Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

There was an error in this gadget

Thursday, May 31, 2012

Kentang Lecek

Salam3...!!!


Ok tanpa membuang masa, Bakul straight to the point je la. Malam ni Bakul terasa nak makan something yang berlada hitam. Hmm... Nak makan apa ek? Ha... Makan kentang putar atau kentang lecek sedap jugak. Hehe. 

Tak pernah Bakul buat ni. Ni first time buat. Alhamdulillah. Jadi la jugak walaupun ada sedikit kekurangan. Apa dia? Kentang tu tak berapa lembut sebab tak berdaya Bakul nak meleceknya dengan bersungguh-sungguh. Tapi dia punya sos menjadi k. Hehe

Dia punya kentang
Complete!
Bahan-bahan untuk kentang:

3 biji kentang
Mentega
Susu
Garam
Serbuk lada hitam

Cara membuatnya:

1. Kupas kulit kentang dan rebus. Lepas tu, lecek sampai lumat.
2. Masukkan sekali sedikit mentega, susu, garam, dan serbuk lada hitam.
3. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan untuk sos:

1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sb mentega
2 sb tepung gandum
Serbuk lada hitam

Cara membuatnya:

1. Masukkan 1 mangkuk air. Renehkan pati ayam bersama bawang besar dan bawang putih. Lepas tu tapis, amik dia punya air je.
2.  Guna bekas lain, cairkan mentega. Pastu masukkan gandum dan kacau. Lepas tu masukkan air pati tadi.
3. Last sekali, masukkan lada hitam. Kalau nak bagi cantik, masukkan kicap bagi warna dia gelap sikit.

Selamat mencuba ye kawan2! Hehe...

-----------------------




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...