Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Monday, April 18, 2011

Semangat Kite Bakor Aje!

Assalamualaikum! Selamat Hari Isnin! Haha


Bersemangat tak hari ni kawan-kawan? Semangat la ek. Tanpa semangat anda, Malaysia tak kan maju. Cewah! Haha! Cakap pasal semangat, Bakul pun rasa bersemangat jugak hari ni. Ermm... minggu ni  Bakul ada kuiz Mathematics IV dan dua assignment Bakul kena hantar; Introduction to Microprocessor (Micro-p) dengan Essential Management Principle (EMP). Tapi Bakul nak kalut-kalut dengan Micro-p je sebab Bakul dah buat sikit yang EMP tu. So Bakul serahkan kat partner Bakul je la bagi dia sudahkan. Senangkan je kan kalau dah buat awal-awal, pastu yang baki-baki bagi kat partner je. Haha. First time kot Bakul buat kerja awal ni. Pecah record nih. Haha!

Bakul nak balik kampung minggu ni boleh tak? Eh dah cuti semester ke? Haha tak la, sebenarnya minggu depan study week. Kelas dah takde. So Bakul nak balik la kejap nak jumpa mak. Hehe. Whee! Tak sabarnya nak balik. Eleh, kat rumah bukan buat apa-apa pun. Memang la, tapi bila ada kat rumah sendiri, feel dia lain kot. Kan? Kan? Hhaha

Ok lah. Selamat Berhari Isnin!
## ni ada sikit pantun ni.
Hari Isnin kelas bermula
Rasa malas itu perkara biasa
Tapi nak buat macam mana
Tak kan kita nak bakor aje!
 HAhahhahahahaha! 

Thursday, April 14, 2011

Assalamualaikum w.b.t..

Tadi baru jek terima satu berita dari kawan Bakul, Maggie nama dia. Dia cakap bapak kawan lelaki kami, Alive dah meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un... Baru je meninggal dalam tengah hari tadi. Semoga roh bapak Alive dicucuri dan dilimpahi rahmat. Kita sedekahkan al-Fatihah kat bapak Alive ye kawan-kawan. 

Luahan Rasa Sebuah Kehilangan

Kehilangan itu pasti...
sebanyak mana kita menyayangi...


setiap pertemuan pasti ada perpisahan...


sebanyak mana pengorbanan yang dilakukan..
apabila ditakdirkan kita menjauh..
terimalah dengan hati yang redha...


HANYA ALLAH YANG TAHU
BETAPA KITA MENYAYANGINYA...

(Luahan rasa diambil dari Gadis Merah Jambu)

Oh Begini Rasanya... (^-^)

Hari ni Bakul takde kelas pun satu hari. Esok pun takde kelas jugak. Horeeyyy, cutiiii! Hmmm tapi assignment berlambak kot tak siap lagi. Ada yang nak kena hantar Jumaat pulak tu. Aduish, kalau la assignment tu senang, dah lama Bakul siapkan dan hantar awal-awal. Terus dapat markah tambahan. Tapi, assignment tu bukan la susah seperti yang dijangka. Sebab ianya memang susah gila-gila wa cakap lu! Ayoi... Bila la Bakul nak pandai ni. Uhuk3..

Tadi Bakul buat sesuatu untuk Bakul Peace Craft. Sesaje je buat. Tapi kawan-kawan tolong lah beli ye. Plizzz... Hoho. Bunyik cam desperate je kan. Malu-malu. Huhu. Kalo nak tau Bakul buat apa, nanti pergi kat sini ye. Tengok-tengoklah dulu. Kalau berkenan, beli le ye yop, yong. Hoho.

Jumaat petang Bakul nak pergi Continental Sdn Bhd kat Petaling Jaya. Nak tangkap gambar. Buat apa? Nak letak kat dalam assignment Essential Management Principle. Konon bukti la yang kami pergi buat company visit kat situ. Haha. Tangkap gambar kat depan tu jek la. Haha. Konon-konon.

Sabtu ni jom pergi Masjid Jamek! Kite shopping-shopping la. Menghabiskan duit yang tak berapa nak ada ni ha. Sambil-sambil tu boleh cuci mata tengok awek cun. Kan ramai awek cun dah sekarang ni. Haha. Bakul yang pompuan ni pun tengok diorang boleh cair tau. Perghhh~ Hahaha

Ok ok ok. Dudda dudda~

Tuesday, April 12, 2011

Nak kurus ingat joegrimjow

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti!
Sape nak kurus macam joegrimjow, angkat tangan! Angkat tangan tinggi-tinggi. Angkat tangan macam Usop Soley-soley. Ha ni pun senaman nak kurus jugak namanya ni. Petua ikhlas dari Bakul. Hahaha!

Tips kedua pulak, bila ada niat nak kurus je, cepat-cepatlah bayangkan muka joegrimjow yang tersenyum lebar macam kambing tu. Masih ingat iklan susu pekat apa ntah yang ada senyum menyeringai tu? Mmmmmmmmm~. Haha. Mesti gelak besar punya la. Jangan gelak sampai termasuk longkang sudah la ye. Confirm takde sape nak tolong nanti. Mucuk u! Haha!

Tips ketiga, nak kurus tak? Nak kurus tak? Biasa orang mesti cakap, kalau nak kurus, pergi la jogging. Agaknya joegrimjow cakap camni jugak kot. Bakul pun setuju jugak. Betul la tu. Tapi ada yang kena tambah sikit. Kalau jogging tu, kalau boleh, lari la laju-laju. Bukan sebab ada anjing yang kejar. Tapi nak mencerdaskan otak juga. Bukan ke pepatah moden ada berkata, 'badan sihat, otak cerdas'. Kan? Hehe.

Sesudah itu, tulis la sepucuk surat kepada joegrimjow, isi dia, kata la korang nak jumpa joegrimjow. Alamatnya? Sudah, Bakul mana le taw. Takpe-takpe, korang dah tulis surat tu kan? Ha ape lagi, pergi la pejabat pos. Tapi kena jalan kaki ye. Paling advance pun naik basikal ok. Jauh? Penat? Aish tadi kata nak kurus. Kena la berkorban sikit. Hoho.

Uppss... jangan nak ingat joegrimjow sangat la kan. Korang kena ingat korang tu ada Tuhan. Hehe saje Bakul cakap sebab yela kita ni kan hamba Allah yang sering lupa. Kena la saling ingat-mengingati. Tak gitu joegrimjow?

Adios!


Masihkah Boleh Dikata Rindu?


Aku rasa rindu
Tapi entah pada siapa
Jiwaku kosong
Tapi salah siapa?
Aku rasa rindu
Pada siapa ku tidak tahu

Mungkinkah pada teman-teman?
Ah aku yang menyombong diri tidak menemui mereka
Hanya bersapa bila bertemu di persimpangan atau jalanan
Hanya tersenyum jika mereka yang memulakan
Masihkah boleh dikata rindu?

Mungkinkah pada ibu di kampung halaman?
Setelah lama tidak pulang
Tetapi baru sebentar ku berbicara dengan ibu di talian
Bertanya khabar tentang ibu, tentang kesihatannya
Masihkah boleh dikata rindu?

Mungkinkah pada kekasih Allah?
Kekasih yang Kau cintai?
Rasulullah penghulu segala nabi
Tapi… huh, berselawat saja tidak selalu
Sedangkan baginda pemberi syafaat kepadaku
Tetapi diri ini lambat benar sedarnya
Masihkah boleh dikata rindu?

Mungkinkah padaMu Ya Allah?
Mungkinkah? Mungkinkah?
Tetapi solat sahaja hanya cukup-cukup lima waktu
Tidak terniat pun menambah pahala melakukan yang sunat
Bersedekah pula jarang sekali
Apakah ibadah namanya itu?
Jika perlakuanku tidak beserta namaMu
Masihkah boleh dikata rindu?
Masihkah boleh dikata rindu?
 

Monday, April 11, 2011

LAGU UNTUK AYAH



Oh Ayah

Engkaulah wiraku

Engkaulah penawarku

Engkaulah cintaku


Oh Ayah

Engkaulah kasihku

Tempatku mengadu sendu

Engkau segalanya


Kasihmu tidak berbelah bahagi

Kau ku sayang yang aku kasihi

Kau bekerja di setiap waktu

Cari nafkah untuk anak isterimu

Kini segalanya

Hanyalah tinggal kenangan

Kau pergi untuk selama-lamanya

Tinggalku kesepian tanpa haluan

Pincanglah hidupku

Musnahlah citaku

Kukirimkan doa untuk mu di pusara

Agar bersemadi dengan aman tenangnya

Ku ingat jasamu ku ingat baktimu

Akan ku jadikan contoh dan tauladan

Oh Ayah…


More songs

Sunday, April 10, 2011

Hikmah Berkata-Kata

 (1)
Tuhanku…
Sungguh ganjil
Bagaimana bisa sekian lama
Aku terngiur
Oleh yang bukan Engkau

-Emha Ainun Nadjib-
(2)
Mengahwini wanita kerana harta boleh menyebabkan sombong diri
Jika lelaki mengahwini wanita kerana kemuliaan yang sementara, Allah akan memberikan kehinaan di pertengahan
Jika cantik yang menjadi perkiraan dan perhintungan, Ibnu Majah sendiri pernah menyampaikan sabda nabi yang berpesan bahawa cantik itu sahaja boleh mendatangkan kecelakaan

(3)
Segala peristiwa berawal dari pandangan mata
Jilatan api bermula dari setitik bara
Berapa banyak pandangan yang membelah hati
Laksana anak panah yang meleset dari tali
Selagi manusia masih memiliki mata untuk memandang
dia tidak lepas dari bahaya yang menghadang
Senang di permulaan dan ada bahaya di kemudian hari
Tiada ucapan selamat datang dan ada bahaya di saat kembali

-Catatan Ibnu Qayyum-

(4)
Penderitaan dan rasa resah hadir kalau kita terlalu merasa pemilikan, terlalu rasa keterikatan. Jadi, bawa bertenang saja. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...