Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Wednesday, February 9, 2011

GIZI SIHAT



Longan Buah Antioksidan

Longan merupakan buah antioksidan kerana kandungan polifenal seperti corilagin, gallic acid dan ellagic acid. Dengan kandungan zat-zat tersebut, longan berkemampuan untuk menangkal radikal bebas sehingga mampu mengurangkan toksin dan racun di dalam tubuh.
     Selain itu, longan kaya protein, karbohidrat, serat, vitamin C serta mineral seperti fosgor, zat besi dan kalsium. Isinya yang enak bermanfaat intuk menurunkan suhu demam, menyembuhkan sakit perut, ubat cacing serta memudahkan tidur bagi penghidap insomnia.
     Tidak hanya isi, biji longan juga berupaya memutihkan kulit kerana memiliki enzim tyrosinase yang berupaya untuk mengubah melamin. Manakala enzim metalloprotease yang terdapat di dalamnya mampu manjadikan individu awet muda.

Lobak Merah Atasi Senggugut

Lobak merah sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat. Selain enak dimakan, sayuran berwarna jingga ini turut berkuasa dalam menyembuhkan penyakit.
     Antara penyakit yang boleh diubati menggunakan lobak merah ialah sengggugut. Caranya? Hanya minum jus lobak merah sebanyak dua kali sehari. Mudahkan?
     Selain senggugut, lobak merah dapat mengubati sembelit, demam serta merawat luka akibat terbakar. Vitamin A yang terdapat di dalamnya pula berguna untuk kesihatan mata.  

Cantik Dan Sihat Dengan Kacang Hijau

Kacang hijau bukan hanya memberikan efek baik untuk kesihatan tetapi juga berupaya mencantikkan individu dengan gizinya yang luar biasa.
     Dengan vitamin B1 dan karbohidrat yang tinggi, kacang hijau dapat memulihkan tenaga dan menjaga daya imunisasi tubuh. Rendah lemak dan kaya dengan fosfor serta kalsium membuatkan kacang hijau berupaya memelihara kesihatan jantung serta memperkuatkan tulang.
     Antioksidan yang terkandung di dalamnya membantu melambatkan proses penuaan dan mencegah penyebaran sel kanser. Vitamin E pula membantu meningkatkan kesuburan individu. Sedangkan sifatnya yang alkali sangat baik untuk memelihara perut dan melancarkan perncernaan.
     Manakala protein dan vitamin B2 berupaya mencantikkan dan menyuburkan rambut. Selain itu, kacang hijau juga ampuh dalam meremajakan, menghaluskan kulit, menghilangkan noda-noda hitam pada wajah, menghilangkan jerawat dan melangsingkan tubuh.

Nanas Kurangkan Bengkak

Nanas atau nama saintifiknya, Ananas comosus mengandungi enzim bromelain yang amat berguna untuk kesihatan manusia. Bromelain adalah gabungan enzim yang terbukti dapat mengurangkan peradangan dan pembengkakan.
     Mineral mangan yang penting dalam menghasilkan tenaga dan membentuk pertahanan antioksidan juga banyak terkandung di dalam nanas. Selain mangan, nanas kaya vitamin C, vitamin B1, vitamin B6, tembaga dan serat. Selaku sumber vitamin B1, nanas memiliki kemampuan untuk meningkatkan sirkulasi darah dan melancarkan proses pencernaan.

Sarang Lebah Setaraf Ubat Moden

Kajian Leningrad Scientific Conferenca mendapati sarang lebah atau propolis kaya dengan vitamin A dan B2. Propolis juga mengandungi semua vitamin (kecuali vitamin K) dan 14 jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh.
     Manakala ahli kimia British, Prof. Arnold Beckett pula menjelaskan sarang lebah memiliki banyak zat yang tidak ternilai seperti khasiat antikulat, antibakteria dan antivirus yang membuatkannya memiliki kemampuan seperti ubat moden.
     Malah propolis juga berperanan sebagai penyembuh luar biasa. Antaranya, mampu meneutralkan racun di dalam tubuh, meningkatkan system kekebalan tubuh, bertindak sebagai antibiotic semula jadi serta memperkuatkan sel dan mempercepatkan pembaharuan sel tubuh.
     Lebih menarik, propolis mampu menjadi penyembuh bagi penyakit tumor, jantung, pembuluh darah, diabetes, gangguan pencernaan, gangguan pernafasan, penyakit saraf, arthritis dan reumatik.

Artikel dari majalah Keluarga Harmoni keluaran 1-15 Mac 2010

Kacang Hijau

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...