10/3/2012 bersamaan hari Sabtu kan? Ha betollah tu. Hari ni Bakul balik ke hostel. Ha betullah tu... Ha? Yeke? Hari Sabtu? Bukan Ahad ke sepatutnya balik? Kelas Isnin kan?
Hahaha! Bakul pun cam tak caye je Bakul balik awal gilosh. Ohoho. For the first time Bakul buat kerja ni. Tapi tak pelik pun, sebab ada jugak yang dah balik hari ni walaupun tak la ramai.
Sebenarnya Bakul tak sedap hati nak balik lambat-lambat. Padahal Bakul dah beli kot tiket Ahad tu. Tapi burn macam tu je sebab nak balik Sabtu. Pasal apa ea? Ermm banyak kerja Bakul yang tertunggak. Baju hari tu tak sempat basuh. Hari tu lepas habis je Seminar Pengurusan Aktiviti Kelab, Kak Daisy datang ambil Bakul. Ingatkan nak balik esoknya, so sempatlah lagi nak basuh kan. Tapi apakan daya, dah Kak Daisy nak ambil petang tu jugak.
Dan kerja-kerja rasmi pun banyak jugak berlonggok macam kaki ulat gonggok. Subject Clinical, Final Year Project, Proffesional Communication II and Technopreneurship. Semua tu kena buat assignment, proposal, slide presentation, mini project, laboratory, dan macam-macam jenis kerja yang memenatkan otak yang tak center ni.
-----------------------------------------
Ok lupakan sebentar dengan masalah yang menimpa. Haha tak sedar diri punya budak tua yang kenit. Kih3. Nak sok-sek pasal Taufan ni. Lama betul tak ngumpat pasal dia. Bukan takde cerita, tapi malu nak sebarkan kat sini. Tapi sekarang tengah tak malu dah. Haha.
Taufan pun balik hari ni jugak. Sebab dia pergi kenduri kahwin rumah kawan dia. Sebelum cuti mid sem hari tu, Taufan ada suruh bawak apa-apa la dari rumah. Macam makanan ke, apa ke kan. Beliau ni memang ngengada tau, suka mintak-mintak. Tapi dia tak kisah la kalau mak Bakul ke yang masak, semua dia bedal. Kalau dah nama lelaki, perut tu memang tak pilih bulu la kan. Haha.
Tapi Bakul teringin jugak nak buat sesuatu untuk Encik Taufan sengal ni. Hehe. Bakul try buat kek kukus berlapis. Hari Jumaat pagi tu mak ada buat kuih apam dan ada banyak lagi lebihan adunan. So malam tu Bakul guna yang tu je la, cuma Bakul tambah susu dan letak pewarna. Tu je. Ingatkan dapat la hasil yang spongy-spongy macam apam tu. Tapi lain pulak jadinya. Jadi apa? Jadi macam kuih lapis pulak. Pelik-pelik...
Tapi Bakul bagi jugak kat Taufan. Haha tak tau lah dia buat apa ngan kuih ni. Kalau dia buang pun Bakul tak hairan. Haha sedih jugak sebenarnya, tapi gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya. Cewah. Sebagai backup, Bakul bagi jugak tapai pulut, mak Bakul yang buat. Huhu.
Dan balasannya, Taufan pun bagi something kat Bakul. Haha takdelah, Bakul tak mintak pun. Taufan yang nak bagi. Tak sangka pulak dia nak bagi kan. Taufan bagi apa? Hehe. Taufan bagi serai wangi. Mula-mula Bakul pelik. Serai wangi? 'Nak buat apa ngan benda tu?' Bakul tanya. Taufan cakap surprise. Eleh surprise-surprise plak dia. Tetiba time tu kebetulan Bakul ada dengar radio pasal serai wangi, penenang fikiran. Ha? Apa tu? Macam aromatherapy tu ke? Yang ni ke yang Taufan nak bagi? Ermmm....
Bila time jumpa tu, Taufan dengan berkain pelekatnya bagi kat Bakul plastik. Apa dalam plastik? Serai wangi? Nak tengok jugak camane la rupa serai wangi tu. Ha??? Apa??? Haha... Rupanya kain serai wangi. Ceittt...
Boleh Taufan gelakkan Bakul. Ceh. Manalah Bakul tau nama-nama kain ni. Sebab banyak sangat nama kain & pelik-pelik pulak tu. Kalau nak taw, kain serai wangi ni ada bau. Bau serai wangi, sebab benang kain ni dicelup ke dalam air serai wangi. Tu yang bau wangi tu. Hehe. Bila tengok kat plastik kain tu, tulis dari Kelantan. Owh ni mesti Taufan beli time dia pergi sana. Ingat dia kat Bakul. Bakul je selalu lupa Taufan. Haha. Trimas Taufan! Lain kali jangan memalu bagi le apa-apa lagi yang patut ye. Hehe.
Kesimpulannya, jangan berhenti berusaha. Setiap usaha ada ganjarannya. Tengok macam Bakul. Bagi kuih dapat kain. Haha. Besh2. Pasni nak hantar kedai buat baju kurung. [^^]
-------------------
Yang putih berkerak tu susu. Huduh sungguh! |
Dan balasannya, Taufan pun bagi something kat Bakul. Haha takdelah, Bakul tak mintak pun. Taufan yang nak bagi. Tak sangka pulak dia nak bagi kan. Taufan bagi apa? Hehe. Taufan bagi serai wangi. Mula-mula Bakul pelik. Serai wangi? 'Nak buat apa ngan benda tu?' Bakul tanya. Taufan cakap surprise. Eleh surprise-surprise plak dia. Tetiba time tu kebetulan Bakul ada dengar radio pasal serai wangi, penenang fikiran. Ha? Apa tu? Macam aromatherapy tu ke? Yang ni ke yang Taufan nak bagi? Ermmm....
Bila time jumpa tu, Taufan dengan berkain pelekatnya bagi kat Bakul plastik. Apa dalam plastik? Serai wangi? Nak tengok jugak camane la rupa serai wangi tu. Ha??? Apa??? Haha... Rupanya kain serai wangi. Ceittt...
Kain pasang rupanya. Hoh |
Kesimpulannya, jangan berhenti berusaha. Setiap usaha ada ganjarannya. Tengok macam Bakul. Bagi kuih dapat kain. Haha. Besh2. Pasni nak hantar kedai buat baju kurung. [^^]
-------------------
No comments:
Post a Comment