percaya akan sesuatu?


Wednesday, November 17, 2010

AIDIL ADHA ITU PENGORBANAN

Assalamualaikum!


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!

Huu.. walaupun raya korban je kan, tapi Bakul rasa raya tahun ni la paling tak besh. Uhuhu.. Nak tau sebab apa? Huu.. Bakul tak balik kampung! Hwaaaa!!! Sedih sangat taw.. Bakul raya kat kampus jek. Hmmm.. ok gak la raya kat sini. Dean ada sponsor buat jamuan raya. Dapat la Bakul makan satey & nasi impit. Hehe...

Tapi kan, sebenarnya Kak Daisy ajak pergi rumah dia. Tapi Bakul tak nak. Sebab Bakul tak habis exam lagi.. Huhu.. Bakul rasa bersalah sangat-sangat. Yelah, Kak Daisy beria-ia ajak, tapi Bakul tak nak jugak..Bakul sedar, kalau Bakul balik rumah Kak Daisy, mesti Bakul tak study punya lah. Mesti Bakul main dengan budak-budak kenit tu semua.Sampai tak study punya lah. Cormfirm!

Agaknya Kak Daisy merajuk kot. Tadi pagi-pagi lagi Bakul dah  wish kat semua abang dan kakak Bakul. Pastu semua reply balik wish Bakul tu kecuali Kak Daisy & Abg Jus. Abg Jus tu Bakul taw la.. Dia mana nak reply message bukan-bukan camni.. hehe.. Tapi Kak Daisy yang biasanya reply, dia tak balas apa pun. Hmmm... Agaknya Kak Daisy busy kot. Ada guest nak datang rumah dia kot hari ni.

Ni ha message yang Bakul sent;
Bakul: Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya Aidil Adha! Nanti makan sup daging tu ingatlah kite kat sini ya! Mwahaahhahahaa!

Pastu diorang reply;
Abg Ankle: K (Huh Bakul tak puas hati langsung! Ni jek yang Abg Ankle reply? Hampeh tol! hahaha)
Ajak: Waalaikumsalam, Selamat Hari Raya gak untuk Bakul. Tinggal tulang je supnya. Hahaha (Ha yang ni best sikit, lawak lak si Ajak ni..hahhhaha)
Kak Zink: Mana ada sup daging. Selamat Hari Raya. (hahaha..cool giler Kak Zink reply..hahahaha!)

Tapi takpelah, lebih baik Bakul lukakan hati Kak Daisy hari ni, daripada dia terluka bila tengok result Bakul nanti. Agaknya inilah yang dinamakan pengorbanan di Aidil Adha.. Uuhuhu... Eh?! Dah2! Bakul nak study ni! Kang merapu apa lagi ntah kang cerita sedih yang Bakul cipta.. Hoho.. Ok cau! SELAMAT HARI RAYA!











Friday, November 12, 2010

RENUNGAN HAMBA

Salam, wah ni memang sangat2 lama la tak update kan..huhu.. ok2 ni ha Bakul kasi lirik RENUNGAN HAMBA.. huhuhu

RENUNGAN HAMBA
 

SELALU KU SESALI DOSA
DAN SELALU KU ULANG KEMBALI
DAN KAU MASIH MEMBERI KEBAHAGIAAN
KU BUKAN HAMBA PILIHAN

Allah berfirman,
"Wahai manusia,
Aku heran pada orang yang yakin akan kematian tapi ia hidup bersukaria
Aku heran pada orang yang yakin akan pertanggungjawaban segala amal perbuatan di akhirat tapi ia asik mengumpulkan dan menumpuk harta benda
Aku heran pada orang yang yakin akan kubur tapi ia tertawa terbahak-bahak
Aku heran pada orang yang yakin akan adanya alam akhirat tapi ia mnjalani kehidupan dengan bersantai-santai
Aku heran pada orang yang yakin akan kehancuran dunia tapi ia mengaguminya
Aku heran pada intelektual yang bodoh dalam soal moral
Aku heran pada orang yang bersuci dengan air sementara hatinya masih tetap kotor
Aku heran pada orang yang sibuk mencari cacat dan aib org lain sementara ia tidak sedar sama sekali terhadap cacat yg ada pada dirinya sendri
Aku heran pada orang yang yakin bahawa Allah senantiasa mengawasi segala perilakunya tapi ia berbuat durjana
Aku heran pada orang yang sedar akan kematiannya kemudian akan tinggal dalam kubur seorang diri
Lalu dibintahi pertanggungajawaban seluruh amal perbuatannya tapi ia berharap belas kasih dari orang lain
Sungguh tiada Tuhan kecuali Aku dan Muhammad adalah hamba dan utusanKu

Allah berfirman
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Aku, tiada sekutu bagiKu, dan Muhammad adalah hamba dan utusanKu
Barangsiapa tidak mahu menerima suratan nasib yang telah Aku putuskan
Tidak bersabar atas segala cubaan yang Aku berikan
Tidak mahu berterima kasih atas segala nikmat yang Aku curahkan
Dan tidak mahu menerima apa adanya atas segala yang Aku berikan
Maka sembahlah Tuhan selain Aku
Barangsiapa yang susah kerna urusan dunia, sama saja ia marah kepadaKu
Barangsiapa mengadukan musibah yang menimpa dirinya pada orang, ia sungguh-sungguh berkeluh kesah padaKu
Barangsiapa tidak bertambah tingkat penghayatan keagamaannya, sungguh ia dalam keadaan selalu berkurang
Barangsiapa yang terus menerus dalam keadaan berkurang, kematian adalah jauh lebih baik baginya

SELALU KU SESALI DOSA
DAN SELALU KU ULANG KEMBALI
DAN KAU MASIH MEMBERI KEBAHAGIAAN
KU BUKAN HAMBA PILIHAN

Allah berfirman
Wahai manusia
Terimalah anugerah yang Kuberikan dengan lapang dada, maka engkau tidak akan berharap pada pemberian orang lain
Tinggalkanlah rasa dengki, maka kau akan terhindar dari kegelisahan hidup
Hindari perbuatan haram, maka engkau aman dari kehancuran dalam beragama
Barangsiapa mampu menjaga diri dari membicarakan kejelekan orang lain, maka kecintaanKu akan Ku anugerahkan kepadanya
Barangsiapa mengisolasikan diri dari kerumunan orang, maka ia akan terhindar dari pengaruh jeleknya
Barangsiapa mampu membatasi diri dari berbicara yang tidak ada gunanya, itu menandakan kematangan akalnya
Barangsiapa menerima dengan lapang dada atas pemberian Allah yang sedikit, maka ia penuh percaya pada Allah

Allah berfirman
Wahai manusia
Barangsiapa berduka kerna persoalan dunia, maka ia hanya kian jauh dari Allah, kian nestapa di dunia, dan semakin menderita di akhirat
Allah akan menjadikan hati orang tersebut dirundung duka selamanya, kebingungan yang tak berakhir
Kepapaan yang berlarut-larut dan angan-angan yang selalu mengusik ketenangan hidupnya

Wahai manusia
Hari demi hari usiamu kian berkurang sementara engkau tidak pernah menyedarinya
Setiap hari Aku mendatangkan rezeki kepadamu, sementara engkau tak pernah memujiKu
Dengan pemberian yang sedikit, engkau tidak pernah mahu lapang dada
Dengan pemberian yang banyak, kau tidak juga pernah merasa kenyang

Wahai manusia
Setiap hari Aku mendatangkan rezeki untukmu sementara setiap malam malaikat datang kepadaKu dengan membawa catatan perbuatan jelekmu
Engkau makan dengan lahap rezeki Ku
Namun kau tak segan-segan pula berbuat durjana kepadaku
Aku kabulkan jika engkau memohon kepadaKu
Kebaikan ku tak putus-putus mengalir untuk mu
Namun sebaliknya catatan kejelekanmu sampai kepadaKu tiada henti

Akulah pelindung terbaik untuk mu
Sementara engkau hamba terjelek bagiKu
Kau raup segala apa yang Ku berikan untuk mu
Kututupi kejelekan demi kejelekan yang kau perbuat secara terang-terangan
Aku sungguh-sungguh malu kepadamu
Sementara engkau sedikit pun tak pernah merasa malu kepadaKu
Engkau melupakan diriKu dan mengingat yang lain
Kepada manusia engkau merasa takut
Sedangkan kepadaKu kau merasa aman-aman saja
Pada manusia engkau takut dimarahi tetapi pada murkaKu, engkau tak peduli...


Kalau nak dengar, boleh klik kat sini ye..

http://www.youtube.com/watch?v=6namlbdINoI

Tuesday, June 22, 2010

My Mind is the Scene of the Crime

I think I don't want to lose my bad secret in my mind..hahaha

This just trying to post the blog.






poster

Amazon Associates

Bakul baru je join ni!

Mintak Mangap...

ASSALAMUALAIKUM!

Hwaaa!!! Lamanya la Bakul tak update blog ni.. Mesti kalo ada orang baca, dia mesti kata Bakul ni hangat2 taik ayam jek.. huhu.. Yela, dulu semangat buat blog ni pun sebab nak cerita pasal Farmer.. Tapi sekarang ni Bakul dah tak ada contact ngan Farmer pun.. And tak tau pun apa perkembangan Farmer sekarang ni.. huhu.. Biarlah Farmer dengan kehidupan dia.. Bakul tak nak kacau la.. Andai ada jodoh, kami akan dipertemukan.. hahahhaa..

Ok, now Bakul dah habis study sebagai diploma student.. La ni Bakul tengah cuti la ni.. hehe... Tapi tak lama lagi Bakul nak study balik, sebagai degree student pulak, kat tempat yang sama.. hehe.. Bakul malas nak mintak tempat lain.. Lagipun IPTA kena ada MUET.. Bakul malas nak daftar nak amik exam MUET tu.. hik3... Tak pe la belajar kat tempat sama pun.. Yang penting Bakul still ada semangat lagi nak belajar kan? Kan? Hek

Haa.. Hari ni Bakul takde nak pergi mana2.. Dok rumah kakak jew.. Esok baru keluar p tolong Abang Ankle jual air cedok.. hehe.. Setakat ni je la laporan Bakul.. nanti ada pape Bakul post lagi.. Yeay!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...