Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Sunday, April 1, 2012

Cycling Di Bukit Cerakah, Shah Alam

Bila Ahad menjelma, hati resah gundah gulana... Buangkan rasa itu. Kerana Bakul main dengan alam hari ni! Yeay..! Hari ni Bakul pergi Bukit Cerakah, Shah Alam. 

Bakul, Airship, ngan Dizzy pergi sana sebab nak main basikal. Hehe. Best nya... Dah lama giler Bakul tak naik basikal. Rasanya last Bakul naik basikal, masa Bakul darjah 6. Waaahh! Lamanya.  Agak-agak Bakul tahu lagi tak camana nak kayuh? Haha.

Tapi kami ni bukannya berbasikal biasa-biasa je. Sebab yang ni siap kena naik turun bukit. Adoi. Tumpor Bakul. Walau apa pun, cabaran mesti disahut. Bakul boleh! Malaysia boleh! 

Boleh apanya. Semput Bakul dibuatnya. Naik bukit sikit je dah semput. Tapi Bakul suka bila turun bukit. Laju je, siap boleh lepas tangan lagi. Hehe. Yang Dizzy lagi teruk. Sampai muntah-muntah dia. Salah set gear punya pasal. Habis sandwich yang dia makan tadi. Haha.

Owh, kami sempat jugak singgah kat 4 musim. Time tu tengah musim bunga. So layan je la mood bunga-bunga melankolik. Cantik je kat situ. Hehe.

Cantik sangat kan? Hehe...
Ok dah penat & sangat puas berbasikal. Masa untuk balik pulak. Alamak! Lapar la pulak. Perut harus diisi ni. Dizzy suggest makan kat Pecal Lele. Ok kami set je! Dan memang terbaik la. Sedap kot makan kat situ. Ikan keli dia garing sungguh. Ayam dia pun boleh tahan jugak. Tapi sayang, kami tak sempat makan tempe sebab tempe dah habis. Huhu.

Perut dah kenyang, badan pun dah penat. Apa lagi, balik la. Balik bersama perut. Haha. Enjoy sangat Bakul. Mau tak enjoy. Tiga hari berturut-turut keluar je. Haha. Ok esok Isnin teruskan rutin harian. Hehe.

--------------------


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...