Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

There was an error in this gadget

Thursday, February 3, 2011

“Aku Tidak Gila! Kalian Yang Gila!”


Artikel dari majalah Mastika keluaran Februari 2011

Suatu hari as-Syibli terdengar suara berkata, “As-Syibli, berapa lama lagi kamu berpuas hati dengan nama, carilah sekarang nama Allah!” Beliau sangat terpengaruh dengan suara itu, lalu seperti orang gila beliau terjun ke Sungai Dajlah.

     Tetapi dengan pertolongan Allah, beliau tidak lemas dan dibawa arus sungai itu semula ke tebing. Keadaan ‘gila’ seperti itu bertambah hebat, lalu beliau terjun ke dalam api yang sedang menyala tetapi beliau tidak cedera.

     Kedengaran lagi satu suara, “Orang yang menjadi mangsa Tuhan dan dicederakan olehNya, maka tiada sesiapa yang dapat membunuhnya kecuali oleh Allah itu sendiri!”

       Apabila kegilaan seperti itu tidak boleh dikawal lagi, as-Syibli pun dirantai dan selalu juga dimasukkan ke kandang orang gila. Apabila orang mengatakan as-Syibli gila, beliau menjawab, “Bukan aku yang gila, kalian yang gila. Hakikat ini akan dipertunjukkan kepada kalian di hari kiamat!”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...