Usah takut pada penyakit andai pola makanan kamu betul dan berkhasiat. Oleh kerana itu, pastikan kamu tahu makanan apa yang baik supaya penyakit tidak mudah datang. Berikut antara yang boleh kamu jadikan sebagai amalan pemakanan kamu.
1. Brokoli – Pencegah Kanser Serviks
Kandungan asam folat yang tinggi pada brokoli menghentikan virus pencetus kanser serviks. Demikian kajian yang dilakukan oleh University of Alabama.
2. Bayam – Pelindung Mata
The National Institute Of Health, AS, mendapati mereka yang mengambil sumber lutein mencukupi, kebarangkalian menghadapi risiko yang lebih kecil untuk mengalami masalah penurunan penglihatan iaitu sebanyak 43%. Sumber lutein boleh didapati pada daun berwarna hijau seperti bayam dan ia merupakan antara pilihan terbaik untuk dijadikan makanan bagi menjaga penglihatan.
3. Bawang Putih – Pelindung Prostat
Senyawa kimia yang terkandung di dalam bawang putih terbukti mampu menurunkan risiko kanser prostat hingga 50%.
4. Daging Merah – Menyuburkan Rambut
Zat besi yang ada di dalam daging meransang pertumbuhan rambut. Daging juga kaya dengan zink yang membantu melindungi rambut dari keguguran.
5. Kopi – Peransang Otak
Kopi merupakan sumber antioksida. Kopi juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit Alzheimer sebanyak 60%. Asalkan kamu tidak meminumnya hingga bergelas-gelas setiap hari.
6. Teh Hijau – Penjaga Payudara
Menurut kajian yang dilakukan Dr Gail Sonenshein, ahli biokimia dari Boston University, AS, teh hijau yang mengandungi polifenol yang tinggi dapat mencegah kanser payudara.
7. Tempe – Mengusir Penyakit Degeneratif
Tempe kaya akan serat, kalsium, vitamin B dan zat besi. Tempe juga mengandungi antibiotic untuk menyembuhkan infeksi dan antioksida untuk melindungi diri dari penyakit degenerative seperti sakit jantung koronari dan sebagainya
8. Kentang panggang – Menurunkan Tekanan Darah
Kentang panggang secara signifikannya berupaya menurunkan tekanan darah kamu kerana kandungan natriumnya rendah iaitu hanya 0.4 mg/100gr.
9. Keju – Elak Ancaman Karies Gigi
Kajian menunjukkan keju boleh meningkatkan kadar pH untuk melindungi gigi dari ancaman karies. Jadi tidak perlu bimbang lagi, dengan keju senyuman kamu pasti akan sentiasa menawan.
10 Lobak Merah – Penyelamat Kulit & Jantung
Kajian di Natioanal Institute, AS, menemukan mereka yang banyak mengambil karotenoid pigmen yang ada di dalam lobak merah enam kali lebih kecil berisiko terkena kanser kulit.
Artikel diambil dari majalah Remaja keluaran 1 Mei 2010
No comments:
Post a Comment