Kun fayakun. Maka jadilah syurga dan neraka. Sebaik syurga tercipta, Allah memerintahkan malaikat Jibrail supaya melawat syurga. Jibrail berkata, “Ya Allah, demi kemuliaanMu, barangsiapa mengetahuinya pasti mereka akan berusaha dan berlumba-lumba untuk mendapatkan syurgaMu dengan segala kelazatan, kesenangan, kegembiraan, kemewahan dan beraneka rupa nikmat yang tersedia di dalamnya!”
Kemudian Allah menyelubungi syurga itu dengan pelbagai syarat supaya manusia menjauhi segala laranganNya, mengerjakan segala perintahNya seperti sembahyang, puasa, jihad, haji, sedekah, zikir, amal kebjikan, taat kepada ibu bapa, berbuat baik sesama manusia dan makhluk lain seperti binatang. Barangsiapa memenuhi syarat, mengikuti segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, mereka layak memasuki syurga tersebut.
Lantas Allah memerintahkan sekali lagi Jibrail melihat syurga. Selepas kembali dari syurga, Jibrail berkata, “Ya Allah, kini aku khuatir tiada sesiapa dapat memasuki syurgaMu!”
Allah turut memerintahkan Jibrail melawat neraka jahanam dan melihat pelbagai azab, seksaan, penderitaan yang disediakan untuk penghuninya.
Jibrail lantas berkata, “Ya Allah, demi kekuasaanMu, barangsiapa yang mendengar segala seksaan yang amat dahsyat itu pasti tiada sesiapa berani menghampirinya!
Lalu Allah menyelubungi neraka itu dengan pelbagai rupa kejahatan yang melanggar segala larangan Allah seperti berzina, meliwat, meminum arak, berjudi, membuat kezaliman, membunuh, menipu, mencuri dan pelbagai macam kemaksiat kepada Allah.
Sekali lagi malaikat Jibrail diperintahkan melihat neraka. Jibrail berkata, “Ya Allah, aku khuatir tiada seorang pun yang terselamat daripada seksaan api nerakaMu!
Artikel dari majalah Mastika keluaran Februari 2011
No comments:
Post a Comment