Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

There was an error in this gadget

Tuesday, March 29, 2011

Jadi Anak Yang Baik Itu Perlu

Assalamualaikum kepada muslimin dan salam sejahtera kepada non-muslim.

Pernah tak kawan-kawan rasa bersalah yang amat sangat? Pernah tak? Rasa bersalah yang memang salah tu kita yang buat? Pernah tak? Huhu.. Maaf ye sebab nak emo pulak rasanya. 

Macam ni, malam semalam mak Bakul call. Mesti korang rasa biasa je kan. Tapi Bakul tak biasa. Sebab apa? Sebab selalunya Bakul yang call mak. Bukan mak yang call Bakul. La ni tetiba mak yang call. Bakul pelik la kan. Bila tanya nape mak call? Mak cakap sesaje je. Pastu mak tanya kenapa dah lama tak call mak?

Ya Allah! Time tu la Bakul rasa bersalah sangat-sangat. Rasa macam nak menangis aje. Sebenarnya dalam seminggu la jugak Bakul dah tak call mak. Huhu, bukan sibuk mana pun. Tapi kadang-kadang terlupa la. je, alamak dah pukul 10 malam. Tentu mak dah tido. Mak Bakul ni plak memang jenis tido awal sebab siang penat kot jaga kedai. Tapi... lupa nak call? Alasan paling tak bagus, kan? Huhu Bila ingat

Tapi kalo tak silap Bakul, ni la first time mak call Bakul dengan alasan, 'sesaje nak call.' Memang ada jugak mak call kekadang tu. Tapi jarang sangat. Tu pun kalo ada hal penting nak cakap. Tapi yang ni boleh pulak sesaje. Nampak sangat mak rindu dekat Bakul, kan? Huhu. Jahatnya Bakul ni. Sampai buat mak susah-susah camni rindu-rindu camni.

Mak, Bakul tak nak buat mak macam ni lagi. Ok-ok. Pasni Bakul akan call mak selang sehari. Tak pun selang dua hari ke. (Ni paling kerap Bakul pernah buat dulu sebab Bakul bukannya peramah). Ok mak? Mak jangan risau-risau k. Bakul kat sini baik-baik aje. Hehe. Mintak sorry mak! Bakul mintak maap banyak-banyak, mintak maap sangat-sangat! Huhu...


: : Tapi lepas tu Bakul nangis jugak, sebab ada kawan kat facebook tu tetiba je tanya pasal arwah bapak. Huhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...