Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

There was an error in this gadget

Tuesday, October 16, 2012

Makcik Dan Aiskrim

Salam... Nak dijadikan cerita, Bakul ngan kawan2 Bakul pergi Giant sebab nak shopping. Lepas habis kami beli barang, kami beli makan kat KFC. Bungkus je. Bakul teringin pulak rasanya nak makan Zinger Double Down tu. Hehe. Tapi Bakul beli untuk puasa la. Sebab Bakul puasa hari ni.

Kami tunggu masuk waktu maghrib kejap kat KFC tu. Pastu minum just untuk buka puasa. Dan dah takde urusan dah. Kami pun berjalan keluar dari bangunan tu. Masa kami berjalan, Bakul nampak ada seorang mak cik tua tu makan aiskrim. Macam best je kan makcik tu makan. Teringin je Bakul. He. 

Tapi yang membuatkan Bakul tersentuh, aiskrim tu meleleh-leleh kat tangan makcik tu. Ada tisu kat tangan dia. Tapi tisu tu pun dah tak mampu nak tadah lelehan aiskrim tu. Bila Bakul dah melepasi makcik tu, Bakul still pandang dia. 

Then Bakul nampak! Anak dia yang jalan kat depan ngan bini dia tengok mak dia jalan terkedek-kedek kat belakang. Pastu boleh pulak dia buat donno buat tak tahu je. Eee...!!! Geramnya Bakul rasa. Pastu kawan Bakul bagi tisu kat Bakul. Then Bakul pun berlari-lari la pergi kat makcik tu.

Bakul: Nah makcik, tisu. Kesian makcik. Meleleh-leleh dah aiskrim tu.
Makcik: Terima kasih...

Sangat lembut je makcik tu cakap ngan Bakul. Hmm...tersentuh rasa hati ni. Tetiba Bakul teringat mak Bakul kat kampung. Mak Bakul Alhamdulillah setakat ni sihat walafiat. Kalau la mak Bakul sakit ke, apa ke, Bakul pun tak tahu la sabar ke Bakul ni nak jaga mak. Tak pun kalau Bakul kahwin nanti, kuat ke Bakul ni nak jaga mak mertua? Huhu...

Cukuplah hari ni jadi pengajaran kat Bakul... Mak...


Sunday, October 14, 2012

Tolong Aku Berzikir



Ya Allah, tolonglah diriku untuk bisa selalu berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu, dan meningkatkan ibadah-ibadahku kepadaMu...






Saturday, October 13, 2012

MATI ITU PASTI

KEMATIAN bukanlah "bencana" yang harus dilupakan, melainkan pelajaran penting yang mengajarkan kepada manusia erti hidup yang sebenarnya. Dengan demikian, kematian seharusnya menjadi bahan pemikiran yang mendalam. Seorang muslim akan benar-benar merenungi kenyataan penting ini dengan kesungguhan dan kearifan.

Mengapa semua manusia hidup pada masa tertentu dan kemudian mati? Semua makhluk hidup tidak kekal. Ini menunjukkan bahawa manusia tidak memiliki kekuatan dan tidak mampu menandingi kekuasaan Allah. Allah lah satu-satunya Pemilik kehidupan, semua makhluk hidup dengan kehendak Allah dan akan mati dengan kehendakNya pula.

Setiap orang akan mati, namun tidak seorang pun tahu di mana dan bila kematian akan menghampiri. Tidak seorang pun dapat menjamin ia akan hidup pada saat berikutnya. Oleh kerana itu, seorang muslim harus bertindak seolah-olah mereka sebentar lagi akan didatangi kematian.

Berfikir tentang kematian akan membantu seseorang meningkatkan keikhlasan dan rasa takut kepada Allah, dan mereka akan selalu menyedari akan apa yang sedang menunggunya, (Harun Yahya, Nilai-Nilai Moral Al-Quran, 2004)

Tuesday, October 9, 2012

KIH3

Ermm tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam nak je mesej ngan Taufan. Tapi malu la. Huk3. Windu sama beliau. Kih3

Monday, October 8, 2012

Berikan

Cuba untuk tidak berkira. 
Sebab apa yang ada kat saya ni pun, bukan saya punya.  
Berikan. 
Kalau tak dapat, mintak secara berhemah. 
Kalau dapat balik, Alhamdulillah...
 
 

Friday, October 5, 2012

Makan KLCC

Sape soh td kat cafe makan sikit sangat. 
Ha ni makan dia! 
Ngee...
#Poppi beef buritto
 

Thursday, October 4, 2012

SYUKUR

#Indahnya sabar dan syukur. 
 #Orang yang dinaungi hidayah akan takut jika kehilangan rasa jujur, rasa syukur dan jiwa besar. 
# Alhamdulillah... Terima kasih Allah untuk segalanya....
 

Renung Sejenak

Biar tak kaya harta tapi kaya budi.
Biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.
 

Ilmu Dicari Sentiasa

Dulu masa Bakul sekolah menengah, Bakul amik ujian Pendidikan Islam. Ada soalan, apa nama panggilan Siti Aisyah yang diberi oleh Rasulullah. Masa tu Bakul tak taw pun jawapan dia. So Bakul pun bubuh la jawapan 'ya habibi'. Kompem la salah kan. Hak3. Terasa jahil amat diri ini. (##)
#Apsal la Bakul bubuh jawapan tu... Ngee~
 

Wednesday, October 3, 2012

Cuba Untuk Senyum

 Nak gelak camni bole? Huhu
 

Tuesday, October 2, 2012

Dinding Kalbu

Mengapa dipecahkan dinding sedangkan boleh masok ikot pintu...
 Manusia memang camtu. Ada cara senang, tapi nak jugak ikot cara susah yang salah
Tak tuju kat sape2 pun. Tapi maaf le kalo ada yang terasa.

Monday, October 1, 2012

From Sept To Oct

Assalamualaikum! 
Kalo takde lagu Wake Me Up When September Ends, takde sape pedulik pun kedatangan October.  
#Mulakan segala hal dengan basmalah. Moga ada hikmah. (~~)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...