Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

There was an error in this gadget

Wednesday, March 7, 2012

Murtabak Maggie =)

Salam...

Hari ni Bakul sangat rajin bukak page2 kat facebook yang ada pasal resepi nih. Naluri kewanitaan ni membuak-buak untuk memasak. Maklumlah sekarang ni Bakul ada kat kampung. Kalau kat hostel, mana ada dapur, cafe ada la. Kui3. So tangan ni rasa gatal ya amat la nak cuba-cuba something. Hari tu sampai je rumah, Bakul terus masak nasi goreng. Haha

Bakul tak pandai masak pun. So Bakul cari la resepi yang simple yang Bakul boleh buat. Dan ada bahan-bahannya kat rumah ni. Cari punya cari, Bakul ternampak resepi MURTABAK MAGGIE. Caranya amatlah mudah. Dan Bakul buat menjadi u. Hehe..

Taraa!!! Agak comot Bakul buat. First trial ni taw. Haha

Ni resepi dari Bakul k kawan-kawan...

Bahan-bahan:

1. Sebungkus mee maggie kari
2. 3 biji telur ayam
3. 2 ketul ayam goreng diracik kecil-kecil
4. 1 biji bawang besar
5. Secubit garam
6. Sedikit lada hitam ditumbuk halus
7. Sedikit daun sup
8. 2 biji cili

Cara membuatnya:

1. Rendam mee ke dalam air panas. Gunting mee tersebut.
2. Ambil bekas lain, pukul 3 biji telur dan masukkan bersama bawang besar, garam, lada hitam, daun sup, cili, dan ayam.
3. Jangan dilupa masukkan sekali perencah mee maggie tu ye. Kacau semua adunan hingga rata.
4. Masukkan mee ke dalam semua adunan. 
5. Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam kuali. Masak macam goreng telur je.
6. Bila dah siap, hidangkan bersama kuah kari ye. Sedap!

# Memang simple cara membuatnya. Try lah sape yang tak pernah buat lagi! Hehe =]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...