Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Saturday, January 29, 2011

KATA-KATA HIKMAH ADALAH INDAH

Sayidina Ali bin Abi Talib
  • Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya.
  • Apabila sempurna akal, kurang perkataan.
  • Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir (pemandu) untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.
*****
  • Kalau takut mati jangan hidup. - Mahatma Gandhi
  • Benar jadi berani. - Pepatah Cina
  • Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. - Hamka
  • Kalau bekerja dianggap menyusahkan, menganggur merosakkan. - Peribahasa Arab
  • Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu dan enggan mendekati suatu yang tercela. Boleh dipercayai dalam pergaulan hidup (amanah), benar dan jujur. - Hamka
  • Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. - Ulama
Artikel diambil dari majalah Mastika keluaran Februari 2011


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...