Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

There was an error in this gadget

Friday, April 6, 2012

Street Dance 2 Mengancam Sungguh

Jumaatku Oh Jumaatku...


Pagi-pagi lagi Bakul dah dengar lagu BERUK. Ni antara lirik dia. Tak tahu betul ke tak sebab puas Bakul cari lirik dia. Tapi tak jumpa pun. Aish... Lagu penuh bermakna macam ni pun takde orang dengar ke. Lagu ni bagus untuk motivasi tau.

Ahli Fiqir - Beruk
kenapa mesti nak ikot-ikot
kenapa mesti nak jadi pak turut
aku pungut hembus dan sumbat
jangan main tangkap muat
jangan asal boleh buat
lagu semangat dah jadi tenat

gunakan akal dan minda
imaginasi sendiri, idealiti, originaliti
baru berpucuk belum bercabang
jangan hendak jadi pohon yang tinggi sebelom menjadi phon yang rendang
kena pandai dulu meniti buih barulah boleh sampai ke seberang
barulah boleh digelar Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
-----------------------------
Kelas petang ni cepat je habis. Pukul 4 dah habis dah. Heh, tiap-tiap minggu pun macam tu jugak. Biasalah, kelas hari Jumaat kan, petang pulak tu. Ni nak citer pasal kawan Bakul, Ashtray. Dia teringin sangat nak tengok citer Street Dance 2. Dia ajak Bakul, Bakul ikut je. Tapi kami memerlukan transport untuk pergi ke sana. So, Ashtray pun ajak la Miracle pergi sekali sebab Miracle ada kereta.
 Tapi Miracle tak nak pergi sebab dia takde mood nak tengok movie katanya. Puas Ashtray pujuk, tapi Miracle tetap tak nak pergi. Kalau dah camtu, Bakul balik bilik ni tidur je la kan. Save energy untuk aktiviti malam. Elok benar la tu tidur petang-petang. Hoho.
Dalam 6.30 camtu la Bakul baru bangun. Mamai-mamai lagi. Adui malasnya nak pergi beli makan. Tak payah makan nasik la malam ni. Dekat-dekat nak pukul 7, tetiba dengar suara Miracle terjerit-jerit nama Bakul. Gila apa panggil-panggil orang ni. Sebab jarang sangat la hari Jumaat kawan-kawan jumpa Bakul.
Bakul dengan peliknya bukak la pintu. Pastu Miracle pun buat muka pelik sebab dia tengok Bakul tak siap lagi. Lah nak pergi mana? Bakul tak taw pape pun. Miracle cakap nak pergi tengok movie la. Aik, takde sape bagitahu Bakul pun. Miracle cakap takpe la, siap-siap je la. Tapi Bakul tak mandi lagi. Badan melekit-lekit ni. Bakul pun mintak izin la nak mandi secepat mungkin walaupun biasanya Bakul mandi lama wo. Haha.  Takpe movie start pukul 7.45 pm.
Kami tengok kat Wangsa Walk je. Time sampai tu pun dah 7.45. Tapi nasib baik ada tiket lagi. Dan kami pun dapat la menonton cerita itu. Komen Bakul tentang movie ni... Jalan cerita dia biasa-biasa je. Boleh diagak. Tapi lagu-lagu dalam tu best-best kot. Dan tarian dia mengancam!
 
Sekarang Ashtray sangat la berpuas hati. Tersenyum je dia dapat tengok movie. Bagus. Boleh beli makan dan balik.
(Ada hikmah rupanya Bakul tak beli makanan tadi. Sebab rupanya Bakul kena beli makanan kat luar. Heh)

------------------------

Sunday, April 1, 2012

Cycling Di Bukit Cerakah, Shah Alam

Bila Ahad menjelma, hati resah gundah gulana... Buangkan rasa itu. Kerana Bakul main dengan alam hari ni! Yeay..! Hari ni Bakul pergi Bukit Cerakah, Shah Alam. 

Bakul, Airship, ngan Dizzy pergi sana sebab nak main basikal. Hehe. Best nya... Dah lama giler Bakul tak naik basikal. Rasanya last Bakul naik basikal, masa Bakul darjah 6. Waaahh! Lamanya.  Agak-agak Bakul tahu lagi tak camana nak kayuh? Haha.

Tapi kami ni bukannya berbasikal biasa-biasa je. Sebab yang ni siap kena naik turun bukit. Adoi. Tumpor Bakul. Walau apa pun, cabaran mesti disahut. Bakul boleh! Malaysia boleh! 

Boleh apanya. Semput Bakul dibuatnya. Naik bukit sikit je dah semput. Tapi Bakul suka bila turun bukit. Laju je, siap boleh lepas tangan lagi. Hehe. Yang Dizzy lagi teruk. Sampai muntah-muntah dia. Salah set gear punya pasal. Habis sandwich yang dia makan tadi. Haha.

Owh, kami sempat jugak singgah kat 4 musim. Time tu tengah musim bunga. So layan je la mood bunga-bunga melankolik. Cantik je kat situ. Hehe.

Cantik sangat kan? Hehe...
Ok dah penat & sangat puas berbasikal. Masa untuk balik pulak. Alamak! Lapar la pulak. Perut harus diisi ni. Dizzy suggest makan kat Pecal Lele. Ok kami set je! Dan memang terbaik la. Sedap kot makan kat situ. Ikan keli dia garing sungguh. Ayam dia pun boleh tahan jugak. Tapi sayang, kami tak sempat makan tempe sebab tempe dah habis. Huhu.

Perut dah kenyang, badan pun dah penat. Apa lagi, balik la. Balik bersama perut. Haha. Enjoy sangat Bakul. Mau tak enjoy. Tiga hari berturut-turut keluar je. Haha. Ok esok Isnin teruskan rutin harian. Hehe.

--------------------


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...