Jumaat adalah hari yang paling sibuk sebab kelas full. Start from 8.00 a.m until 12.15 p.m. Then from 3.00 p.m until 5.15 p.m. Tapi hari ni syok sikit sebab kelas pukul 3 tu, kelas Medical Imaging takde. YehOoo! Memang Bakul dah tahu awal-awal dah yang kelas Imaging takde. So Bakul ngan kawan Bakul, Yogurt dah plan dah nak pergi ke suatu tempat. Hehe...
Kami nak pergi ke Malaysian International Shoe Festival 2012 kat PWTC. Tahun lepas ada kawan-kawan yang pergi. Diorang siap upload gambar kasut lagi kat facebook. Macam syok je. Tu yang Bakul ngan Yogurt nak pergi ni. Hehe.
Kami berdua je pergi sebab kawan-kawan lain ada hal. Lagi pulak duit MARA baru je masuk. Memang semangat la kami nak jalan-jalan, kan. Hehe. Sebenarnya kami berdua tak tahu jalan pun nak pergi ke PWTC tu. Huhu. Yogurt memang tak pernah pergi ke sana. Walaupun beliau orang Kelantan, tapi beliau tak pernah naik bas kat Hentian Putra tu. Beliau selalu naik kat Greenwood je.
Bakul pulak? Ye memang Bakul ada la dua kali rasanya pergi PWTC ni. Tapi Bakul kan hampeh. Bakul bukan ingat jalan pun. Geografi Bakul sangat lemah. Kalau orang tanya jalan, memang Bakul fail la. Walaupun Bakul selalu jalan kat tempat tu, Bakul still tak boleh bagi direction. Tambah-tambah pergi dengan kengkawan. Memang menonong je la ikut je diorang nak pergi mana pun. Teruk kan Bakul ni? Huhu.
So kitorang pasrah je la. Berpandukan pengalaman Bakul yang dulu pernah pergi ke Hentian Putra (sebab dulu Bakul practical kat Kelantan). Kami pun menuju la ke PWTC dengan harapan menggunung tinggi nak tengok kasut. Haha. Masa pergi mencari tu, Bakul guna satu teori je. Ni festival kasut kan? Mesti ramai orang yang nak pergi ke situ. Dan mesti ramai perempuan (sebab perempuan je yang giler kasut tahap gaban ni). So di mana ada perempuan, di situ la Bakul ikut diorang.
Dan terbukti teori Bakul ni tak salah. Buktinya? Bakul dah sampai pun ke tempat yang dituju! Hebat rupanya Bakul ni. Hak3...

Sangat cute kasut-kasut kat booth ni. |
Antara yang cute-cute... |
Kesimpulan yang dapat dibuat atas pemergian kami ke sini ialah, tak best mana pun festival kasut ni. Tak banyak booth yang dibuka. Bila tak banyak booth, maknanya tak banyak pilihan la. Maka, tak lama pun kami kat situ. Tak beli kasut pun. Hoho. Pastu kami blah, pergi ke Masjid Jamek. Ke situ jugak jalan pilihan. Haha. Lain kali takmo pergi la. Adios...
Kasut yang bukan kasut. Hehe... |
.........................
No comments:
Post a Comment