Tragedi betol hari ni. Pagi-pagi lagi Bakul dah ponteng kelas. Tak tau la nak cakap camne, sengaja ponteng ke tak. Yang pasti, Bakul terasa amatlah rugi yang sangat-sangat. (Menyesal kemudian tiada berguna. Uhuhu.)
Alkisah bermula pada jam 0720 pagi. Bakul dikejutkan oleh ketukan pintu dan suara yang memanggil-manggil nama Bakul. Ah ni mesti suara Miracle. Bakul cam sangat suara beliau. Tapi Bakul peduli hape. Bakul set alarm jam 0725. Bakul akan bangun time tu je. Dan Bakul ignore je panggilan itu bak angin lalu....
Bila tiba jam 0725, dengan berat hati Bakul pergilah membersihkan diri walaupun rasanya wangi lagi. Haha. Orang kata, sambil menyelam minum air. Bakul pun, masa mandi tu, terfikir-fikir la.. Kenapa la Miracle ketuk pintu Bakul awal-awal pagi? Dan sangat pelik sebab Miracle bukan la jenis yang bangun awal. Tambah pulak pergi bilik Bakul yang jauh ni. Pelik-pelik...
Adakah Miracle nak bagitahu yang hari ni takde kelas? So dia ketuk bilik Bakul nak bagitahu. Tapi kenapa dia tak bagi mesej je? Takde kredit kot. Hmmm... Habis je mandi, Bakul masuk bilik. Dalam perjalanan nak masuk bilik, Bakul akan melalui bilik Ashtray. Aik! Budak ni tak bangun lagi ke? Tengok kering je selipar dia. Tak mandi lagi ke? Dah pukul berapa ni? Dah lambat kot. Agaknya betol la tu takde kelas ni.
Takpe-takpe. Bakul lengah-lengahkan masa lagi. Kalau Bakul lambat, mesti diorang datang bilik Bakul ajak nak pergi kelas sama-sama. Bakul pun pergi la membuang bahan toksik yang tak diperlukan oleh perut ni. Ok dah cukup waktu. Aik? Takde orang datang bilik Bakul. Ha betul la tu takde kelas la ni.
Bakul pun buat aktiviti yang patut la bila berada di bilik sementara menunggu kelas seterusnya pukul 10.00 pagi nanti. Pukul 9.30 pagi, Bakul pergi bilik Ashtray nak mintak nota nak print. Ashtray pun bagitahu la yang beliau baru je sampai bilik. Dia tidur kat luar rupanya. Maknanya pagi tadi ada kelas la? Adush!
Dan rupanya Miracle datang bilik tu sebab nak minta tolong print kan assignment dia. Dia pun tak datang kelas sebab mengantuk sibuk nak siapkan assignment tu la. Maknanya, Bakul la yang ponteng takde sebab ni. Huhu.
Kenapa la Bakul tak call je Miracle tanya kenapa dia ketuk bilik Bakul? Kenapa la Bakul pepandai je buat kesimpulan yang ntah apa-apa ni? Kenapa la Bakul tak ketuk bilik Ashtray tanya ada kelas ke tak? Ish3. Macam biol je. Uhuhu. Ok3, petang ni kelas pukul 3 jangan tak datang pulak.
Doakan Bakul sejahtera ye kawan2!
---------------------------------
No comments:
Post a Comment