Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

There was an error in this gadget

Thursday, December 1, 2011

Pengenalan Baru

Salam...

Owh rasanya dah lama sangat tak mengadu domba dalam ini bellogg. Selalu copy paste article je. Hoho. Dan satu lagi sebab....sebab dah tak ada citer pasal Farmer. Uhuhu. 

Tapi kalau Bakul nak citer pasal Taufan ok tak? Relationship Bakul & Taufan lebih kurang je macam relationship Bakul & Farmer. Tapi yang ni, Taufan yang minat Bakul. Hik3..malu pulak rasanya cakap macam ni. Hak3!

Bakul : Esok nak pegi Nilai 3
Taufan: Owh buat apa? Beli barang ke?
Bakul : Mesti la shopping. Kalau tak, baik tak payah gi sana. Hehe. Nak pegi beli barang abang nak tunang. Hoho.
Taufan: Nak datang time abang tunang boleh?
Bakul : Awak nak tolong bawak barang hantaran ke? Haha!
Taufan: Boleh je. Hehe. Abang ipar katakan.
Bakul : Eh. Bila masa pulak ni? Eh2
Taufan: Eh bila eak? Lupa la. Haha

Hoh sengal je Taufan ni kan. Hehe. So far, Bakul tak ada lagi masalah berkawan dengan beliau ni. Ok2 je setakat ni. Mintak2 kami kawan baik2 aje ye. Hehe

Bakul ada citer dekat Kak Daisy pasal Taufan nak ikut hantar tunang Abang Ajak.

Bakul : Kak, ada kawan kite nak ikut 24hb ni.
Kak Daisy: Ha dia duduk mana?
Bakul : Tak jauh. Manjung je.
Kak Daisy: Boleh la ikut. Takde masalah.

Hoho. Kak Daisy pun dah cakap camtu. Maknanya boleh la. Ok lepas ni nak bagitahu Taufan. Tapi tak tau la Taufan jadi pegi ke tak ni. Mana la tau kan hari tu dia cakap2 ayam je. Tambah pulak dia dah start kerja part time ni ha. Hehe.

Mimpi Aneh dan Pengembala Kibas

Ada seorang pengembala kibas terkenal kerana sifat pemurahnya suka membantu orang yang dalam kesusahan. Beliau juga sangat alim dan merendah diri.
            Tapi apa yang menghairankan penduduk, beratus-ratus ekor kibas di dalam kandangnya tidak pernah luak walaupun pengembala menjual kesemua kibasnya. Keajaiban itu dianggap penduduk sebagai petanda pengembala sebagai wali Allah.
            Suatu hari, penduduk kampung sepakat meminta pengembala menjadi imam sembahyang Zuhur. Jemaah mahu mengambil berkat daripada sifat pemurah pengembala. Pengembala bersetuju.
            Pengembala mengimamkan solat petang itu. Semasa menjadi imam, pengembala hanya membaca surah Al-Fatihah. Surah berikutnya juga ayat lazim yang mudah dengan bacaan tajwid kurang sempurna.
            Setelah selesai sembahyang, semua jemaah merasa geli hati. Ada yang kecewa. Selama ini mereka menganggap pengembala seorang yang hebat tetapi merasa tertipu dengan kealimannya. Mereka merasa tersilap menganggap pengembala seorang wali Allah sedangkan bacaan tajwidnya kurang sempurna.
            Pada malam tersebut, seluruh alim ulama dan penduduk mendapat mimpi yang sama. Penduduk bermimpi didatangi oleh seorang lelaki yang tinggi lagi kacak.
            Lelaki kacak memberitahu bahawa seumur hidup itulah pertama kali ibadah sembahyang mereka diterima oleh Allah s.w.t. Semua penduduk menangis sebaik tersedar dari mimpi mereka.
            Esoknya, selepas sembahyang Subuh di masjid, semua penduduk dan para alim ulama sibuk menceritakan perihal mimpi masing-masing. Semua mengadu mendapat mimpi yang sama.
            Akhirnya kata sepakat dibuat. Mereka mesti menemui pengembala untuk meminta maaf. Sebaik tiba di lokasi tempat pengembala tinggal, alangkah terkejutnya apabila mendapati pengembala tiada di situ. Paling menghairankan kandang ternakannya juga turut ghaib sama.
            Penduduk berasa menyesal. Mereka menangis dan bertaubat di atas kekhilafan mereka. Sekarang baru mereka sedar tiada siapa berhak mendahului Allah dalam soal menentukan amalan seseorang. Bahkan ibadah mereka sendiri belum pasti kedudukannya di sisi Allah.
            Allah telah berfirman yang bermaksud: “Jangan engkau semua melagak-lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih Mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa.” (An-Najm ayat 23)

 
Artikel dari majalah Mastika keluaran Ogos 2010.  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...