Salam! Hehe hari ni saje Bakul nak share info. Ni Bakul ambil dari majalah Seri Dewi & Keluarga keluaran Februari 2008. Bakul ambil Kak Zink punya majalah. Hoho.. Harap info ni sangat berguna untuk semua. Hehe..
MATA merupakan organ yang terbentuk untuk mengesan kehadiran cahaya sekaligus menafsirkan apa yang dilihat dalam bentuk imej dan visual. Secara zahirnya, mata membantu kita melihat apa yang ada di sekeliling kita. Ada di antara kita yang tidak begitu menitikberatkan penjagaan mata (macam Bakul). Malah ada yang tidak pernah memberi ruang untuk mata berehat selepas seharian bekerja. Selagi kita tidak tidur, selama itulah mata akan bekerja untuk kita. Selain tangan, kaki, pinggang dan bahagian badan yang lain, mata juga memerlukan senaman untuk meregang dan mengendurkan otot-ototnya. Apabila usia meningkat, kita sebenarnya lebih berisiko untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan, tidak terkecuali masalah mata. Ketajaman penglihatan mula terjejas dan kemampuan melihat dan menilai sesuatu objek juga semakin merosot kerana perubahan anatomi dan fisiologi mata turut berubah, sekali gus menjejaskan penglihatan.
Ketahui lima jenis penyakit yang biasa menyerang mata.
1. Conjunctivitis
Ketahui lima jenis penyakit yang biasa menyerang mata.
1. Conjunctivitis
Penyakit ini juga dikenali sebagai sakit mata. Ia terjadi disebabkan inflamasi atau radang yang disebabkan oleh virus dan bakteria. Bagi yang mengalami Conjuctivitis, mata pesakit akan membengkak, kemerah-merahan dan berair.Pesakit juga akan berasa matanya gatal, pedih, dan kadang kala sakit serta mengeluarkan nanah yang banyak sehingga kelopak mata terlekat. Bagi mereka yang mengalami sakit mata, pendedahan kepada cahaya akan menambahkan rasa tidak selesa pada mata.
2. Glaukoma
2. Glaukoma
Penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan bendalir khususnya dalam gelemair yang semakin bertambah hingga melebihi tekanan normal. Dalam keadaan normal, bendalir jernih dihasilkan di bahagian gelemair secara berterusan. Bendalir ini juga mengalir keluar secepat ia dihasilkan. Akan tetapi, bagi pesakit yang menghidap Glaukoma, aliran bendalir tersekat dan ini mengakibatkan tekanan dalam mata meningkat. Pesakit biasanya berasa sakit pada mata dan mungkin juga kepalanya. Mata mudah berair dan bahagian mata putih akan menjadi kemerah-merahan. Anak mata pula membesar dan kelopak mata akan membengkak.
3. Ketumbit
3. Ketumbit
Ketumbit merupakan jangkitan pada kelenjar minyak mengakibatkan bisul kecil yang berkembang di sekitar kawasan kelopak mata dan keadaan ini menyebabkan kelopak mata menjadi merah dan sakit. Ketumbit boleh muncul akibat daripada keperluan untuk menggunakan cermin mata atau keadaan mata yang tidak dijaga dengan sempurna. Ketumbit juga boleh disebabkan oleh anemia (kekurangan sel darah merah) atau kencing manis. Sebagai penyakit yang dianggap ringan, kita boleh mengelakkannya dengan mengutamakan kebersihan fizikal dalam kehidupan seharian.
4. Katarak
4. Katarak
Katarak biasanya terjadi kepada mereka yang terdedah kepada cahaya yang terang dan bersuhu tinggi seperti pekerja kilang dan tukang kimpal di industri gelas atau besi. Kebiasaannya, ubat mata digunakan untuk melegakan kegelapan kanta mata. Sekiranya Katarak sudah matang dan untuk rawatan jangka panjang, pembedahan adalah kaedah terbaik untuk membuang selaput yang menghalang pandangan.
5. Trakoma
5. Trakoma
Trakoma ialah penyakit mata yang mudah berjangkit dan disebabkan oleh virus yang menyerang selaput kelopak mata. Ini mengakibatkan bahagian hadapan mata terpaksa ditutup. Gejala-gejala awal Trakoma termasuklah selaput mata menjadi merah dan gatal, kelopak menjadi bengkak, lelehan berair dihasilkan dan mata peka pada cahaya.
Tip penjagaan mata
Tip penjagaan mata
- Amalkan senaman mata. Anda hanya perlu menggerakkan bola mata ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri bagi memastikan mata sentiasa segar dan cergas.
- Mata mempunyai cara pembersihan secara semula jadi di mana pergerakan kelopak mata dapat membantu membersihkan mata.
- Elakkan menggosok mata dengan tangan atau tuala yang tidak bersih.
- Ambil makanan yang kaya dengan kandungan lutein dan zeaxantin seperti brokoli, bunga kobis, kailan, biji bunga matahari dan bayam. Kajian emnunjukkan mereka yang mengambil makanan dengan nutrien ini kurang mendapat masalah mata yang berkaitan dengan penuaan berbanding dengan mereka yang tidak berbuat demikian.
- Amalkan melihat kehijauan alam semula jadi untuk menyejukkan mata.
- Semasa membaca, pastikan cahaya adalah cukup terang. Pastikan juga jarak mata adalah di antara 30-35 sentimeter dari bahan bacaan anda.
- Elakkan daripada memandang matahari secara terus.
- Elakkan juga daripada bermain dengan alat tajam yang mungkin boleh mencederakan mata.
- Dapatkan pemeriksaan atau rawatan dari pakar mata apabila mata tercedera, bengkak, gatal, pedih, merah dan penglihatan menjadi kabur.
- Pastikan tidur yang cukup supaya mata tidak berada dalam keadaan tegang.
No comments:
Post a Comment