KEMATIAN
bukanlah "bencana" yang harus dilupakan, melainkan pelajaran penting
yang mengajarkan kepada manusia erti hidup yang sebenarnya. Dengan
demikian, kematian seharusnya menjadi bahan pemikiran yang mendalam.
Seorang muslim akan benar-benar merenungi kenyataan penting ini dengan
kesungguhan dan kearifan.
Mengapa
semua manusia hidup pada masa tertentu dan kemudian mati? Semua makhluk
hidup tidak kekal. Ini menunjukkan bahawa manusia tidak memiliki
kekuatan dan tidak mampu menandingi kekuasaan Allah. Allah lah
satu-satunya Pemilik kehidupan, semua makhluk hidup dengan kehendak
Allah dan akan mati dengan kehendakNya pula.
Setiap
orang akan mati, namun tidak seorang pun tahu di mana dan bila kematian
akan menghampiri. Tidak seorang pun dapat menjamin ia akan hidup pada
saat berikutnya. Oleh kerana itu, seorang muslim harus bertindak
seolah-olah mereka sebentar lagi akan didatangi kematian.
Berfikir
tentang kematian akan membantu seseorang meningkatkan keikhlasan dan
rasa takut kepada Allah, dan mereka akan selalu menyedari akan apa yang
sedang menunggunya, (Harun Yahya, Nilai-Nilai Moral Al-Quran, 2004)
No comments:
Post a Comment