Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Wednesday, March 30, 2011

Tuesday, March 29, 2011

Mari Membeli! Bakul Baik Hati Nak Jual Ni!

Salam, ni ada Bakul jual barang-barang yang cute-cute ni ha. Harap korang sudi yang teramat sudi la membeli ye. Murah je ni, kalau kat tenpat lain memang tak dapat murah macam Bakul jual ni ha. Beli ye. Hehe. Borang pembelian ada kat sebelah walaupun tak berapa nak cantik lagi. Meh shopping!

RM 1.00 satu
RM 1.00 satu
RM 1.00 satu



 purple metallic

 merah metallic

 hijau muda


 black metallic


 biru muda


 pink


 white

 silver

 dark chocolate

 slip icon: flowers
RM 1.00 satu
 slip icon: love
RM 1.00 satu
slip icon: butterfly
RM 1.00 satu

 dangling: mickey
RM 1.00 satu
 dangling: bag
RM 1.00 satu
 dangling: love
RM 1.00 satu
 bracelet: RM 1.20 satu





 sample bracelet


 sample strap: letter

 strap handphone: rayban
RM 1.50 satu

strap handphone: jeans
RM 2.50 satu



Jadi Anak Yang Baik Itu Perlu

Assalamualaikum kepada muslimin dan salam sejahtera kepada non-muslim.

Pernah tak kawan-kawan rasa bersalah yang amat sangat? Pernah tak? Rasa bersalah yang memang salah tu kita yang buat? Pernah tak? Huhu.. Maaf ye sebab nak emo pulak rasanya. 

Macam ni, malam semalam mak Bakul call. Mesti korang rasa biasa je kan. Tapi Bakul tak biasa. Sebab apa? Sebab selalunya Bakul yang call mak. Bukan mak yang call Bakul. La ni tetiba mak yang call. Bakul pelik la kan. Bila tanya nape mak call? Mak cakap sesaje je. Pastu mak tanya kenapa dah lama tak call mak?

Ya Allah! Time tu la Bakul rasa bersalah sangat-sangat. Rasa macam nak menangis aje. Sebenarnya dalam seminggu la jugak Bakul dah tak call mak. Huhu, bukan sibuk mana pun. Tapi kadang-kadang terlupa la. je, alamak dah pukul 10 malam. Tentu mak dah tido. Mak Bakul ni plak memang jenis tido awal sebab siang penat kot jaga kedai. Tapi... lupa nak call? Alasan paling tak bagus, kan? Huhu Bila ingat

Tapi kalo tak silap Bakul, ni la first time mak call Bakul dengan alasan, 'sesaje nak call.' Memang ada jugak mak call kekadang tu. Tapi jarang sangat. Tu pun kalo ada hal penting nak cakap. Tapi yang ni boleh pulak sesaje. Nampak sangat mak rindu dekat Bakul, kan? Huhu. Jahatnya Bakul ni. Sampai buat mak susah-susah camni rindu-rindu camni.

Mak, Bakul tak nak buat mak macam ni lagi. Ok-ok. Pasni Bakul akan call mak selang sehari. Tak pun selang dua hari ke. (Ni paling kerap Bakul pernah buat dulu sebab Bakul bukannya peramah). Ok mak? Mak jangan risau-risau k. Bakul kat sini baik-baik aje. Hehe. Mintak sorry mak! Bakul mintak maap banyak-banyak, mintak maap sangat-sangat! Huhu...


: : Tapi lepas tu Bakul nangis jugak, sebab ada kawan kat facebook tu tetiba je tanya pasal arwah bapak. Huhu

Saturday, March 19, 2011

Jalan-jalan Pusing KL!

Wah! Hari ni sangat bermakna! Bakul join explorace taw, hehe. Yang ni kolej Bakul yang buat, combine ngan PEMBINA. Bagi pendapat Bakul, kira ok-ok je la, takde la challenging sangat. Cuma yang bestnya, dapat pusing-pusing KL. Walaupun Bakul duduk Gombak, Bakul takde pun keluar jalan jauh-jauh. Ni la masa yang sesuai pun. Sekurang-kurangnya Bakul dapat la tengok-tengok cuci mata kat keliling KL ni. Dapat taw la jugak jalan kat KL ni. hehe.

Ermm pagi tadi Bakul bangun pukul 6.00am sebab JKK (Jawatankuasa Kolej Kediaman) cakap kena berkumpul pukul 6.45. Haha macam kelakar je pagi Sabtu bangun awal, hehe. Ok la pukul 6.45 tu Bakul turun la. Tapi bas tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu, 7.30am baru sampai. Huh, pape ntah, ni la Melayu, janji Melayu yang layu. Janji tak boleh pakai. 

Sebenarnya Bakul malas nak cerita banyak. Ok la camni la, Bakul start first cik puan (check point) kat KLCC, pastu Pasar Seni, Masjid Bukit Aman, Tasik Taman Perdana, Muzium Negara, Planetarium dan last sekali kat Masjid Negara. Perjalanan ni boleh kira lebih kurang dalam 7km ke 10 km la. hoho. 

Bila balik je, sampai bilik Bakul terus tidur. hahahah!



Monday, March 14, 2011

Takut VIVA! Bukan Viva La Vida...

Huhu sekarang ni Bakul rasa tak sedap hati. Tadi pukul 12 Bakul tak datang kelas Microprocessor. Kawan-kawan kelas hantar mesej tanya Bakul tak datang kelas ke? Sir nak buat viva ni. Viva ni kira macam interview la. Nanti lecturer Bakul akan tanya semua soalan pasal assignment tu. Kan Bakul ada citer pasal assignment programming yang kena buat tu kan. Ha assignment tu la yang lecturer Bakul nak viva. Ish cuak je Bakul rasa. 

Sebenarnya memang Bakul berniat pun ponteng kelas ni. Hu jahat kan Bakul? hu.. La ni sir nak buat viva pulak. Tapi memang Bakul tak kan datang kelas jugak. Classmate pun banyak kali hantar message tapi Bakul tak reply pun. Kepala bengong apa Bakul ni? Eish..

Pastu classmate Bakul sent message lagi. Dia kata viva tak jadi. Sir nak buat hari khamis. YAHOO!!! Lega sikit Bakul rasa. Ha? What? Thursday? Alamak! Bakul ada Public Lecture la time tu. Bakul kena attend sebab Bakul AJK yang kena uruskan bahagian hadiah. Adoi. Camane plak ni? Adeish. Masalah lagi ni. Maknanya Bakul kena jumpa sir jugak ni. Huhu. 


Tapi viva khamis ni. TAKUT!



Rintihan Anak Pungut



Rintihan Anak pungut


Aku anak pungut
Yang layak dimarah
Hinakah aku
Jijikkah aku

Aku dicaci
Aku dikeji
Seksanya aku
Hidup merana

Mengapa aku menjadi begini
Aku insan biasa seperti kamu semua

Ada hati dan perasaan
Menangis aku sendirian

Tak kacau orang
Tak ganggu sesiapa
Mengapa disishkan dari semua

Jika aku ada
Orang benci aku
Lebih baik aku
Mati dalam hina

http://www.youtube.com/user/BaKuLSeJaHtErA?feature=mhum

Sunday, March 13, 2011

Cerita Seorang Budak



Di sebuah kampung
Ada seorang budak
Namanya Cinot
Dia sangat comel

Secomel-comel dia
Dia anak yatim
Anak yatim lagi piatu

Tiada ibu tiada bapa
Tiada saudara mara kawan dan taulan
Mahupun sahabat handai
Semuanya dia tiada

Semua orang memandang hina
Kepada dia yang begitu kasihan
Pada suatu hari ada seorang tua
Mengambil dia dan menjaga dia

Dibela dan dijaga
Dijaga sepenuh masa
Dididik berakhlak mulia
Agar menjadi orang berguna

Pabila besar dia berjaya
Memegang jawatan yang tinggi belaka
Aduhai syukur si orang tua
Kerana mendidik dengan sempurna

Friday, March 11, 2011

Pohonan Ku Panjatkan



Luahan rasa setinggi pengharapan kupanjatkan hanya padaMu. Dengarlah rintihan hatiku. Fahamilah resah dukaku. Aku bukan siapa-siapa tanpa Mu di sisiku. Kabulkanlah permintaanku...

yA Allah
berikanlah aku hidayahMu
ya Allah
tunjukilah aku ke jalanMu

hanya Kau saja mampu melakukan segalanya
hanya padaMu ku berharap
hanya padaMu ku meminta
agar hidupku beroleh sejahtera

ya Allah tunjukilah aku ke jalanMu
ya Allah tuntunilah aku ke syurgaMU

Hanya Engkau Yang Maha Kuasa
Hanya Engkau yang berhak atas segalanya


http://www.youtube.com/user/BaKuLSeJaHtErA

Kelegaan Satu Kepuasan

Alhamdulillah. Akhirnya siap jugak assignment Bakul ngan partner Bakul buat. Kali ni rasa lega dia lain macam. Tak sama macam buat assignment lain. Sebab yang ni killer subject kot. Subject Microprocessor, kena buat programming. Bakul memang lemah kalau benda-benda macam program ni. Rasa nak termuntah je buatnya. Haha. 

Tapi pape pun semua dah setel. Bakul nak ucap terima kasih banyak-banyak la kat partner Bakul yang sangat banyak berjasa untuk siapkan assignment ni. Tanpa beliau, memang kacau bilau la program yang Bakul buat. Hehe

Ok. Langkah seterusnya, Bakul nak buat report tentang English Exhibition pulak. Yang ni untuk subjek Technical Communication. Kena buat 200 words. Semalam Bakul main puas-puas, pastu dapat banyak gula-gula woo. Hahaha, macam best je kan. Hahaha!
 
Kepada budak-budak yang perasan masih bersekolah tu, akak Bakul nak ucapkan selamat berholiday! Berholidaylah dengan sebaik mungkin ye. Adios! 



Monday, March 7, 2011

Menguatkan Akal

Menurut ahli-ahli perubatan Islam, ada 6 cara untuk menguatkan akal

-            Makan kismis pada kadar 21 biji sehari. 
-            Makan buah badam.
-            Makan daging kambing.
-            Halwa halia.
-            Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
-            Makan buah limau.

LARANGAN: Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal. Di antaranya: 

-                      Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya. 
-                      Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
-                      Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
-                     Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...