Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Monday, January 31, 2011

KILAS SIHAT


Artikel dari majalah Keluarga Harmoni keluaran 1-15 Mac 2010

Berjalan Lambat Risiko Mati Sakit Jantung

Ahli akademik lembaga penelitian perubatan yang berpusat di Paris, Perancis mendapati bahawa individu berusia dan berjalan lambat terdedah kepada risiko untuk maut akibat penyakit jantung. Risiko untuk maut akibat penyakit jantung ini meningkat sehingga tiga kali ganda berbanding individu berusia yang berjalan lebih cepat.
     Kajian yang membabitkan 3,200 individu lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 65 hinga 85 itu menunjukkan responden yang berjalan lambat mencatat kematian sehingga 44 peratus lebih tinggi berbanding responden berjalan laju.
     Malah kematian akibat serangan jantung, strok dan penyakit lain yang berkaitan meningkat sehingga 2.9 peratus bagi responden yang berjalan lebih cepat.

Efek Shisha = Merokok

Berbeza dengan rokok, shisha dianggap lebih selamat. Namun kenyataannya, baik rokok mahupun shisha kedua-duanya memiliki efek negative terhadap kesihatan.
     Ketua Jabatan Kesihatan, Universiti California, Amerika Syarikat, Katharine Hammond, menjelaskan shisha dan rokok kedua-duanya mengandungi kadar karbon monoksida yang tinggi dan boleh menjejaskan kesihatan. Malah menerusi kajian yang dilakukan mendapati karbon monoksida yang terdapat di dalam shisha dua kali ganda lebih tinggi berbanding rokok.
     Sementara itu, pakat psikiologi Virgina Commonwealth University, Thomas Eissenberg, menjelaskan bahawa menghisap shisha selama 45 minit akan menghasilkan jumlah tar 36 kali lebih banyak daripada merokok selama lima minit.

Hutang Punca Obesiti

Individu yang banyak hutang cenderung mengalami obesiti. Kajian yang dilakukan oleh pakar dari Jerman mendapati individu yang gagal melunaskan hutang mereka dalam tempoh yang ditetapkan berisiko sehingga dua kali ganda untuk mangalami kegemukan.
     Ketua penyelidik, Eva Muenster dari University of Mainz, membuat kesimpulan ini hasil daripada kajian yang dilakukan ke atas 949 responden. Kesemua responden itu merupakan individu yang mendapatkan khidmat kaunseling berhubung hutang yang mereka miliki. Eva kemudiannya membandingkan keputusan tersebut dengan individu-individu lain yang bebas hutang.
     Hasilnya, 11 peratus responden yang mempunyai banyak hutang mengalami obesity berbanding 25 peratus responden yang bebas hutang. Selain mengalami obesiti, golongan itu juga hiduup tertekan dan memiliki gaya hidup tidak sihat.
     Keadaan itu berlaku kerana factor psikiologi menyumbang kepada risiko berat badan berlebihan di kalangan orang berhutang kerana stress yang dialami membuatkan mereka cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...