Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Wednesday, March 28, 2012

Aiskrim Goreng Nilainya Bukan Hanya Satu Ringgit

Hari Rabu adalah hari shopping makanan! Kat mana? Kat pasar malam la. Hehe. Dekat ngan kolej Bakul ni ada pasar malam tau. Dekat je, pergi pun jalan kaki. Hehe

Takde yang menarik pun. Biasa-biasa je, Bakul pun beli la apa-apa yang patut nak beli untuk makan malam nanti. Bakul tak jumpa Taufan pun kat pasar malam. Sebelum tu, Bakul nampak Taufan ngan kawan-kawan dia. Macam nak pergi pasar, tapi dekat pasar tu, Bakul tak jumpa beliau pun. Lagipun pasar tu bukannya besar mana pun. Jalan sehala je. Agaknya beliau keluar tempat lain kot. Takpelah. Takde rezeki nak bertembung ngan Taufan hari ni. Hik3.

Maghrib. Bakul pergi ambil wuduk. On the way nak masuk bilik tu, kawan Bakul, Cik Tikar datang jumpa Bakul dan bagi sesuatu. Sesuatu yang dalam plastik. Apakah itu? Jeng3...

Hehe...Cik Tikar bagi aiskrim goreng kat Bakul. Tapi owh... Cik Tikar hanyalah orang perantaran sahaja. Yang bagi sebetul-betul bagi aiskrim goreng tu ialah Taufan sebenarnya. Hehe. 

Adoiyai Taufan ni. Semalam bagi Big Apple. Hari ni bagi aiskrim goreng plak. 

Bakul  : Ish dia ni, nak bagi kite gemok la tu. Trimas lagi sekali
Taufan: Haha...memang nak bagi awak gemok sikit. Sames-sames lagi sekali

Taufan ni saje je tau. Ada je benda dia nak bagi. Ha yang ni pun dia beli banyak-banyak gak, untuk kawan-kawan Bakul sekali. Lantak p lah. Bukan duit Bakul pun. Agaknya Taufan ngah masyuk la tu. Tu yang nak belanja orang je kejenya tu. Haha.
 
Trimas la kepada Taufan yang asyik-asyik je ingat kat Bakul yang sengal-sengal alang ni. Haha. Walaupun kita tidak ketemu, tetapi hati kita tetap bersatu. Wakakak!

Bukan aiskrim goreng sebenar. Bukan yang Taufan bagi. Sekadar gambar hiasan. Haha
------------------------------


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...