Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Monday, January 31, 2011

KILAS SIHAT


Artikel dari majalah Keluarga Harmoni keluaran 1-15 Mac 2010

Berjalan Lambat Risiko Mati Sakit Jantung

Ahli akademik lembaga penelitian perubatan yang berpusat di Paris, Perancis mendapati bahawa individu berusia dan berjalan lambat terdedah kepada risiko untuk maut akibat penyakit jantung. Risiko untuk maut akibat penyakit jantung ini meningkat sehingga tiga kali ganda berbanding individu berusia yang berjalan lebih cepat.
     Kajian yang membabitkan 3,200 individu lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 65 hinga 85 itu menunjukkan responden yang berjalan lambat mencatat kematian sehingga 44 peratus lebih tinggi berbanding responden berjalan laju.
     Malah kematian akibat serangan jantung, strok dan penyakit lain yang berkaitan meningkat sehingga 2.9 peratus bagi responden yang berjalan lebih cepat.

Efek Shisha = Merokok

Berbeza dengan rokok, shisha dianggap lebih selamat. Namun kenyataannya, baik rokok mahupun shisha kedua-duanya memiliki efek negative terhadap kesihatan.
     Ketua Jabatan Kesihatan, Universiti California, Amerika Syarikat, Katharine Hammond, menjelaskan shisha dan rokok kedua-duanya mengandungi kadar karbon monoksida yang tinggi dan boleh menjejaskan kesihatan. Malah menerusi kajian yang dilakukan mendapati karbon monoksida yang terdapat di dalam shisha dua kali ganda lebih tinggi berbanding rokok.
     Sementara itu, pakat psikiologi Virgina Commonwealth University, Thomas Eissenberg, menjelaskan bahawa menghisap shisha selama 45 minit akan menghasilkan jumlah tar 36 kali lebih banyak daripada merokok selama lima minit.

Hutang Punca Obesiti

Individu yang banyak hutang cenderung mengalami obesiti. Kajian yang dilakukan oleh pakar dari Jerman mendapati individu yang gagal melunaskan hutang mereka dalam tempoh yang ditetapkan berisiko sehingga dua kali ganda untuk mangalami kegemukan.
     Ketua penyelidik, Eva Muenster dari University of Mainz, membuat kesimpulan ini hasil daripada kajian yang dilakukan ke atas 949 responden. Kesemua responden itu merupakan individu yang mendapatkan khidmat kaunseling berhubung hutang yang mereka miliki. Eva kemudiannya membandingkan keputusan tersebut dengan individu-individu lain yang bebas hutang.
     Hasilnya, 11 peratus responden yang mempunyai banyak hutang mengalami obesity berbanding 25 peratus responden yang bebas hutang. Selain mengalami obesiti, golongan itu juga hiduup tertekan dan memiliki gaya hidup tidak sihat.
     Keadaan itu berlaku kerana factor psikiologi menyumbang kepada risiko berat badan berlebihan di kalangan orang berhutang kerana stress yang dialami membuatkan mereka cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak.


NYAWA DARWIS ITU DALAM API!


Artikel dari majalah Mastika Januari 2011


Suatu hari as-Syibli sedang mengucap ‘Allah’ di hadapan orang yang mendengar syarahan beliau. Seoarang darwis berdiri dan terus berkata, “Ucaplah kalimah syahadah.”

     As-Syibli berkata, “Bagaimana sekiranya saya mati sebelum menyebut Allah dan hanya sempat menyebut La Ila Ha Illa Ha (Tiada Tuhan)?”

     Perkataan as-Syibli itu sungguh mempengaruhi dan mempesonakan darwis itu. Rasa takut kepada Allah menyelubungi hatinya dan dia terus jatuh lalu meninggal dunia di situ juga.

     Saudara mara darwis mengadu kepada khalifah mengatakan as-Syibli telah membunuh darwis itu. As-Syibli pun dipanggil menghadap khalifah. Beliau disuruh menjawab tuduhan ke atasnya.

     As-Syibli berkata, “Nyawa darwis itu dalam api dan dia dipanggang dalam kerinduan hendak bertemu Allah. Dia telah menceraikan diri dengan alam dan tidak berhajat kepada dunia lagi.

     “Dia tiada tempat perlindungan dan pergantungan dalam alam ini. Dia bergantung pada Allah semata-mata. Oleh kerana kuatnya keinginan hendak bersama Allah, menyebabkan dirinya lemah dan tidak berdaya. Darwis itu tidak tahan mendengar perkataan saya dan sepintas pandangan dia telah melihat Allah. Sinaran Allah itu tidak tertahan olehnya. Badannya tidak tertanggung lagi lalu dia meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah.”

     Khalifah memerintahkan supaya as-Syibli pergi kerana perkataannya sangat berpengaruh dan mempesonakan. Khalifah khuatir jika as-Syibli terus juga bercakap, mungkin baginda sendiri akan jatuh pengsan.


#As-Syibli dilahirkan di Baghdad, Iraq dan meninggal dunia dalam usia 87 tahun pada 846 Masihi. Beliau antara aulia dan ahli tasawuf terkenal serta bersahabat baik dengan al-Junaid yang mempunyai karamah luar biasa.  



Saturday, January 29, 2011

KATA-KATA HIKMAH ADALAH INDAH

Sayidina Ali bin Abi Talib
  • Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya.
  • Apabila sempurna akal, kurang perkataan.
  • Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir (pemandu) untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.
*****
  • Kalau takut mati jangan hidup. - Mahatma Gandhi
  • Benar jadi berani. - Pepatah Cina
  • Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. - Hamka
  • Kalau bekerja dianggap menyusahkan, menganggur merosakkan. - Peribahasa Arab
  • Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu dan enggan mendekati suatu yang tercela. Boleh dipercayai dalam pergaulan hidup (amanah), benar dan jujur. - Hamka
  • Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. - Ulama
Artikel diambil dari majalah Mastika keluaran Februari 2011


Thursday, January 27, 2011

CINTAKU...

Hatiku berdebar
Badanku menggigil
Jiwaku gundah
Telah lama ku tinggalkan ayatMu
Telah lama aku tidak memujiMu
Telah lama ku melupakanMu

Selepas ku baca ayatMu
Jiwaku tenang
Dadaku lapang
Hatiku girang

Terima kasih Ya Allah
Al-Quran adalah hadiah terbaik dariMu buat diriku
Asma'Mu sungguh mengkagumkanku
Cintaku bertambah meluap-luap terhadapMu

Ya Allah
Maafkanku jika ku tak ingat diriMu
Maafkanku jika ku sombong padaMu
Maafkanku jika ku tak endahkan Mu
Sesungguhnya dalam hati ini
Masih ada rasa cintaku padaMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku Yang Satu...
 


Keistimewaan Wanita Menurut Hadis (Part 2)

  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki soleh.
  2. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih baik besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
  3. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  4. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  5. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  7. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  8. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  9. Daripada Aisyah r.a, barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.  


Friday, January 14, 2011

Keistimewaan Wanita Menurut Hadis (Part 1)

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya 10,000 tahun.
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

Thursday, January 13, 2011

Sweet Charity - Cinta dan Cipta

Salam, nak dengar lagu lagi? He yang ni hasil kerja Bakul yang ke-2. Enjoy!




Monday, January 10, 2011

Ne Nong! Ne Nong!

Salam, ok kat bawah ni ialah biodata seorang yang tak taw nak kata dia orang ke bukan. Korang baca dan nilai sendiri. Haha!  =)

Nama : Minah Gewang bt. Tali Siput

Nama samaran : Merewang Tibongti

Alamat : Banjaran Titiwangsa
              Banjaran Crocker
              Banjaran Bintang

No. telefon : 1.3 x tapak kasut x Πj10

Tarikh lahir : 47 tahun yang lalu

Tempat lahir : Lembah Klang, lembah hina, limbahan najis

Horoskop : Kroskatur

Hobi : Termenung, termenung…gang, termeneung…geng

Cita-cita : Go to alam fantasy, kayangan ngan bunian

Makanan kegemaran : Nasi bunga lidah buaya

Minuman kegemaran : Air madu langsat

Kawan karib : Puteri-puteri yang cantik comel lote

Kawan biasa : Kucing, burung, butterfly yang cute and manjer

Bilangan adik beradik : Only one person je tau

Idola : Balak-balak dan kayu balak yang hensem dan tough

Prinsip : Fantasy is not reality because fantasy is fantasy

Ucapan : Beranganlah dengan sepenuh hati. Chayok-chayok!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...