Salam...
10/3/2012 bersamaan hari Sabtu kan? Ha betollah tu. Hari ni Bakul balik ke hostel. Ha betullah tu... Ha? Yeke? Hari Sabtu? Bukan Ahad ke sepatutnya balik? Kelas Isnin kan?
Hahaha! Bakul pun cam tak caye je Bakul balik awal gilosh. Ohoho. For the first time Bakul buat kerja ni. Tapi tak pelik pun, sebab ada jugak yang dah balik hari ni walaupun tak la ramai.
Sebenarnya Bakul tak sedap hati nak balik lambat-lambat. Padahal Bakul dah beli kot tiket Ahad tu. Tapi burn macam tu je sebab nak balik Sabtu. Pasal apa ea? Ermm banyak kerja Bakul yang tertunggak. Baju hari tu tak sempat basuh. Hari tu lepas habis je Seminar Pengurusan Aktiviti Kelab, Kak Daisy datang ambil Bakul. Ingatkan nak balik esoknya, so sempatlah lagi nak basuh kan. Tapi apakan daya, dah Kak Daisy nak ambil petang tu jugak.
Dan kerja-kerja rasmi pun banyak jugak berlonggok macam kaki ulat gonggok. Subject Clinical, Final Year Project, Proffesional Communication II and Technopreneurship. Semua tu kena buat assignment, proposal, slide presentation, mini project, laboratory, dan macam-macam jenis kerja yang memenatkan otak yang tak center ni.
-----------------------------------------
Ok lupakan sebentar dengan masalah yang menimpa. Haha tak sedar diri punya budak tua yang kenit. Kih3. Nak sok-sek pasal Taufan ni. Lama betul tak ngumpat pasal dia. Bukan takde cerita, tapi malu nak sebarkan kat sini. Tapi sekarang tengah tak malu dah. Haha.
Taufan pun balik hari ni jugak. Sebab dia pergi kenduri kahwin rumah kawan dia. Sebelum cuti mid sem hari tu, Taufan ada suruh bawak apa-apa la dari rumah. Macam makanan ke, apa ke kan. Beliau ni memang ngengada tau, suka mintak-mintak. Tapi dia tak kisah la kalau mak Bakul ke yang masak, semua dia bedal. Kalau dah nama lelaki, perut tu memang tak pilih bulu la kan. Haha.
Tapi Bakul teringin jugak
nak buat sesuatu untuk Encik Taufan sengal
ni. Hehe. Bakul
try buat
kek kukus berlapis. Hari Jumaat pagi
tu mak ada buat kuih apam dan ada banyak lagi lebihan adunan.
So malam
tu Bakul guna yang
tu je la, cuma Bakul tambah susu dan letak pewarna.
Tu je. Ingatkan dapat
la hasil yang
spongy-spongy macam apam
tu. Tapi lain
pulak jadinya. Jadi apa? Jadi macam
kuih lapis pulak. Pelik-pelik...
|
Yang putih berkerak tu susu. Huduh sungguh! |
Tapi Bakul bagi
jugak kat Taufan.
Haha tak tau lah dia buat apa
ngan kuih
ni. Kalau dia buang pun Bakul
tak hairan.
Haha sedih jugak sebenarnya, tapi gagal sekali
tak bermakna gagal selama-lamanya.
Cewah. Sebagai
backup, Bakul bagi
jugak tapai pulut, mak Bakul yang buat.
Huhu.
Dan balasannya, Taufan pun bagi
something kat Bakul.
Haha takdelah, Bakul
tak mintak pun. Taufan yang
nak bagi.
Tak sangka
pulak dia
nak bagi
kan. Taufan bagi apa?
Hehe. Taufan bagi serai wangi. Mula-mula Bakul pelik. Serai wangi? '
Nak buat apa
ngan benda
tu?' Bakul tanya. Taufan cakap
surprise. Eleh surprise-surprise plak dia. Tetiba
time tu kebetulan Bakul ada dengar radio pasal serai wangi, penenang fikiran.
Ha? Apa
tu? Macam
aromatherapy tu ke? Yang
ni ke yang Taufan
nak bagi?
Ermmm....
Bila time jumpa
tu, Taufan dengan berkain pelekatnya bagi
kat Bakul plastik. Apa dalam plastik? Serai wangi?
Nak tengok
jugak camane la rupa serai wangi
tu. Ha??? Apa???
Haha... Rupanya kain serai wangi.
Ceittt...
|
Kain pasang rupanya. Hoh |
Boleh Taufan gelakkan Bakul.
Ceh. Manalah Bakul
tau nama-nama kain
ni. Sebab banyak sangat nama kain & pelik-pelik
pulak tu. Kalau
nak taw, kain serai wangi
ni ada bau. Bau serai wangi, sebab benang kain
ni dicelup ke dalam air serai wangi.
Tu yang bau wangi
tu. Hehe. Bila tengok
kat plastik kain
tu, tulis dari Kelantan.
Owh ni mesti Taufan beli
time dia pergi sana. Ingat dia
kat Bakul. Bakul
je selalu lupa Taufan.
Haha. Trimas Taufan! Lain kali jangan memalu bagi
le apa-apa lagi yang patut
ye. Hehe.
Kesimpulannya, jangan berhenti berusaha. Setiap usaha ada ganjarannya. Tengok macam Bakul. Bagi kuih dapat kain.
Haha. Besh2.
Pasni nak hantar kedai buat baju kurung. [^^]
-------------------