Eh kawan-kawan! Tak nak beli ke barang yang Bakul jual ni? Murah je kot. Tadi ada dua orang customer dah beli dah. Yang sorang tu buat 2 nama; ANA dan AOW. Yang sorang lagi tu pulak buat nama DILA dan WAFIR. So total semua Bakul dapat RM 18.40 malam ni. Alhamdulillah. Dapat la buat duit poket.
Kalau nak tahu, Bakul jugak selalu jadi tempat orang pinjam duit taw. Haha, Bakul bukan ah long k. Cuma Bakul nak tolong kengkawan jek. Lagipun bukan senang-senang macam tu je Bakul nak bagi. Mesti la kawan yang nak pinjam tu ada sebab-sebab yang terdesak. Kalau suka-suka nak pinjam, takde maknanya Bakul nak bagi. Heh.
Ha tadi kan Bakul ada cari-cari novel. Hik3. Tapi Bakul cari dekat google book aje. Hoho. Memang la ada macam-macam novel kat dalam tu, tak kisah la novel lama ke baru. Yang tak bestnya, orang yang masukkan dalam tu tak masukkan penuh satu novel. Maksudnya, ada mukasurat yang hilang. Tu yang tak best tu. Huhu. Saje je kan nak suruh Bakul beli jugak novel tu. Hoo.
Esok hari Sabtu kan? Cuti? Oyeah! Best je kalo cuti ni. Esok kat kolej ada buat senam robik dengan gotong royong. Hmmm.. Nak pegi ke tak ye? Adui macam malas pulak. Tapi kalo tak pegi esok, bila lagi nak join aktiviti-aktiviti macam ni. Kan? Tapi tengok la esok camne. Hee
Ok la. Bakul nak chatting ngan kawan kat facebook. Masing-masing sibuk tanya pasal assignment la, quiz la. Hehe. K daa!
No comments:
Post a Comment