Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Friday, December 3, 2010

Gunalah Akal Dengan Sebaik-baiknya...

Agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w telah memberi penekanan tentang akal fikiran manusia yang dianugerah oleh Allah s.w.t. Wahyu al-Quran berulang kali menyebut tentang akal fikiran seperti "Tidakkah kamu berfikir?", "Mengapa kamu tidak menggunakan akal?". Semua ini membuktikan tentang nilai dan harga akal fikiran kita.

   Tidak kira apa jua saiz badan manusia, Allah telah menganugerahkan manusia dengan anugerah yang sama iaitu akal dan setiap akal memiliki fungsi yang sama dan tiada perbezaan, yang membezakannya ialah cara kita menggunakannya. Ada manusia mengawal akal untuk menjadikan dirinya yang terbaik, namun ada juga yang mengunci akal sehingga membiarkan akal menguasai diri sendiri.

   Akal terletak di dalam salah satu tempat yang dimiliki oleh tubuh manusia, iaitu otak dan manusia bukan salah satu daripada organ akal, jadi siapa yang lebih patut untuk dikuasai atau dikawal? Sudah tentu kamu yang patut mengawal akal kamu, bukan kamu yang dikuasai oleh akal. Ramai manusia tidak sedar akan kebolehan diri sendiri. Ada yang membiarkan diri sendiri dikawal sehingga tidak dapat membezakan yang mana boleh membawa kebaikan atau keburukan. 

Rahsia Alif, Lam, Mim Dalam Surat Khalifah

   Diceritakan bahawa Sultan Mahmud telah mencabar Khalifah Al-Qadir Billah di Bahgdad, mungkin kerana timbul suatu perselisihan faham. Sultan Mahmud menghantar utusan kepada Khalifah Al-Qadir dengan membawa surat ugutan bahawa beliau sanggup menghantar pasukan bergajah untuk melanggar dan memporak perandakan Baghdad. Diterangkannya pula bahawa gajah-gajahnya boleh mengangkat bumi Bahgdad dan dibawa ke Ghazanah.

    Khalifah Al-Qadir tidak tinggal diam, beliau terus mengirim surat cabaran. Anehnya surat Khalifah hanya mengandungi tiga huruf saja iaitu: Alif, Lam dan Mim.

   Sultan bingung ketika menerima surat tersebut kerana tidak faham apa maksudnya. Beliau memanggil pakar-pakar bahasa, tapi mereka juga tidak mengetahui maksudnya. Ahli-ahli Tafsir dan Al-Quran juga dipanggil dan mereka berusaha memadankan surat Khalifah itu dengan surah-surah di dalam al-Quran yang diawali dengan huruf Alif, Lam, dan Mim, tetapi tidak sesuai. Ia tidak dapat dihubungkaitkan dengan kandungan surat Khalifah yang dihantar kepada Sultan.

   Dalam keadaan Sultan bingung mencari orang yang lebih pakar lagi, tampil seorang pemuda yang selama ini tidak ambil kira oleh mereka. "Kalau Sultan mengizinkan, saya cuba untuk mempelajari rahsia surat itu." kata si pemuda.

   Para pegawai istana melaporkan tawaran si pemuda kepada Sultan, dan baginda mengizinkannya.

   "Panggil dia ke sini." kata Sultan. Si pemuda masuk dan surat itu pun dihulurkan kepadanya. Setelah berfikir beberapa minit, si pemuda bertanya, "Apakah Sultan pernah menghantar surat kepada Khalifah yang berisi ugutan untuk menyerang dengan menggunakan tentera bergajah?"

   "Betul, betul. Tapi apa hubungannya?" tanya Sultan.

   "Kalau begitu, Khalifah telah menghantar surat kepada tuanku yang ertinya:

" Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia?"
(Al-Fil: 1-2)

    "Oh... betul tuanku. Khalifah telah menyahut cabaran tuanku." Kata para pakar bahasa dan Tafsir hampir serentak. Sultan merasa gembira dan berterima kasih kepada si pemuda dan diberinya hadiah yang banyak. Mereka juga merasa geli hati sendiri kerana telah berpusing-pusing membongkar Tafsir dan mengkaji surah-surah yang dimulakan dengan Alif, Lam dan Mim, tapi ternyata ia hanyalah hujung surah Al-Fil.*

Aristotles berkata:
"  Orang yang berakal dapat menangkap fikiran orang yang berakal. Sedang orang yang bodoh tidak dapat menerima fikiran orang yang berakal, bahkan tidak dapat menerima orang bodoh."  
 

  
Otak Beku
------------------
Artikel ni Bakul ambil dari majalah MIDI keluaran 15 Januari 2008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...