Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Saturday, November 27, 2010

Atasi Masalah Mulut Berbau

Gud morning!


Ha ni bangun tadi dah gosok gigi ke belum? Hehe mesti la sudah, kan? Hidup mesti la bersih-bersih. Haha.. Ok ni Bakul saje nak bagi info lagi nih. Bakul ambil dari majalah Seri Dewi & Keluarga keluaran September 2008. Jom baca!






SEJAUH mana masalah mulut berbau boleh mengganggu rutin hidup anda? Ya, impak yang diberikan memang cukup besar dan tidak patut dipandang remeh. Komunikasi anda bukan saja terganggu, malah tahap keyakinan juga merudum. Beberapa perkara di bawah ini kemungkinan menjadi punca kepada mulut berbau.

Antara punca mulut berbau:-
  • Kekurangan air liur boleh mempercepatkan pembiakan bakteria. Ia akan menyebabkan gigi rosak sekaligus menjadikan mulut berbau.
  • Makanan yang terselit di celah-celah gigi haruslah dibersihkan. Jika tidak makanan itu akan mereput dan menyebabkan gusi berdarah. Situasi ini juga boleh menjadi punca mulut berbau. Selain itu, gigi berlubang juga boleh menimbulkan masalah yang sama. 
  • Satu lagi punca mulut berbau ialah jangkitan virus pada kerongkong. Virus ini biasanya dihidapi oleh kanak-kanak yang mengalami demam. Ketika itu suhu badan mereka meningkat dan memudahkan virus untuk terus membiak. Setelah itu berlakulah jangkitan yang juga menyebabkan nafas berbau.
  • Gigi perokok biasanya kotor dan tidak bersih sepenuhnya. Oleh itu golongan ini akan mengalami nafas berbau bahkan, lebih kuat daripada mereka yang tidak merokok.
  • Jika menggunakan gigi palsu, jaga dan bersihkanlah ia sebaik mungkin. Jika ia tidak mendapat penjagaan rapi, contohnya tidak dibersihkan semalaman, bau yang kurang menyenangkan akan timbul. Baunya juga agak berlainan, tidak sama dengan gigi biasa.
Cara-cara mencegah:-
  • Perbanyakkan meminum air putih bagi menghasilkan air liur.
  • Gunakan benang pergigian (floss) untuk membuang sisa makanan di celah-celah gigi.
  • Berapa kali anda memberus gigi bukanlah isunya. Apa yang menjadi persoalan ialah adakah anda memberusnya dengan cara yang betul? Dalam memberus gigi, anda juga perlu membersihkan lidah yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu depan, tengah dan belakang.
  • Bagi cara yang lebih mudah, anda boleh mengunyah gula-gula getah untuk mengatasi masalah ini. Ia akan lebih berkesan jika gula-gula getah itu tidak mengandungi gula kerana gula boleh menyebabkan karies gigi.
  • Gunakan alat khas untuk membersihkan lidah.
  • Kumurlah mulut anda menggunakan bahan kumur yang bersesuaian dengan anda.
  • Jika boleh, berhentilah merokok dan jangan mengambil minuman beralkohol.
  • Jangan lupa untuk membuat temu janji dengan doktor setiap enam bulan.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...