1.
Abu Sa’id al-Hanafi menerangkan: Surah
ini dinamakan surah al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa
yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan
dilepaskan dari kesusahan duniawi, dimudahkan dalam sakaratulmaut, dihindari
dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.
2.
Ibnu Syihab al-Zukhri menerangkan:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Siapa yang membaca surah al-Ikhlas seolah-olah ia
membaca sepertiga Quran.”
3.
Riwayat dari Saidina Ali r.a.: Siapa
yang membaca surah al-ikhlas sebanyak 11 kali sesudah solat Subuh, maka syaitan
tidak akan dapat menggodanya untuk membuat dosa, meskipun syaitan itu dengan
sungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu.
4.
Saidatina Aisyah menerangkan: “Dari Nabi Muhammad s.a.w. “Siapa membaca sesudah selesai solat Jumaat, surah al-Fatihah 7
kali, surah al-Ikhlas 7 kali, surah al-Falaq 7 kali, dan surah An-Nas 7 kali,
maka Tuhan akan melindunginya dari kejahatan sampai hari Jumaat yang akan
datang.
5.
Dari Saidina Ali r.a. dari Rasulullah:
“Siapa hendak pergi musafir, kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya,
ia membaca surah al-Ikhlas 11 kali, maka Tuhan memelihara rumahnya sampai ia
kembali.”
6.
Saidiana Anas menerangkan dari
Rasulullah s.a.w.: “Siapa membaca surah al-Ikhlas 30 kali, maka Tuhan akan
menulis berkat, selamat dari api neraka dan aman dari azab pada hari kiamat.”
7.
Imam Sayuthi menerangkan dalam kitabnya
Addurrul Mantsur. Riwayat dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. mengatakan:
“Siapa ada hajat hendaklah berwuduk dan solat empat rakaat dengan sekali salam.
Rakaat pertama membaca Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 11 kali, rakaat kedua
membaca Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 21 kali, rakaat ketiga membaca
Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 30 kali dan rakaat keempat membaca Fatihah
sekali dan surah al-Ikhlas 41 kali. Apabila sudah salam, sebelum berkata-kata,
baca surah al-Ikhlas 50 kali, selawat ke atas nabi 50 kali, istighfar 50 kali.
Kemudian mintalah hajat pada Allah. Maka InsyaAllah Tuhan akan menunaikan
hajatnya.
No comments:
Post a Comment