Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

There was an error in this gadget

Tuesday, December 7, 2010

MANFAAT DARK CHOCOLATE UNTUK KESIHATAN

PENGAMBILAN COKLAT GELAP SEMAKIN MENINGKAT KERANA UMUM MENYEDARI TENTANG KHASIATNYA TERHADAP KESIHATAN. "CACAO" YANG MENGHASILKAN MERUPAKAN ANTIOKSIDAN YANG KUAT. KAJIAN PERUBATAN JUGA MENDAPATI PENGAMBILAN SEDIKIT COKLAT GELAP YANG BERMUTU TINGGI BOLEH MEMBERI KESAN KEBAIKAN KE ATAS TEKANAN DARAH DAN TAHAP KOLESTROL, SETERUSNYA MEMBANTU MENJAUHKAN PENYAKIT JANTUNG.

Menurut Dr. Dirk Taubert dari University Of Cologne, Germany, coklat gelap dapat membantu merendahkan kadar tekanan darah.

   "Memakan coklat gelap dapat membantu mengurangkan kadar tekanan darah anda - sekiranya anda mencapai tahap umur tertentu dan kadar tekanan darah anda juga sederhana," ujar penyelidik tersebut.

   Walaupun begitu, beliau turut menekankan bahawa ia boleh dicapai sekiranya anda turut menekankan bahawa ianya boleh dicapai sekiranya anda turut mengawal pengambilan kalori di dalam tubuh, dan mengurangkan makanan yang mengandungi kadar lemak, gula dan garam berlebihan.

   Di samping itu, jika anda memerlukan suntikan tenaga, ciri-ciri unik coklat gelap boleh meransang otak untuk mengeluarkan lebih banyak endorfin dan serotonin, iaitu bahan kimia yang memainkan peranan penting untuk memperbaiki emosi, tidur dan memori kita. Pengambilan sedikit coklat gelap di antara waktu makan juga boleh membantu mengawal selera.

Antioksidan di dalam coklat gelap

   Coklat gelap (susu coklat atau coklat bersusu) merupakan antara coklat yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Menurut penyelidik dari National Institute for Food and Nutrition Italy, Mauro Serafini, antioksidan ini membantu menyahkan radikal bebas dan molekul membahayakan yang boleh memberi kesan terhadap penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain.

   "Kajian kami mendapati bahawa kehadiran susu akan menghalang penyerapan antioksidan yang didapati dari coklat ke dalam tubuh badan. Oleh itu, ambil coklat gelap dalam kadar sederhana tanpa disusuli dengan minuman seperti susu agar penyerapan antioksidan ke dalam tubuh lebih berkesan," kata Mauro Serafini lagi.

   Dalam kajian tersebut, setiap dua minggu responden dikehendaki memakan 100 gram gula kandi dan diarahkan mengimbangi kalori yang diambil sebanyak 480 kalori dengan tidak memakan makanan lain yang mempunyai nutrien dan kalori yang sama. Sebahagian daripada responden mengambil coklat gelap dan sebahagian daripadanya pula mengambil coklat putih.

   Hasilnya, responden yang mengambil coklat gelap menunjukkan kesan yang baik pada kadar tekanan darah tinggi mereka manakala mereka yang mengambil coklat putih tidak menunjukkan sebarnag perubahan positif pada kadar tekanan darah tinggi mereka.

   Kajian kedua yang dilakukan oleh Serafini pula yang melibatkan tujuh responden sihat wanita dan lima responden sihat lelaki berumur antara 25-35 tahun. Di hari-hari berlainan, setiap daripada mereka makan 100 gram coklat gelap bersama segelas susu segar, atau 200 gram susu coklat.

   Selepas setengah jam mengambil makanan-makanan tersebut, hasilnya, mereka yang memakan coklat gelap sahaja menunjukkan kandungan antioksidan yang banyak di dalam darah mereka. Malah kandungan epicatechin (zat sihat yang terdapat di dalam coklat) juga tinggi. Sementara itu, mereka yang memakan susu coklat mengandungi kandungan epicatechin yang paling rendah di dalm tubuh mereka.

   Setelah mengetahui kebaikan-kebaikan yang boleh diperoleh daripada coklat gelap, apa kata kamu cuba nikmati sedikit hidangan coklat gelap ini. Selamat mencuba!

---------------------
Artikel dari majalah Mingguan Wanita edisi 4-10 September 2009

3 comments:

Sachi Asukai said...

alhamdulillah, berguna sgt2 info nie!thanks yah,,xtaw pon dark chocolate ni leh bg benefits.slalu makan cadbury jeee sbb suke..insyaAllah akn amalkan n try dark chocolate..hii~

mekdonel said...

One of the truly best blog..

www.fdausamad.blogspot.com

Baca 3-4 entry lepas tu mesti jadi ketagih!

i m not kidding..blog brader ni memang awesome!

Sharing is caring!

BaKuL said...

@sachi asukai: trimas! hehe sebenarnya semua makanan ada manfaat die tersendiri. Cuma kite perlu tau la sukatan2 untuk setiap makanan tu. ada yg kena makan lebih, ada yg kena kurangkan. hehe

@mekdonel: WAH! memang sangat menarik! Bakul dah jadi follower die pun, trimas for the info! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...