Assalamualaikum! Selamat hari Jumaat! Hehe.. Ni Bakul nak share article lagi. Kali ni Bakul ambil dari majalah Midi keluaran 1 Februari 2009. Enjoy reading!
Rambut adalah mahkota wanita yang sering dijadikan perumpamaan. Memiliki rambut yang cantik sememangnya menjadi dambaan wanita. Kajian Teori Belahan Rambut menunjukkan gaya belahan rambut dapat memberi isyarat apakah anda lebih banyak menggunakan otak kiri atau kanan. Belahan kiri dikatakan menunjukkan sifat-sifat tegas dan maskulin, sementara belahan kanan lebih dikaitkan dengan sifat-sifat kewanitaan. Tidak kira sama ada kiri atau kanan, anda mampu mengubah tanggapan individu terhadap anda!
SISIR KE KANAN ATAU KIRI?
Rambut belahan kanan
Individu ini dikatakan mempunyai sifat sensitif, mudah terasa, jujur dan lebih banyak mengikut kata hati berbanding pertimbangan minda. Mereka juga penuh intuisi, lebih kreatif, berfikiran terbuka dan murah hati. Hasilnya, individu ini sangat disayangi oleh keluarga dan teman-teman.
Rambut belahan kiri
Individu ini mempunyai sifat yang boleh dipercayai. Mereka adalah pemikir otak kiri yang sentiasa berpegang pada hukum logik, berfikiran teratur dan fokus pada setiap pekerjaan. Biasanya mereka sering menjadi pilihan di pejabat kerana mempunyai pelbagai idea hebat.
Rambut belahan tengah
Individu ini sering mencari keseimbangan membuatkan mereka seorang yang penyabar dan tahan tekanan. Mereka gemar merendah diri, menghindari masalah dan sering dipanggil menjadi orang tengah. Jika ditimpa malang, individu ini jarang berasa kecewa sebaliknya berusaha membetulkan keadaan.
Rambut tanpa belahan
Individu ini merupakan seorang perintis yang kreatif. Walaupun mempunyai beberapa sifat yang ganjil, mereka tetap menarik dan artistik dalam gaya yang tersendiri. Perubahan yang kreatif ini mendatangkan kebahagiaan dalam diri di samping fikiran yang fleksibel dan gemar berimaginasi.
No comments:
Post a Comment