Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Thursday, February 23, 2012

Tak Usaha Tak Berjaya

 20/02/2012 Monday

Salam dan selamat petang..

Berlapang-lapang Bakul seketika. Almaklumlah kelas pukul 3pm sat gi. Tapi agak nervous sikit. Sebab dalam kelas nanti nak tunjuk kat lecturer hasil kerja Bakul dan kawan-kawan menyiapkan video yang ntah apa-apa tu. Harap madam masih boleh memberikan markah yang super tinggi! Hoho

Haruslah dapat sedikit pujian jugak memandangkan kami buat sampai pukul 3am baru tido. Seb baik takde kelas pagi. Kalau tak, memang dah basah la meja kat kelas tu kena air liur Bakul. Ekeke.

21/02/2012 Tuesday

Alhamdulillah. Lecturer puas hati dengan hasil kerja Bakul dan kawan-kawan. Ada improvement madam kata. Yang penting, kelakar. Haha. Cam tak caye je madam boleh kata camtu. Sebab beliau agak cerewet sebenarnya. Kira berbaloi la usaha kami selama ni. Bukan senang tau Bakul nak tido lewat sampai pagi-pagi buta camtu. 

Apa yang penting... Kita enjoy!



Friday, February 17, 2012

Mak Datang, Tapi Tak Boleh Ikut Mak Balik

Salam....

Hari ni Bakul rasa sedih. Sebab apa? Sebab mak!!! Huhu. Hari Khamis Kak Daisy call kata nak balik kampung ada hal. Pastu beliau bawak balik mak ke KL nak tengok baby Abang Ankle. Kak Daisy kata lagi, ada kenduri kat rumah makcik Sabtu ni, cousin kami kahwin. So beliau akan ambil Bakul dan Mancis hari Jumaat. Then Sabtu pagi gerak ke rumah makcik. 

TAPI...Plan Bakul terpaksa dicancelkan. Sebab Bakul kena pergi company visit hari Sabtu ni jugak. Ini untuk subjek Professional Communication II. Kami akan pergi ke company Western Digital kat Petaling Jaya. Dan tak boleh postpone hari lain sebab memang dah tak ada masa. Huhu. Kenapalah semuanya nak minggu ni. Eish...

But it's ok sebab tadi masa Kak Daisy nak ambil Mancis, Kak Daisy bawak mak dan singgah sekejap kat kolej Bakul. Time tu dalam pukul 5.15 pm mak sampai. Bakul teman mak pergi surau nak solat Asar sekejap. Then kami keluar pergi makan. 

Sambil makan-makan, sembang-sembang. Dah habis makan, mak, Kak Daisy & Mancis pun balik. Huhu. Sepatutnya Bakul pun ikut sekali balik. Tapi apakan daya. Huk3.

K la. Bakul rasa sedih sangat ni. Bakul pun tak tau kenapa. Biasanya takde la camni. Bakul biasa je kalau tak balik sebulan dua. Tapi kali ni rasa lain je. Hmm.. 



--------------------------

Monday, February 13, 2012

Darinya Atau DariNYa?

Panggilan darinya
Oh merdunya bunyi ringtone
Panggilan dari yang tersayang
Memang saat yang dinanti-nantikan
Tersenyum sendirian kita
Cepat-cepat dijawab

Panggilan darinya
Berlama-lamaan pun tidak mengapa
Tak jemu-jemu kita dengannya

Panggilan dariNYA
Merdukah muazin melaungkan azan?
Sayangkah kita pada Yang Mencipta?
Lambat-lambat kita menjawabnya
Ikhlaskah kita melakukannya?

Panggilan dariNYA
Lima minit sahaja terasa sejam
Ada yang sanggup tidak melakukannya
Meminta padanya apa sahaja pasti ditunaikan
Tapi alangkah sombongnya kita padaNya
Haruskah kita?

Ya Allah
HambaMu ini yang jahil
HambaMu ini perlu diingatkan
HambaMu ini perlu diberi pengajaran
Ampunkan hambaMu ini Ya Allah...


Friday, February 10, 2012

Ponteng Kelas Tanpa Sebab

Salam Jumaat!

Tragedi betol hari ni. Pagi-pagi  lagi Bakul dah ponteng kelas. Tak tau la nak cakap camne, sengaja ponteng ke tak. Yang pasti, Bakul terasa amatlah rugi yang sangat-sangat. (Menyesal kemudian tiada berguna. Uhuhu.)

Alkisah bermula pada jam 0720 pagi. Bakul dikejutkan oleh ketukan pintu dan suara yang memanggil-manggil nama Bakul. Ah ni mesti suara Miracle. Bakul cam sangat suara beliau. Tapi Bakul peduli hape. Bakul set alarm jam 0725. Bakul akan bangun time tu je. Dan Bakul ignore je panggilan itu bak angin lalu....

Bila tiba jam 0725, dengan berat hati Bakul pergilah membersihkan diri walaupun rasanya wangi lagi. Haha. Orang kata, sambil menyelam minum air. Bakul pun, masa mandi tu, terfikir-fikir la.. Kenapa la Miracle ketuk pintu Bakul awal-awal pagi? Dan sangat pelik sebab Miracle bukan la jenis yang bangun awal. Tambah pulak pergi bilik Bakul yang jauh ni. Pelik-pelik...
Adakah Miracle nak bagitahu yang hari ni takde kelas? So dia ketuk bilik Bakul nak bagitahu. Tapi kenapa dia tak bagi mesej je? Takde kredit kot. Hmmm... Habis je mandi, Bakul masuk bilik. Dalam perjalanan nak masuk bilik, Bakul akan melalui bilik Ashtray. Aik! Budak ni tak bangun lagi ke? Tengok kering je selipar dia. Tak mandi lagi ke? Dah pukul berapa ni? Dah lambat kot. Agaknya betol la tu takde kelas ni.

Takpe-takpe. Bakul lengah-lengahkan masa lagi. Kalau Bakul lambat, mesti diorang datang bilik Bakul ajak nak pergi kelas sama-sama. Bakul pun pergi la membuang bahan toksik yang tak diperlukan oleh perut ni. Ok dah cukup waktu. Aik? Takde orang datang bilik Bakul. Ha betul la tu takde kelas la ni. 

Bakul pun buat aktiviti yang patut la bila berada di bilik sementara menunggu kelas seterusnya pukul 10.00 pagi nanti. Pukul 9.30 pagi, Bakul pergi bilik Ashtray nak mintak nota nak print. Ashtray pun bagitahu la yang beliau baru je sampai bilik. Dia tidur kat luar rupanya. Maknanya pagi tadi ada kelas la? Adush!
Dan rupanya Miracle datang bilik tu sebab nak minta tolong print kan assignment dia. Dia pun tak datang kelas sebab mengantuk sibuk nak siapkan assignment tu la. Maknanya, Bakul la yang ponteng takde sebab ni. Huhu. 

Kenapa la Bakul tak call je Miracle tanya kenapa dia ketuk bilik Bakul? Kenapa la Bakul pepandai je buat kesimpulan yang ntah apa-apa ni? Kenapa la Bakul tak ketuk bilik Ashtray tanya ada kelas ke tak? Ish3. Macam biol je. Uhuhu. Ok3, petang ni kelas pukul 3 jangan tak datang pulak.

Doakan Bakul sejahtera ye kawan2! 


---------------------------------



Thursday, February 2, 2012

Budak Sengal Yang Cun Sangat!

Salam.. Hari ni Bakul nak cerita pasal sorang budak sengal.

Macam ni, Bakul tak tahulah kenapa, hari tu 2 kali kucing jahanam meninggalkan isi perutnya kat depan bilik Bakul. Geram betul. Rasa macam nak tembak je beliau, tapi Bakul takde pistol la pulak. 

Terpaksalah roommate Bakul yang bersihkan sebab Bakul tidur, hoho. Tapi dalam petang camtu, Bakul bangun dah la kan. Sambil nak pergi toilet, Bakul bawak penyapu & penyodok yang roommate gunakan tadi. Nak bersihkan sekali sebab kotor kot kena 'erk2' kucing tu. Eish...

Sedang dalam perjalanan menuju ke bilik (macam jauh je kan), Bakul berjalan macam orang normal sambil kedua-dua tangan memegang penyapu & penyodok dengan muka mamai baru bangun dari tidur. Bakul jalan menunduk, tak pandang orang pun.

Dalam dua tiga langkah nak sampai bilik, "ASSALAMUALAIKUM KAK!" 

Wah! Terkejut Bakul. Nasib baik Bakul bukan jenis yang melompat bila terkejut. Bakul cool je bila dia bagi salam. Tapi eh dia bagi salam kat Bakul ke? Rasanya ye sebab takde sesape dah kat situ kecuali Bakul dan yang pasti, dia memang pandang muka Bakul sambil tersengih lagi.
Bakul pun senyum kat budak tu, tapi kaki terus melangkah ke bilik. Bila nak bukak pintu, Bakul rasa tak tahan sangat nak tergelak. Tapi nanti dulu, budak tu still ada kat situ lagi. Cover beb, cover. Bila dah masuk bilik, memang pecah la bilik tu dengar Bakul gelak. Hahaha! Bakul rasa kelakar sangat. Bila fikirkan apa budak tu buat tadi.

Dan yang paling Bakul tak leh blah, Bakul lupa nak jawab salam dia.

Hahaha! 


Tuesday, January 31, 2012

Indah Selasa

Assalamualaikum n selamat pagi!

Wah3 sangat baik cuaca hari ni. Hujan lebat woo! Pagi ni Bakul takde kelas. Kelas Bakul pukul 3 petang nanti. Best kan? Haha. Tapi Bakul bangun awal ni. Lepas Subuh tak tidur dah. Bukan sebab apa, malam tadi Bakul tidur awal bebenor. Pukul 10 malam dah tumbang dah. Penat apa pun tak tahulah. Haha.

Pagi ni Bakul cari info pasal Final Year Project. Sebab pukul 10.30 pagi kang nak jumpa supervisor.  Pape ntah kan. Nak jumpa supervisor baru kelam-kabut nak cari info bagai. Siap update blog kat sini ha. Gilo apo. Kui3.


Ok la. Tak nak gila banyak-banyak. Bakul nak mandi pastu sambung cari info balik. Kang supervisor tanya macam-macam, tak boleh jawab pulak.

Doakan Bakul sejahtera selalu eak. TQ!

Monday, January 23, 2012

Khasiat surah al-Ikhlas


1.      Abu Sa’id al-Hanafi menerangkan: Surah ini dinamakan surah al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan dari kesusahan duniawi, dimudahkan dalam sakaratulmaut, dihindari dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.

2.      Ibnu Syihab al-Zukhri menerangkan: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Siapa yang membaca surah al-Ikhlas seolah-olah ia membaca sepertiga Quran.”

3.      Riwayat dari Saidina Ali r.a.: Siapa yang membaca surah al-ikhlas sebanyak 11 kali sesudah solat Subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk membuat dosa, meskipun syaitan itu dengan sungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu.

4.      Saidatina Aisyah menerangkan: “Dari Nabi Muhammad s.a.w. “Siapa membaca sesudah selesai solat Jumaat, surah al-Fatihah 7 kali, surah al-Ikhlas 7 kali, surah al-Falaq 7 kali, dan surah An-Nas 7 kali, maka Tuhan akan melindunginya dari kejahatan sampai hari Jumaat yang akan datang. 

5.      Dari Saidina Ali r.a. dari Rasulullah: “Siapa hendak pergi musafir, kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah al-Ikhlas 11 kali, maka Tuhan memelihara rumahnya sampai ia kembali.”

6.      Saidiana Anas menerangkan dari Rasulullah s.a.w.: “Siapa membaca surah al-Ikhlas 30 kali, maka Tuhan akan menulis berkat, selamat dari api neraka dan aman dari azab pada hari kiamat.”

7.      Imam Sayuthi menerangkan dalam kitabnya Addurrul Mantsur. Riwayat dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. mengatakan: “Siapa ada hajat hendaklah berwuduk dan solat empat rakaat dengan sekali salam. Rakaat pertama membaca Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 11 kali, rakaat kedua membaca Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 21 kali, rakaat ketiga membaca Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 30 kali dan rakaat keempat membaca Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 41 kali. Apabila sudah salam, sebelum berkata-kata, baca surah al-Ikhlas 50 kali, selawat ke atas nabi 50 kali, istighfar 50 kali. Kemudian mintalah hajat pada Allah. Maka InsyaAllah Tuhan akan menunaikan hajatnya.

Sunday, January 22, 2012

Bukan Sebarang Projek

Salam salam salam...

Sedar tak sedar dah sem 6 Bakul belajar kat sini. Ini maknanya bermulalah Bakul punya Final Year Project (FYP) untuk first semester. Dan first week sem 6 ni pun dah kalut2 mencari supervisor & title project. Bakul ngan 3 orang lagi kawan konon nak cari supervisor sama2 la. Pape hal nanti tiap2 minggu boleh jumpa supervisor sama2. Tak la lone ranger nanti. Haha Bakul ikut je. 
 
Supervisor pulak tak nak kalah, bukannya nak cari yang biasa2 je. Cari supervisor yang duduk kat atas. Bila supervisor tu bagus nak mampus, maknanya beliau seorang yang sangat la busy2 man. Orang lain, supervisor diorang yang carikan tajuk. Kami ni plak, sendiri la yang kena cari title project tu. Tapi puas hati kot, cari benda yang kita nak buat, benda yang kita rasa boleh buat. Of course la Bakul cari yang senang2 je. Hehe
 
Degree punya level, semua project dari start sampai akhir semua buat sendiri. Supervisor cuma follow up je. Kalau rajin & brilliant, beliau akan tambah idea la untuk kami. Tu yang kena cari supervisor yang superb. Supaya dapat menjadi penunjuk arah untuk kami. Sama la jugak dengan Allah Tuhan kita. Dialah supervisor yang Maha Superb dunia akhirat. Penunjuk arah bagi kita semua menuju ke jalan yang benar. Tapi kita ni je sengal dan senget nak ikut jugak jalan bengkang-bengkok tu. 

Berbalik kepada cerita FYP, sebelum berjumpa dengan bakal supervisor buat kali kedua, kena la kami cari tajuk yang dimaksudkan. Cari la 2-3 tajuk. Manalah tau kena reject, nanti ada back up kan. Bila tiba waktu nak berjumpa tu, Bakul cakap la tajuk Bakul yang pertama. Kena ingat ye kengkawan. Tajuk yang first mestilah tajuk yang paling excited kita rasa nak buat. Tajuk yang kedua & ketiga, macam Bakul bagitahu tadi la, just back up, tapi tetap rasa nak buat jugak ok. Hehe
Ni list project Bakul:
1. Emotional Stress Indicator
2. Cough Monitor
3. Heartbeat Monitor

Alhamdulillah tajuk first Bakul tidak direject oleh sir yang baik hati. Hehe. So go on je la kan. Cuma sir cakap, kena dapatkan bacaan2 untuk detect stress tu supaya senang kerja Bakul nanti. Tapi apakan daya, dalam kegembiraan, ada sedikit sedih. Kawan Bakul yang sorang ni tajuk dia semua sir reject. Tapi sir tak lah sekejam itu, beliau kan baik hati. Beliau carikan jugak & suggest project kat kawan Bakul. Dan nasib baik ada tajuk yang kawan Bakul berkenan. So settle the problemo.
Minggu depan jumpa sir yang baik hati tu lagi. Kali ni kena cari lebih detail pasal project ni. Bakul harap sesangat yang Bakul dapat selesaikan projek ni sampai ke akhirnya, sampai viva. Jangan tak boleh run masa viva tu dah la. Dan yang paling penting, Bakul kena sentiasa sedar, Allah sentiasa, selalu, dan sangat rapat dengan Bakul. Gembiranya bila selalu ada pendamping kan? =)


Saturday, January 14, 2012

Surah al-Ikhlas


Maksud:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah (ya Muhammad) Allah itu Esa. Allah tempat meminta (pertolongan). Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tiada sekutu pun bagiNya.


Sebab-sebab turunnya surah al-Ikhals:

Sebahagian riwayat menerangkan: Sebab turunnya surah al-Ikhlas iaitu: Ketika Rasulullah s.a.w. sedang dalam perpindahan dari Mekah ke Madinah, Rasulullah melihat jauh di belakang seseorang yang sedang mengejar beliau dengan kenderaan berkuda.
Di saat itu dating Jibril kepada Rasulullah lalu berkata: “Hai Muhammad! Suragah mengejarmu dari belakang dan hendak membunuh engkau. Tetapi Tuhan telah memerintahkan kepada bumi agar taat padamu.”
Tidak lama kemudian sampailah Suragah kepada Rasulullah. Dia segera menerjang Rasulullah dengan pedang terhunus. Tetapi dengan takdir Tuhan, Suragah beserta kudanya terperosok ke dalam bumi hingga tak berdaya apa-apa lagi.
Rasulullah menoleh ke belakang dan Suragah berkata: “Tolonglah aku hai Muhammad! Aku tidak akan berbuat sesuatu kepada engkau!”
Kemudian Rasulullah menarik Suragah dan kudanya dari dalam bumi. Suragahpun selamat dan ia berkata: “Terangkanlah padaku hai Muhammad tentang Tuhanmu yang mempunyai kekuatan yang besar ini. Adakah ia terdiri dari emas atau perak?”
Rasulullah menundukkan kepalanya, terhening sebentar, kemudian turunlah Jibril dan berkata: “Hai Muhammad! Qul hua Allahu ahad!” sampai nada akhir ayat.

Friday, January 13, 2012

Kisah Si Askar

Salam dan selamat pagi
Mengalas perut dengan makan roti
Bertemankan Askar yang tengah study
Macam-macam kerenah suka dan suki

Ni nak citer pasal anak buah Bakul si Askar ni. Tahun 2012 ni umur dia 5 tahun. Kak Daisy memang dah daftarkan dia masuk Taska. Tapi dalam seminggu ni, rasanya 2 hari je dia pergi Taska. Haha dia memang tak suka pergi Taska. Bila tanya kenapa Askar tak nak pergi Taska? Nanti budak ni jawab, "Askar dah pandai, tak payah la pergi school." Haha. Ni mak dia punya pasal la ni selalu cakap anaknya pandai. Last-last jadi macam ni pulak. Haaha

Tapi pagi tadi Askar ada mood pulak nak buat kerja. Dia pun ambil la buku pasal shape. Dia lukis dan terus mewarna. Nak dijadikan cerita, pensil warna yang Askar guna ni tajam. Jadi, bila mewarna, color dia tak terang sangat. So dia pun tekan la kuat-kuat pensil tu. Tengah best-best dia mewarna, tiba-tiba hujung pensil warna tu patah dan terus masuk mata dia.

Apa lagi menangis la budak tu sebab mata dia pedih. Dah tiup, basuh mata dia, tapi mata Askar ni pedih lagi. Dah la dia ni agak manja la jugak. Bila jadi macam ni, terus la tak nak buat kerja lagi la. Bakul cakap, kalau tak nak, pergi mandi.  Mandi pun dia tak nak jugak. Asyik merengek je cakap mata dia pedih. Sebenarnya tak lah serius mana pun. Ngada-ngada je lebih budak ni. Haish..

Lepas tu Bakul pun cakap la, ha Askar mandi dulu pastu naik atas main Ipod, nanti mesti ok dah mata tu. Bakul ingat dia tak makan saman jugak. Budak-budak sekarang kan bijak. Tapi yela pape pun Bakul usaha la jugak pujuk cara camtu. Manalah tahu menjadi ke kan. Tapi tup-tup dia ikut cakap Bakul. Nak pulak tu dia bukak baju dan terus pergi mandi. Ipod punya pasal. Hahaha!

Image from pakcik google the great


 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...