Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

There was an error in this gadget

Saturday, March 19, 2011

Jalan-jalan Pusing KL!

Wah! Hari ni sangat bermakna! Bakul join explorace taw, hehe. Yang ni kolej Bakul yang buat, combine ngan PEMBINA. Bagi pendapat Bakul, kira ok-ok je la, takde la challenging sangat. Cuma yang bestnya, dapat pusing-pusing KL. Walaupun Bakul duduk Gombak, Bakul takde pun keluar jalan jauh-jauh. Ni la masa yang sesuai pun. Sekurang-kurangnya Bakul dapat la tengok-tengok cuci mata kat keliling KL ni. Dapat taw la jugak jalan kat KL ni. hehe.

Ermm pagi tadi Bakul bangun pukul 6.00am sebab JKK (Jawatankuasa Kolej Kediaman) cakap kena berkumpul pukul 6.45. Haha macam kelakar je pagi Sabtu bangun awal, hehe. Ok la pukul 6.45 tu Bakul turun la. Tapi bas tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu, 7.30am baru sampai. Huh, pape ntah, ni la Melayu, janji Melayu yang layu. Janji tak boleh pakai. 

Sebenarnya Bakul malas nak cerita banyak. Ok la camni la, Bakul start first cik puan (check point) kat KLCC, pastu Pasar Seni, Masjid Bukit Aman, Tasik Taman Perdana, Muzium Negara, Planetarium dan last sekali kat Masjid Negara. Perjalanan ni boleh kira lebih kurang dalam 7km ke 10 km la. hoho. 

Bila balik je, sampai bilik Bakul terus tidur. hahahah!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...