Hadis: Surat Rasulullah
Hadis
riwayat Abu Sufyan r.a, dia berkata, ketika aku berada di Syam,
datanglah sepucuk surat dari Rasulullah s.a.w yang ditujukan ke
Hiraklius. Ternyata isinya adalah sebagai berikut,
"Dengan
menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, dari Muhammad
utusan Allah untuk Hiraklius penguasa Romawi. Salam sejahtera semoga
selalu terlimpah kepada orang-orang yang mahu mengikuti kebenaran.
Sesungguhnya aku bermaksud mengajakmu memeluk Islam. Masuklah Islam
nescaya kamu akan selamat. Masuklah Islam nescaya Allah akan
menganugerahimu dua pahala sekaligus. Jika kamu berpaling dari ajakan
yang mulia ini maka kamu akan menanngung dosa seluruh pengikutmu. (Wahai
Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat yang sama antara kami dan
kamu, bahawa kita tidak menyembah kecuali Allah dan tidak kita
mempersekutukanNya dengan sesutu pun dan kita tidak menjadikan satu sama
lain tuhan-tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah
kepada mereka, 'Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang Muslim)."
HR Muslim, 3322
No comments:
Post a Comment