Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

There was an error in this gadget

Tuesday, December 7, 2010

MANFAAT DARK CHOCOLATE UNTUK KESIHATAN

PENGAMBILAN COKLAT GELAP SEMAKIN MENINGKAT KERANA UMUM MENYEDARI TENTANG KHASIATNYA TERHADAP KESIHATAN. "CACAO" YANG MENGHASILKAN MERUPAKAN ANTIOKSIDAN YANG KUAT. KAJIAN PERUBATAN JUGA MENDAPATI PENGAMBILAN SEDIKIT COKLAT GELAP YANG BERMUTU TINGGI BOLEH MEMBERI KESAN KEBAIKAN KE ATAS TEKANAN DARAH DAN TAHAP KOLESTROL, SETERUSNYA MEMBANTU MENJAUHKAN PENYAKIT JANTUNG.

Menurut Dr. Dirk Taubert dari University Of Cologne, Germany, coklat gelap dapat membantu merendahkan kadar tekanan darah.

   "Memakan coklat gelap dapat membantu mengurangkan kadar tekanan darah anda - sekiranya anda mencapai tahap umur tertentu dan kadar tekanan darah anda juga sederhana," ujar penyelidik tersebut.

   Walaupun begitu, beliau turut menekankan bahawa ia boleh dicapai sekiranya anda turut menekankan bahawa ianya boleh dicapai sekiranya anda turut mengawal pengambilan kalori di dalam tubuh, dan mengurangkan makanan yang mengandungi kadar lemak, gula dan garam berlebihan.

   Di samping itu, jika anda memerlukan suntikan tenaga, ciri-ciri unik coklat gelap boleh meransang otak untuk mengeluarkan lebih banyak endorfin dan serotonin, iaitu bahan kimia yang memainkan peranan penting untuk memperbaiki emosi, tidur dan memori kita. Pengambilan sedikit coklat gelap di antara waktu makan juga boleh membantu mengawal selera.

Antioksidan di dalam coklat gelap

   Coklat gelap (susu coklat atau coklat bersusu) merupakan antara coklat yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Menurut penyelidik dari National Institute for Food and Nutrition Italy, Mauro Serafini, antioksidan ini membantu menyahkan radikal bebas dan molekul membahayakan yang boleh memberi kesan terhadap penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain.

   "Kajian kami mendapati bahawa kehadiran susu akan menghalang penyerapan antioksidan yang didapati dari coklat ke dalam tubuh badan. Oleh itu, ambil coklat gelap dalam kadar sederhana tanpa disusuli dengan minuman seperti susu agar penyerapan antioksidan ke dalam tubuh lebih berkesan," kata Mauro Serafini lagi.

   Dalam kajian tersebut, setiap dua minggu responden dikehendaki memakan 100 gram gula kandi dan diarahkan mengimbangi kalori yang diambil sebanyak 480 kalori dengan tidak memakan makanan lain yang mempunyai nutrien dan kalori yang sama. Sebahagian daripada responden mengambil coklat gelap dan sebahagian daripadanya pula mengambil coklat putih.

   Hasilnya, responden yang mengambil coklat gelap menunjukkan kesan yang baik pada kadar tekanan darah tinggi mereka manakala mereka yang mengambil coklat putih tidak menunjukkan sebarnag perubahan positif pada kadar tekanan darah tinggi mereka.

   Kajian kedua yang dilakukan oleh Serafini pula yang melibatkan tujuh responden sihat wanita dan lima responden sihat lelaki berumur antara 25-35 tahun. Di hari-hari berlainan, setiap daripada mereka makan 100 gram coklat gelap bersama segelas susu segar, atau 200 gram susu coklat.

   Selepas setengah jam mengambil makanan-makanan tersebut, hasilnya, mereka yang memakan coklat gelap sahaja menunjukkan kandungan antioksidan yang banyak di dalam darah mereka. Malah kandungan epicatechin (zat sihat yang terdapat di dalam coklat) juga tinggi. Sementara itu, mereka yang memakan susu coklat mengandungi kandungan epicatechin yang paling rendah di dalm tubuh mereka.

   Setelah mengetahui kebaikan-kebaikan yang boleh diperoleh daripada coklat gelap, apa kata kamu cuba nikmati sedikit hidangan coklat gelap ini. Selamat mencuba!

---------------------
Artikel dari majalah Mingguan Wanita edisi 4-10 September 2009

Friday, December 3, 2010

Gunalah Akal Dengan Sebaik-baiknya...

Agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w telah memberi penekanan tentang akal fikiran manusia yang dianugerah oleh Allah s.w.t. Wahyu al-Quran berulang kali menyebut tentang akal fikiran seperti "Tidakkah kamu berfikir?", "Mengapa kamu tidak menggunakan akal?". Semua ini membuktikan tentang nilai dan harga akal fikiran kita.

   Tidak kira apa jua saiz badan manusia, Allah telah menganugerahkan manusia dengan anugerah yang sama iaitu akal dan setiap akal memiliki fungsi yang sama dan tiada perbezaan, yang membezakannya ialah cara kita menggunakannya. Ada manusia mengawal akal untuk menjadikan dirinya yang terbaik, namun ada juga yang mengunci akal sehingga membiarkan akal menguasai diri sendiri.

   Akal terletak di dalam salah satu tempat yang dimiliki oleh tubuh manusia, iaitu otak dan manusia bukan salah satu daripada organ akal, jadi siapa yang lebih patut untuk dikuasai atau dikawal? Sudah tentu kamu yang patut mengawal akal kamu, bukan kamu yang dikuasai oleh akal. Ramai manusia tidak sedar akan kebolehan diri sendiri. Ada yang membiarkan diri sendiri dikawal sehingga tidak dapat membezakan yang mana boleh membawa kebaikan atau keburukan. 

Rahsia Alif, Lam, Mim Dalam Surat Khalifah

   Diceritakan bahawa Sultan Mahmud telah mencabar Khalifah Al-Qadir Billah di Bahgdad, mungkin kerana timbul suatu perselisihan faham. Sultan Mahmud menghantar utusan kepada Khalifah Al-Qadir dengan membawa surat ugutan bahawa beliau sanggup menghantar pasukan bergajah untuk melanggar dan memporak perandakan Baghdad. Diterangkannya pula bahawa gajah-gajahnya boleh mengangkat bumi Bahgdad dan dibawa ke Ghazanah.

    Khalifah Al-Qadir tidak tinggal diam, beliau terus mengirim surat cabaran. Anehnya surat Khalifah hanya mengandungi tiga huruf saja iaitu: Alif, Lam dan Mim.

   Sultan bingung ketika menerima surat tersebut kerana tidak faham apa maksudnya. Beliau memanggil pakar-pakar bahasa, tapi mereka juga tidak mengetahui maksudnya. Ahli-ahli Tafsir dan Al-Quran juga dipanggil dan mereka berusaha memadankan surat Khalifah itu dengan surah-surah di dalam al-Quran yang diawali dengan huruf Alif, Lam, dan Mim, tetapi tidak sesuai. Ia tidak dapat dihubungkaitkan dengan kandungan surat Khalifah yang dihantar kepada Sultan.

   Dalam keadaan Sultan bingung mencari orang yang lebih pakar lagi, tampil seorang pemuda yang selama ini tidak ambil kira oleh mereka. "Kalau Sultan mengizinkan, saya cuba untuk mempelajari rahsia surat itu." kata si pemuda.

   Para pegawai istana melaporkan tawaran si pemuda kepada Sultan, dan baginda mengizinkannya.

   "Panggil dia ke sini." kata Sultan. Si pemuda masuk dan surat itu pun dihulurkan kepadanya. Setelah berfikir beberapa minit, si pemuda bertanya, "Apakah Sultan pernah menghantar surat kepada Khalifah yang berisi ugutan untuk menyerang dengan menggunakan tentera bergajah?"

   "Betul, betul. Tapi apa hubungannya?" tanya Sultan.

   "Kalau begitu, Khalifah telah menghantar surat kepada tuanku yang ertinya:

" Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia?"
(Al-Fil: 1-2)

    "Oh... betul tuanku. Khalifah telah menyahut cabaran tuanku." Kata para pakar bahasa dan Tafsir hampir serentak. Sultan merasa gembira dan berterima kasih kepada si pemuda dan diberinya hadiah yang banyak. Mereka juga merasa geli hati sendiri kerana telah berpusing-pusing membongkar Tafsir dan mengkaji surah-surah yang dimulakan dengan Alif, Lam dan Mim, tapi ternyata ia hanyalah hujung surah Al-Fil.*

Aristotles berkata:
"  Orang yang berakal dapat menangkap fikiran orang yang berakal. Sedang orang yang bodoh tidak dapat menerima fikiran orang yang berakal, bahkan tidak dapat menerima orang bodoh."  
 

  
Otak Beku
------------------
Artikel ni Bakul ambil dari majalah MIDI keluaran 15 Januari 2008

Thursday, December 2, 2010

SIAPA KATA TIDAK BOLEH MAKAN MAKANAN RINGAN?

Assalamualaikum.. Ok Bakul nak bagi tip sikit kat orang yang berdiet ni kononnya. Haha. Sebenarnya Bakul tak berapa setuju sangat diet makyet ni. Bagi Bakul, kalau nak kurus, puasa je la. Memang la tak berapa nak patut kan, puasa sebab nak diet. Ok camni, kamu puasa sunat, tapi kan dalam masa yang sama kamu diet jugak kan? hehe Tapi time berbuka tu janganlah balun semua makanan yang ada. Berpada-pada dan beringat-ingatlah tujuan kamu berpuasa tu tadi. Hehe..
1. Makan dalam jumlah yang sedikit
Jika hendak makan sandwich, pilih ukuran yang terkecil, jika memungkinkan pesan dalam jumlah separuh. Elakkan makan burger ukuran dewasa kerana ia mengandungi lebih dari 1000 kalori dan 70 gram lemak. Pilih saja burger ukuran kanak-kanak yang hanya mengandungi sekitar 250 kalori. Ingin makan kentang goreng? Pilih ukuran terkecil, kerana kamu boleh 'berjimat' sehingga 300 kalori.

2. Pilih hidangan yang lebih sihat
Adakah kamu boleh menahan diri daripada godaan memakan kentang goreng? Bagus. Sebagai gantinya pilih saja salad sayur-sayuran yang segar. Jika ada hirisan buah-buahan segar atau sup, pesan saja. Ini sudah cukup mengeyangkan. Untuk mengalas perut makan sedikit nasi atau sup jagung.

3. Makanlah yang hijau
Pilihlah salad dalam jumlah besar dengan ayam panggang, udang atau sayur-sayuran lain yang bebas lemak. Waspada terhadap salad berkalori tinggi yang dilengkapi dengan ayam berlemak. Hindari keju, daging berlemak juga kentang goreng yang secara cepat menaikkan hitungan kalori kamu.

4. Pilih makanan panggang
Ayam yang digoreng atau ikan goreng mentega mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Kalau ingin lebih selamat, pilih menu yang dipanggang tanpa melibatkan unsur minyak.

5. Tentukan sendiri
Jangan menerima secara 'mentah-mentah' apa yang disajikan di restoran. Tetapkan pendirian kamu untuk memilih menu yang lebih sihat. Misalnya, minta waiter mengurangkan mayonis atau mustard pada sandwich. Cuba hindari dressing khusus seperti sos tartar. krim masam dan hidangan tinggi kalori.

6. Lihat apa yang kamu minum
Sejumlah minuman mengandungi kalori dalam jumlah yang besar. Misalnya satu cawan ukuran besar mengandungi 400 kalori. Pesan sahaja air putih dan soda diet. Jangan teruja memesan aiskrim yang mengandungi lebih dari 1000 kalori.  

Kesimpulannya, boleh kalau nak makan apa-apa pun, tapi macam yang Bakul cakap tadi (cakap ke?), berpada-padalah. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan! 

Ini bukan biskut sebenar. haha!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...