Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

There was an error in this gadget

Thursday, November 10, 2011

Ratapan Gadis di Kuburan Ayah


              Seorang gadis berlari-lari. Rambutnya terurai kusut masai. Dia menangisi jenazah ayahnya yang sedang diusung ke kubur. Apabila melihat orang ramai mengusung mayat di depan rumahnya, Hassan Al-Basri turut serta dalam rombongan itu.
            Semasa berjalan mengiringi jenazah ayahnya, gadis kecil itu menangis sambil berkata, “Ayah, mengapa hari ini ajal ayah sampai?” Sampai di kubur, jenazah ayah gadis ituterus dikebumikan.
            Esoknya ketika Hassan duduk di muka pintu rumahnya, gadis itu lalu lagi di depan rumahnya. Si gadis berlari-lari sambil meratap menuju kubur ayahnya. Hassan terharu melihat peristiwa itu. Hassan ingin tahu apa sebenarnya dilakukan gadis itu.
            Sampai di kubur, Hassan melihat gadis itu memeluk nisan ayahnya. Pipinya dilekapkan di atas tanah kubur. Sambil bersembunyi Hassan menyaksikan peristiwa menyayat hati itu. Dari tempat perrsembunyian, Hassan mendengar rintihan yang diucapkan gadis itu terhadap ayahnya.
            “Ayah, malam ini ayah hanya seorang diri terbaring dalam kubur yang gelap tanpa lampu dan penghibur. Jika semalam, saya boleh menerangi ayah dengan lampu tapi siapakah yang akan menerangi ayah mala mini? Siapakah pula yang akan menghiburkan ayah?”
        “Ayah, semalam saya boleh membentangkan selimut untuk ayah tidur, tapi siapakah yang membentangkan hamparan malam ini? Jika malam-malam sebelum ini saya boleh memicit tangan dan kaki ayah, tapi siapakah yang dapat menggosok-gosok ayah sekarang?”
            “Ayah, jika malam kelmarin sayalah yang memberikan minuman, siapakah yang boleh memberikan minuman untuk ayah? Jika dulu, saya boleh membantu ayah mengguling-gulingkan tubuh ayah yang lemah tapi siapakah yang akan merawat ayah?”
            “Ayah, jika dulu saya menyelimuti tubuh ayah yang tersingkap, tapi kini siapa yang menyelimuti ayah? Kelmarin ayah masih boleh memanggil saya dan saya menjawab, tapi semalam siapa yang ayah panggil dan siapa yang menyahut?”\
         “Ayah, jika kelmarin ayah meminta makanan dan saya yang melayani tapi adakah semalam ayah meminta makanan dan siapa pula yang melayani ayah? Dulu saya selalu memasak makanan ayah tetapi siapa yang memasak untuk ayah semalam?”
            Begitulah ratapan anak gadis itu kepada arwah ayahnya di kubur. Ratapan anak gadis itu membuatkan Hassan terharu dan menitiskan air mata. Akibat tidak tertahan lagi, Hassan keluar dari tempat persembunyiannya. Air matanya bercucuran. Dia lalu mendekati gadis yang sedang memeluk erat nisan ayahnya. Hassan cuba menenangkan gadis itu.
            Perlahan-lahan Hassan membisikkan kata-kata nasihat kepada gadis itu. “Anakku, janganlah berkata begitu tapi ucapkanlah kata-kata seperti ini...”
“Wahai ayah, saya telah kapankan ayah sebaik-baiknya tetapi masihkah ayah memakai kapan itu?”
“Ayah, saya telah meletakkan tubuh ayah yang segar bugar dalam kubur, masih segar bugarkah ayah atau sudah dimakan cacing?”
“Ayah, orang-orang alim mengatakan bahawa semua hamba Allah nanti akan ditanya tentang imannya. Ada antara mereka boleh menjawab tapi ada juga yang cuma membisu. Saya terfikir, adakah ayah boleh menjawab atau membisu?”
“Ayah, orang alim berkata bahawa kuburan boleh menjadi luas atau sempit. Bagaimana kubur ayah sekarang, bertambah luas atau bertambah sempit?”
“Ayah, orang alim berkata kuburan merupakan sebuah taman dari taman syurga tapi boleh juga menjadi sebuah lubang dari lubang neraka. Apa yang saya fikir, bagaimana kubur ayah sekarang. Taman syurga atau lubang neraka?”
“Ayah, orang alim berkata, bahawa liang kubur boleh menghangatkan mayat dengan memeluknya seperti pelukan ibu terhadap anaknya tetapi boleh juga merupakan lilitan erat yang boleh meremukkan tulang belulang mayat. Bagaimana keadaan tubuh ayah, jangan-jangan ayah terhimpit lubang kubur?”
“Ayah, orang alim berkata, orang yang dikebumikan itu ada yang menyesal mengapa dulu semasa hidupnya tidak membanyakkan buat amal ibadat tapi jadi penderhaka, banyak buat maksiat. Saya nak bertanya ayah, adakah ayah termasuk orang yang menyesal kerana membuat maksiat atau menyesal kerana sedikit berbuat amal keajikan?”
“Ayah, dulu saya memanggil, ayah menjawab tapi kini saya panggil ayah tak lagi menjawab. Ayah kini telah berpisah dengan saya dan kita tak akan bersua lagi sehingga hari kiamat. Semoha Allah tidak menghalang saya berjumpa dengan ayah di akhirat kelak!”
Begitulah nasihat yang diberikan Hassan kepada gadis kecil itu yang sedang meratapi kematian ayahnya. Sebaik mendengar nasihat itu gadis itu berkata, “Wahai Hassan Al-Basri, sungguh baik cara kamu menasihati saya bagaimana untuk meratapi ayah!”
Gadis kecil itu pulang bersama Hassan Al-Basri sambil menangis meninggalkan kubur ayahnya. Hassan Al-Basri memberitahu gadis kecil itu, sia-sia meratapi kubur ayahnya sedangkan hanya doa anak yang soleh dapat membantu arwah yang telah meninggal dunia.

Artikel dari majalah Mastika keluaran Ogos 2010.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...