Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Bagaimanapun, bukan sesuatu yang menghairankan jika kaum Adam juga memiliki perasaan demikian. Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan di Barat, dikatakan ketinggian seorang lelaki mempengaruhi tahap cemburunya. Semakin tinggi seorang lelaki itu, maka semakin besarlah tahap cemburu mereka.
AQUARIUS (21 JAN – 19 FEB)
Bagi menunjukkan perasaan cemburunya, lelaki Aquarius meluahkan rasa hati mereka dengan kata-kata seperti memerli. Keadaan ini jelas kelihatan apabila topik perbualannya hanya berkisar pada seorang lelaki. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang membuatnya cemburu.
PISCES (20 FEB – 20 MAC)
Lelaki Pisces memiliki hati yang baik dan mulia. Bagaimanapun, dia memiliki tahap cemburu yang tidak terduga dan sangat memeranjatkan. Sekiranya pasangannya curang, dia akan bersikap seperti wanita. Dia bukan hanya akan meraung-raung tetapi air matanya juga bisa membuatkan sesiapa sahaja mudah simpati padanya.
ARIES (21 MAC – 20 APRIL)
Sifat dictator yang ada pada lelaki Aries adalah semula jadi. Cemburu lelaki Aries boleh tahan juga kuatnya. Biasanya, apabila berhadapan dengan pesaingnya, dia akan melakukan apa sahaja hingga menyebabkan pihak lawan berundur.
TAURUS (21 APRIL – 21 MEI)
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Sekiranya dia mengetahui pasangannya berlaku curang, bukan semudah itu unuk dia melepaskannya.
GEMINI (22 MEI – 21 JUN)
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan sahaja. Jadi, tidak hairanlah lelaki Gemini mempunyai tahap cemburu yang paling minimum berbanding lelaki Zodiak lain.
CANCER (22 JUN – 23 JULAI)
Tidak gemar berjauhan dengan kekasih malah ingin selalu berhimpit dengan kekasih adalah sikap lelaki Cancer. Perasaan cemburu yang tidak terkawal mampu membuatkan lelaki Cancer ‘menghuru-harakan’ dunia ini.
LEO (24 JULAI – 23 OGOS)
Cemburu si Leo masih boleh dikawal. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh-temeh. Malah, dia masih boleh berbincang dengan tenang bersama pasangannya meskipun sedar si dia telah berlaku curang.
VIRGO (24 OGOS – 23 SEPT)
Perasaan cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan si Virgo. Walaupun dia amat mencintai pasangannya sepenuh hati, namun tetap bergaduh besar dengan si dia kerana cemburu.
LIBRA (24 SEPT – 23 OKT)
Sedar cemburu akan ‘mencalar’ imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebolehnya, mereka juga tidak mahu mencetuskan perselisihan dengan pasangan akibat cemburu kerana sedar akan menjejaskan hubungan mereka.
SCORPIO (24 OKT – 23 NOV)
Semakin dalam cinta si lelaki Scorpio terhadap pasangannya, maka semakin kuat juga cemburu mereka. Cemburunya semakin jelas kelihatan jika pasangannya mula menunjukkan sikap yang mencurigakan.
SAGITARIUS (24 NOV – 21 DIS)
Cemburu si lelaki Sagitarius datang dengan cepat dan perginya juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengetahui perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenar, cemburunya pun reda.
CAPRICORN (22 DIS – 20 JAN)
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Apabila cemburu, dia tidak akan menunjukkannya pada sang kekasih, sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
No comments:
Post a Comment