Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Wednesday, November 18, 2009

2012...hua3...



Hehe..tadi Bakul ikut kakak Bakul (Kak Daisy) tengok movie...kitorang tengok 2012..hehe besh2...hari tu tak dapat tengok ngan Farmer, tengok ngan Kak Daisy pun ok gak..syok woo die punya citer.. triller abis.. he..tapi tu la..dia macam samakan ngan hari kiamat pulak..kita sebagai umat Islam janganlah percaya ngan benda2 camni...ini hanya andaian mereka sahaja bila n bagaimana kiamat tu jadi... 

Bagi Islam, kita tak kan tau bila kiamat tu akan tiba..tapi kita tau macam mana dia terjadi...dan tanda2 kiamat tu akan berlaku...k ni Bakul bagi info la sikit pasal hari kiamat ni..he..pape yang Bakul tau Bakul kena gitau.. tak leh la simpan ilmu pakai sorang2..kan? he


Tanda-tanda besar

  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Lahirnya Dajjal.
  • Keluar asap tebal.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.
  • Kemunculan Imam Mahdi.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
  • Runtuhnya Ka'abah
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama.
  • Ada azan tak di jawab
  • 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab
 Tanda-tanda kecil
  • Penaklukan Baitulmuqaddis
  • Zina bermaharajalela
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
  • Menghias masjid dan membanggakannya
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan keduduka
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
  • Bulan sabit kelihatan besar
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
Ish3..jika kita fikir2kan, banyak jugak tanda2 yang dah wujud..kebanyakannya tanda kecil la..huu.. takut Bakul..apa2 kita kena la selalu berdoa dan menginsafi diri..kiamat tu akan tiba juga..kita takkan dapat bayangkan macam mana ia berlaku.. kita akan tau bila kita melaluinya.. nauzubillahi min zalik.. wallahua'lam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...