Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Saturday, March 31, 2012

Penuhi Hari Sabtuku

Ok di hari Sabtu ni, Bakul tak bertelur kat bilik. Ada aktiviti yang harus dilakukan. Bakul dan kawan-kawan pergi ke Jalan Pasar. Nak beli komponen untuk Final Year Project. Mula-mula ingat nak survey harga je, tapi alang-alang baik beli terus. 

Sebenarnya Bakul teman je kawan nak tempah projek. Tapi dah ikut sekali kan, baik beli je. Kawan Bakul tu, Airship dia bagi gambar litar, suruh orang tu buat. Hardware je la, software Airship buat sendiri. Tapi hardware je pun dah kena RM 600. Bakul pulak, beli komponen je, tapi habis RM 100. Adoi, senang-senang je duit keluar macam tu je kan. Tapi takpelah. Nasib baik untuk FYP. Kalau tak, memang terasa rugi sangat-sangat la.

Component yang Bakul beli. Adoi...

Kedai yang kami pergi beli.
Ok dah settle shopping component. Eh awal lagi, tak kan nak balik kot. Singgah Masjid Jamek la dulu. Semalam dengan Yogurt, kali ni temankan Airship pulak. Takde beli apa-apa pun. Window shopping je. Tak masuk pun Jalan Tar lagi. Malas la nak pergi pasar dia. Takde nak beli apa pun. Hehe. 

Pastu? Pergi mana pulak? Hehe...kami pergi KLCC, tengok movie. Hoho. Citer apa yang best ha? Airship nak tengok Mirror Mirror. Tapi biasalah, hari Sabtu, ramai orang. So tiket dah habis. Last-last kami tengok citer Wrath Of The Titans. Frust Airship tak dapat tengok Mirror Mirror, hoho. Kami tengok je lah citer tu, tak best mana pun. Jalan citer dia biasa-biasa je. 

Lepas tengok movie, masuk Kinokuniya pulak. Ha kat sini lagi la kami tak beli apa-apa. Mahal kot buku-buku kat sini.  Semua buku import, egege... Kami tengok buku-buku craft je. Saje cuci-cuci mata tengok benda cute. Hehe...

Ok dah rasa penat pulak. Beli makan pastu kami balik. Hoho enjoy je Bakul satu hari ni. Semalam dating dengan Yogurt, hari ni dating dengan Airship. Bertuah kan Bakul ni? Haha. Takde sape marah pun, sebab Bakul dating dengan gegurl je. Hehe.

------------------------

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...