Tuhanku…
Sungguh ganjil
Bagaimana bisa sekian lama
Aku terngiur
Oleh yang bukan Engkau
-Emha Ainun Nadjib-
(2)
Mengahwini wanita kerana harta boleh menyebabkan sombong diri
Jika lelaki mengahwini wanita kerana kemuliaan yang sementara, Allah akan memberikan kehinaan di pertengahan
Jika cantik yang menjadi perkiraan dan perhintungan, Ibnu Majah sendiri pernah menyampaikan sabda nabi yang berpesan bahawa cantik itu sahaja boleh mendatangkan kecelakaan
(3)
Segala peristiwa berawal dari pandangan mata
Jilatan api bermula dari setitik bara
Berapa banyak pandangan yang membelah hati
Laksana anak panah yang meleset dari tali
Selagi manusia masih memiliki mata untuk memandang
dia tidak lepas dari bahaya yang menghadang
Senang di permulaan dan ada bahaya di kemudian hari
Tiada ucapan selamat datang dan ada bahaya di saat kembali
-Catatan Ibnu Qayyum-
(4)
Penderitaan dan rasa resah hadir kalau kita terlalu merasa pemilikan, terlalu rasa keterikatan. Jadi, bawa bertenang saja.
No comments:
Post a Comment