Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

There was an error in this gadget

Tuesday, October 16, 2012

Makcik Dan Aiskrim

Salam... Nak dijadikan cerita, Bakul ngan kawan2 Bakul pergi Giant sebab nak shopping. Lepas habis kami beli barang, kami beli makan kat KFC. Bungkus je. Bakul teringin pulak rasanya nak makan Zinger Double Down tu. Hehe. Tapi Bakul beli untuk puasa la. Sebab Bakul puasa hari ni.

Kami tunggu masuk waktu maghrib kejap kat KFC tu. Pastu minum just untuk buka puasa. Dan dah takde urusan dah. Kami pun berjalan keluar dari bangunan tu. Masa kami berjalan, Bakul nampak ada seorang mak cik tua tu makan aiskrim. Macam best je kan makcik tu makan. Teringin je Bakul. He. 

Tapi yang membuatkan Bakul tersentuh, aiskrim tu meleleh-leleh kat tangan makcik tu. Ada tisu kat tangan dia. Tapi tisu tu pun dah tak mampu nak tadah lelehan aiskrim tu. Bila Bakul dah melepasi makcik tu, Bakul still pandang dia. 

Then Bakul nampak! Anak dia yang jalan kat depan ngan bini dia tengok mak dia jalan terkedek-kedek kat belakang. Pastu boleh pulak dia buat donno buat tak tahu je. Eee...!!! Geramnya Bakul rasa. Pastu kawan Bakul bagi tisu kat Bakul. Then Bakul pun berlari-lari la pergi kat makcik tu.

Bakul: Nah makcik, tisu. Kesian makcik. Meleleh-leleh dah aiskrim tu.
Makcik: Terima kasih...

Sangat lembut je makcik tu cakap ngan Bakul. Hmm...tersentuh rasa hati ni. Tetiba Bakul teringat mak Bakul kat kampung. Mak Bakul Alhamdulillah setakat ni sihat walafiat. Kalau la mak Bakul sakit ke, apa ke, Bakul pun tak tahu la sabar ke Bakul ni nak jaga mak. Tak pun kalau Bakul kahwin nanti, kuat ke Bakul ni nak jaga mak mertua? Huhu...

Cukuplah hari ni jadi pengajaran kat Bakul... Mak...


1 comment:

Pena Maya said...

assalamualaikum...

berkenaan al-quran percuma pena maya saya sudah hubungi anda melalui email.jika masih belum menerima email itu boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...