Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Showing posts with label Kebersihan. Show all posts
Showing posts with label Kebersihan. Show all posts

Monday, December 3, 2012

KEISTIMEWAAN WUDHUK

Setiap amalan syariat yang diajarkan oleh Islam melalui Rasulullah s.a.w pasti memiliki hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Misalnya mengapa Islam mengutuk perbuatan zina, minum arak, mencuri, dan mengapa pula Islam mengajarkan umatnya bertauhid, menegakkan solat, memperat silatulrahim dan lainnya? Tentunya ada sesuatu yang sangat penting di sebaliknya. Demikian juga dengan berwuduk, ia memiliki keistimewaan yang khas, antaranya sepertimana yang diungkapkan oleh Nabi yang bermaksud:

"Telah bersabda Rasulullah s.a.w. Kesucian itu sebahagian daripada iman, kalimah alhamdulillah memenuhi timbangan, bertasbih kepada Allah dengan mengucapkan subhanallah dan alhamdulillah meliputi apa yang ada di langit dan di bumi". (Riwayat Bukhari Muslim)

Kesucian dalam hadis di atas bersifat am, mencakupi segala hal kesucian, sebab sebenar Islam itu agama yang cinta kesucian, kebersihan. Bahkan kesucian atau kebersihan itu diletakkan oleh Nabi sebagai sebahagian daripada iman. Termasuklah wuduk di dalamnya. Oleh itu Iman Muslim meletakkan hadis ini dalam bab keutamaan wuduk.

 Dalam hadis lain disebutkan lebih khas bagaimana keistimewaan wuduk menurut Rasulullah s.a.w:

"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu membersihkan wajahnya, maka keluarlah daripada wajahnya segala dosa yang telah dilakukan oleh matanya bersama aliran air. Apabila ia membersihkan tangannya, maka keluarlah daripada tangan itu dosa-dosa yang telah dilakukan olehnya mengalir bersam air, manakala ia membasuh kakinya, maka keluarlah daripada kaki itu dosa-dosa yang telah dilakukan olehnya mengalir bersama air, sehingga hamba itu keluar dari tempat wuduk dalam keadaan bersih daripada dosa yang dilakukan oleh anggota tubuhnya." (Diriwayatkan oleh Muslim)

Bukan hanya sekadar itu, wuduk juga memiliki keistimewaan lain:

"Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya umatku akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan bercahaya di wajahnya daripada kesan wuduk, oleh itu sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa bercahaya maka berwuduklah selalu" (Diriwayatkan oleh Bukhari)

Orang yang dalam keadaan marah, diajarkan oleh Rasulullah agar berwuduk. Ertinya manusia yang tercipta dari tanah dan air agar kembali kepada sifat semula jadinya. Banyak ayat al-Quran menyatakan mengenai asal penciptaan manusia yang daripada tanah bercampur air. Demikian juga mengenai api yang menjadi asal pada penciptaan syaitan:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan 'pati' itu (setitis) air benih pada penetapan yang  kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Al-Mukminun: 12-14)

Marah itu sendiri digambarkan oleh Rasulullah sebagai sebahagian daripada syaitan. Hanya airlah yang boleh memadamkan api. Oleh itu dengan berwuduk orang yang marah diharapkan menjadi tenang, sedar akan dirinya dan kembali mengingati Allah.

"Daripada 'Atgiyah bin Urwah al-Sa'adi ia berkata: "Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya marah itu sebahagian daripada syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila seseorang daripada kamu marah maka berwuduklah."

---------------------------------

Saturday, November 27, 2010

Atasi Masalah Mulut Berbau

Gud morning!


Ha ni bangun tadi dah gosok gigi ke belum? Hehe mesti la sudah, kan? Hidup mesti la bersih-bersih. Haha.. Ok ni Bakul saje nak bagi info lagi nih. Bakul ambil dari majalah Seri Dewi & Keluarga keluaran September 2008. Jom baca!






SEJAUH mana masalah mulut berbau boleh mengganggu rutin hidup anda? Ya, impak yang diberikan memang cukup besar dan tidak patut dipandang remeh. Komunikasi anda bukan saja terganggu, malah tahap keyakinan juga merudum. Beberapa perkara di bawah ini kemungkinan menjadi punca kepada mulut berbau.

Antara punca mulut berbau:-
  • Kekurangan air liur boleh mempercepatkan pembiakan bakteria. Ia akan menyebabkan gigi rosak sekaligus menjadikan mulut berbau.
  • Makanan yang terselit di celah-celah gigi haruslah dibersihkan. Jika tidak makanan itu akan mereput dan menyebabkan gusi berdarah. Situasi ini juga boleh menjadi punca mulut berbau. Selain itu, gigi berlubang juga boleh menimbulkan masalah yang sama. 
  • Satu lagi punca mulut berbau ialah jangkitan virus pada kerongkong. Virus ini biasanya dihidapi oleh kanak-kanak yang mengalami demam. Ketika itu suhu badan mereka meningkat dan memudahkan virus untuk terus membiak. Setelah itu berlakulah jangkitan yang juga menyebabkan nafas berbau.
  • Gigi perokok biasanya kotor dan tidak bersih sepenuhnya. Oleh itu golongan ini akan mengalami nafas berbau bahkan, lebih kuat daripada mereka yang tidak merokok.
  • Jika menggunakan gigi palsu, jaga dan bersihkanlah ia sebaik mungkin. Jika ia tidak mendapat penjagaan rapi, contohnya tidak dibersihkan semalaman, bau yang kurang menyenangkan akan timbul. Baunya juga agak berlainan, tidak sama dengan gigi biasa.
Cara-cara mencegah:-
  • Perbanyakkan meminum air putih bagi menghasilkan air liur.
  • Gunakan benang pergigian (floss) untuk membuang sisa makanan di celah-celah gigi.
  • Berapa kali anda memberus gigi bukanlah isunya. Apa yang menjadi persoalan ialah adakah anda memberusnya dengan cara yang betul? Dalam memberus gigi, anda juga perlu membersihkan lidah yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu depan, tengah dan belakang.
  • Bagi cara yang lebih mudah, anda boleh mengunyah gula-gula getah untuk mengatasi masalah ini. Ia akan lebih berkesan jika gula-gula getah itu tidak mengandungi gula kerana gula boleh menyebabkan karies gigi.
  • Gunakan alat khas untuk membersihkan lidah.
  • Kumurlah mulut anda menggunakan bahan kumur yang bersesuaian dengan anda.
  • Jika boleh, berhentilah merokok dan jangan mengambil minuman beralkohol.
  • Jangan lupa untuk membuat temu janji dengan doktor setiap enam bulan.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...