Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Showing posts with label Kalut. Show all posts
Showing posts with label Kalut. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Tak Usaha Tak Berjaya

 20/02/2012 Monday

Salam dan selamat petang..

Berlapang-lapang Bakul seketika. Almaklumlah kelas pukul 3pm sat gi. Tapi agak nervous sikit. Sebab dalam kelas nanti nak tunjuk kat lecturer hasil kerja Bakul dan kawan-kawan menyiapkan video yang ntah apa-apa tu. Harap madam masih boleh memberikan markah yang super tinggi! Hoho

Haruslah dapat sedikit pujian jugak memandangkan kami buat sampai pukul 3am baru tido. Seb baik takde kelas pagi. Kalau tak, memang dah basah la meja kat kelas tu kena air liur Bakul. Ekeke.

21/02/2012 Tuesday

Alhamdulillah. Lecturer puas hati dengan hasil kerja Bakul dan kawan-kawan. Ada improvement madam kata. Yang penting, kelakar. Haha. Cam tak caye je madam boleh kata camtu. Sebab beliau agak cerewet sebenarnya. Kira berbaloi la usaha kami selama ni. Bukan senang tau Bakul nak tido lewat sampai pagi-pagi buta camtu. 

Apa yang penting... Kita enjoy!



Friday, February 10, 2012

Ponteng Kelas Tanpa Sebab

Salam Jumaat!

Tragedi betol hari ni. Pagi-pagi  lagi Bakul dah ponteng kelas. Tak tau la nak cakap camne, sengaja ponteng ke tak. Yang pasti, Bakul terasa amatlah rugi yang sangat-sangat. (Menyesal kemudian tiada berguna. Uhuhu.)

Alkisah bermula pada jam 0720 pagi. Bakul dikejutkan oleh ketukan pintu dan suara yang memanggil-manggil nama Bakul. Ah ni mesti suara Miracle. Bakul cam sangat suara beliau. Tapi Bakul peduli hape. Bakul set alarm jam 0725. Bakul akan bangun time tu je. Dan Bakul ignore je panggilan itu bak angin lalu....

Bila tiba jam 0725, dengan berat hati Bakul pergilah membersihkan diri walaupun rasanya wangi lagi. Haha. Orang kata, sambil menyelam minum air. Bakul pun, masa mandi tu, terfikir-fikir la.. Kenapa la Miracle ketuk pintu Bakul awal-awal pagi? Dan sangat pelik sebab Miracle bukan la jenis yang bangun awal. Tambah pulak pergi bilik Bakul yang jauh ni. Pelik-pelik...
Adakah Miracle nak bagitahu yang hari ni takde kelas? So dia ketuk bilik Bakul nak bagitahu. Tapi kenapa dia tak bagi mesej je? Takde kredit kot. Hmmm... Habis je mandi, Bakul masuk bilik. Dalam perjalanan nak masuk bilik, Bakul akan melalui bilik Ashtray. Aik! Budak ni tak bangun lagi ke? Tengok kering je selipar dia. Tak mandi lagi ke? Dah pukul berapa ni? Dah lambat kot. Agaknya betol la tu takde kelas ni.

Takpe-takpe. Bakul lengah-lengahkan masa lagi. Kalau Bakul lambat, mesti diorang datang bilik Bakul ajak nak pergi kelas sama-sama. Bakul pun pergi la membuang bahan toksik yang tak diperlukan oleh perut ni. Ok dah cukup waktu. Aik? Takde orang datang bilik Bakul. Ha betul la tu takde kelas la ni. 

Bakul pun buat aktiviti yang patut la bila berada di bilik sementara menunggu kelas seterusnya pukul 10.00 pagi nanti. Pukul 9.30 pagi, Bakul pergi bilik Ashtray nak mintak nota nak print. Ashtray pun bagitahu la yang beliau baru je sampai bilik. Dia tidur kat luar rupanya. Maknanya pagi tadi ada kelas la? Adush!
Dan rupanya Miracle datang bilik tu sebab nak minta tolong print kan assignment dia. Dia pun tak datang kelas sebab mengantuk sibuk nak siapkan assignment tu la. Maknanya, Bakul la yang ponteng takde sebab ni. Huhu. 

Kenapa la Bakul tak call je Miracle tanya kenapa dia ketuk bilik Bakul? Kenapa la Bakul pepandai je buat kesimpulan yang ntah apa-apa ni? Kenapa la Bakul tak ketuk bilik Ashtray tanya ada kelas ke tak? Ish3. Macam biol je. Uhuhu. Ok3, petang ni kelas pukul 3 jangan tak datang pulak.

Doakan Bakul sejahtera ye kawan2! 


---------------------------------



Sunday, January 22, 2012

Bukan Sebarang Projek

Salam salam salam...

Sedar tak sedar dah sem 6 Bakul belajar kat sini. Ini maknanya bermulalah Bakul punya Final Year Project (FYP) untuk first semester. Dan first week sem 6 ni pun dah kalut2 mencari supervisor & title project. Bakul ngan 3 orang lagi kawan konon nak cari supervisor sama2 la. Pape hal nanti tiap2 minggu boleh jumpa supervisor sama2. Tak la lone ranger nanti. Haha Bakul ikut je. 
 
Supervisor pulak tak nak kalah, bukannya nak cari yang biasa2 je. Cari supervisor yang duduk kat atas. Bila supervisor tu bagus nak mampus, maknanya beliau seorang yang sangat la busy2 man. Orang lain, supervisor diorang yang carikan tajuk. Kami ni plak, sendiri la yang kena cari title project tu. Tapi puas hati kot, cari benda yang kita nak buat, benda yang kita rasa boleh buat. Of course la Bakul cari yang senang2 je. Hehe
 
Degree punya level, semua project dari start sampai akhir semua buat sendiri. Supervisor cuma follow up je. Kalau rajin & brilliant, beliau akan tambah idea la untuk kami. Tu yang kena cari supervisor yang superb. Supaya dapat menjadi penunjuk arah untuk kami. Sama la jugak dengan Allah Tuhan kita. Dialah supervisor yang Maha Superb dunia akhirat. Penunjuk arah bagi kita semua menuju ke jalan yang benar. Tapi kita ni je sengal dan senget nak ikut jugak jalan bengkang-bengkok tu. 

Berbalik kepada cerita FYP, sebelum berjumpa dengan bakal supervisor buat kali kedua, kena la kami cari tajuk yang dimaksudkan. Cari la 2-3 tajuk. Manalah tau kena reject, nanti ada back up kan. Bila tiba waktu nak berjumpa tu, Bakul cakap la tajuk Bakul yang pertama. Kena ingat ye kengkawan. Tajuk yang first mestilah tajuk yang paling excited kita rasa nak buat. Tajuk yang kedua & ketiga, macam Bakul bagitahu tadi la, just back up, tapi tetap rasa nak buat jugak ok. Hehe
Ni list project Bakul:
1. Emotional Stress Indicator
2. Cough Monitor
3. Heartbeat Monitor

Alhamdulillah tajuk first Bakul tidak direject oleh sir yang baik hati. Hehe. So go on je la kan. Cuma sir cakap, kena dapatkan bacaan2 untuk detect stress tu supaya senang kerja Bakul nanti. Tapi apakan daya, dalam kegembiraan, ada sedikit sedih. Kawan Bakul yang sorang ni tajuk dia semua sir reject. Tapi sir tak lah sekejam itu, beliau kan baik hati. Beliau carikan jugak & suggest project kat kawan Bakul. Dan nasib baik ada tajuk yang kawan Bakul berkenan. So settle the problemo.
Minggu depan jumpa sir yang baik hati tu lagi. Kali ni kena cari lebih detail pasal project ni. Bakul harap sesangat yang Bakul dapat selesaikan projek ni sampai ke akhirnya, sampai viva. Jangan tak boleh run masa viva tu dah la. Dan yang paling penting, Bakul kena sentiasa sedar, Allah sentiasa, selalu, dan sangat rapat dengan Bakul. Gembiranya bila selalu ada pendamping kan? =)


Sunday, April 3, 2011

Mintak Sorry!

Assalamualaikum!


Di sini Bakul nak mintak maap sangat-sangat. Sebab Bakul mungkin takde terima order kawan-kawan. Mungkin sebab salah setting kat form kot. Jadi kalau boleh, sila isi form lagi sekali ye. Huhu. Sorry! I need your apologize! Segala kesulitan amatlah dikesali.

Monday, March 14, 2011

Takut VIVA! Bukan Viva La Vida...

Huhu sekarang ni Bakul rasa tak sedap hati. Tadi pukul 12 Bakul tak datang kelas Microprocessor. Kawan-kawan kelas hantar mesej tanya Bakul tak datang kelas ke? Sir nak buat viva ni. Viva ni kira macam interview la. Nanti lecturer Bakul akan tanya semua soalan pasal assignment tu. Kan Bakul ada citer pasal assignment programming yang kena buat tu kan. Ha assignment tu la yang lecturer Bakul nak viva. Ish cuak je Bakul rasa. 

Sebenarnya memang Bakul berniat pun ponteng kelas ni. Hu jahat kan Bakul? hu.. La ni sir nak buat viva pulak. Tapi memang Bakul tak kan datang kelas jugak. Classmate pun banyak kali hantar message tapi Bakul tak reply pun. Kepala bengong apa Bakul ni? Eish... 

Pastu classmate Bakul sent message lagi. Dia kata viva tak jadi. Sir nak buat hari khamis. YAHOO!!! Lega sikit Bakul rasa. Ha? What? Thursday? Alamak! Bakul ada Public Lecture la time tu. Bakul kena attend sebab Bakul AJK yang kena uruskan bahagian hadiah. Adoi. Camane plak ni? Adeish. Masalah lagi ni. Maknanya Bakul kena jumpa sir jugak ni. Huhu. 


Tapi viva khamis ni. TAKUT!



Monday, November 30, 2009

Aiyok... Tak Tau....

Cakk!!! He..agak lama Bakul tak update blog ni.. sebab internet kat kampung macam ayam tonggek je.. huhu... Tapi sekarang Bakul dah ada kat umah Kak Daisy.. Esok baru pergi umah Kak Zink kat Puchong.. Kena jaga anak dia 2 minggu.. Sebab maid dia balik Indonesia jap..huhu...

Semalam kan Bakul pi amik lesen.. Bakul buat Kursus amali motosikal (3 jam) n Latihan di litar (3 jam).. maknanya sume skali 6 jam la.. Bakul start kursus amali kul 10a.m - 1 p.m.. pastu latihan kat litar kul 2p.m - 5p.m... Pastu A. Ankle amik Bakul terus balik Balakong...



Wah..pasni Bakul dah ada lesen 'L' motosikal..hehe..besh2..jadi la L pun..senang nak pi mana2... Ha pas balik dari Puchong nanti, Bakul nak terus amik Kursus amali kereta pulak.. kena amik cepat2 sebab tarikh nak abis tempoh setahun tu 23/12 ni..kalau terlambat, Bakul kena amik dari awal..ark!!! tak nak!!!

Tapi kan Bakul ngah sedey ni...huhu..cincin Bakul hilang la..cincin emas tu..Kak Daisy yang bagi.. huhu... Ceritanya camni.. Bakul tanggalkan cincin tu masa Bakul buat latihan kat litar, pastu kat dalam kereta A. Ankle, ntah cmne ntah Bakul lupa nak pakai balik.. pastu si Kiss ni main2 la kat beg Bakul.. pastu dah sampai umah Kak Daisy baru Bakul ingat nak pakai.. tapi bile cari2 takde plak..huhu.. dah suruh A. Ankle carikan dah.. Tapi dia kata takde plak..huhu..




K ni cerita Farmer lak..takder citer pe la..juz nak cakap dia start praktikal Jumaat ni..haha.. keje lek lok  k Farmer!!! Bakul akan sentiasa support Farmer..k.. Chayok2!!!



Monday, November 23, 2009

Bilik Sewa Berhampiran HUSM Kubang Kerian!!!

Tolong! Tolong!
Bakul nak cari bilik sewa yang dekat ngan HUSM..
Ada sape boleh tolong Bakul?
Huhu..Bakul takde sape2 yang kenal kat sana
So tolong la Bakul carikan ye..huk...
Bakul nak praktikal bulan 1 ni..huu
Tolong ye...

Saturday, November 21, 2009

Arkk!!! Emergency la pulak...

Huhu..malam semalam kekalutan telah berlaku..sebabnya..phone Bakul terhantar emergency message.. huhu... Camni, phone Bakul ni kalau tekan tang 'C' tu sebanyak 4 kali, dia automatik akan hantar mesej kat nombor yang Bakul dah set. Bakul set nombor Kak Zink, Kak Daisy, Abg Ankle n Farmer.


So kalau salah sorang dari diorang ni call Bakul, phone Bakul automatik akan angkat. Dan orang yang call ni akan dengar la segala perbualan apa yang dah terjadi kat Bakul...hee...kira bagus la phone ni walaupun harga dia RM 200 je kan..hek...


Tapi malam tadi tu, anak saudara Bakul yang umur 2 tahun, Si Askar ni la belek2 phone Bakul. Bakul pun tak tengok dia buat apa kan, sebab Bakul sibuk main game, haha...tak tau pulak dia tekan2 button 'C' tu.. Pastu phone Kak Daisy bunyi. Dia baca la mesej..then dia tanya Bakul hantar mesej apa ni? 


Bakul : Help! Please call me. I am in an emergency.


Ha? Nape ni? Nape Askar tekan butang tu..ish..huk3..then Kak Zink sent message.

Kak Zink : APAHAL?

Arkk!!! Habis la..cepat2 Bakul reply message kat Kak Zink.

Bakul : sori takde pape.. askar tertekan phone..sori


Hu..gile ah..Kak Daisy cakap nasib baik Bakul ada depan mata dia..kalau tak dia pun mesti kalut n risau gak...pastu Kak Daisy suruh Bakul bagitau Abg Ankle yang takde pape terjadi sebenarnya.. hmm... tak nak la.. A Ankle tak call or message Bakul pun..dia tak risau la tu..huu


Ha tak lama pastu Farmer lak call. Alamak! Anak-anak saudara Bakul semua nampak Farmer call Bakul.. Sebab time tu kan tengah kalut lagi pasal ni..hu.. Ah dulik lah... Bakul angkat je phone... n cakap je ngan Farmer depan2 diorang semua..Kak Daisy pun ada gak tau.. Selamber je la... 

Bakul cakap je la kat Farmer takde pape yang terjadi.. terangkan la apa yang jadi sebenarnya.. huu..cian Farmer.. mesti dia pun risaukan Bakul..tapi Farmer cakap takpe..boleh dia dengar suara Bakul.. hik! Sweet la kamu ni Farmer..ni yang Bakul lagi suka ni..hek...



Lepas habis cakap ngan Farmer je, terus anak saudara Bakul tanya Farmer tu sape? Nape Bakul letak nombor dia kat emergency case kat phone Bakul? Haha..banyak songeh la budak2 ni.. cubit kang sorang2 baru tau..he..hmm Bakul jawab la..Bakul kata Farmer tu kawan Bakul, kawan rapat Bakul.. tu yang Bakul letak nombor dia tu..huu.. tapi memang Bakul kawan je ngan Farmer.. kan Farmer kan? hee...


Sebelum tidur, macam biasalah..Bakul mesti belek2 phone.. tapi nak tau apa Bakul nampak? Rupenye A Ankle dah call bakul la..huu...lagi awal dari diorang semua.. Kan Bakul cakap tadi, sape yang call first, phone Bakul automatik akan angkat ngan sendirinya..so masa A Ankle call tu mesti Bakul tak sedar..huu sori A Ankle..sori sangat2...tambah2 Bakul dah buruk sangka kat dia..sori...huu...


Tak senang hati Bakul nak tido..so Bakul pun mesej la Farmer..dia kan pandai tenteramkan hati Bakul..hek...


Bakul : Hu, rasa bersalah sangat.. sebab buat semua orang risau jek.. rupenye tadi before kamu call, abang kite dah call dulu, tapi kite tak sedar pun.. abis la kite sok..hu.. kamu pun..kite sori sangat tau.. hu nite2..

Farmer : Haha. Takpe. Tidur dengan tenang je. He. Tak payah risau tau. he. Nite2 mucuk. k

Bakul : Hu bukan pe.. takot lepas ni kalau ada emergency betul2 orang dah tak caya dah..hu takpe la.. daa kamu..

Farmer : Haha. Percaya je. Jangan wisau.he.k. Dah2. Happy. Senyum. He.k


Kesimpulannya...JANGAN BAGI ASKAR MAIN PHONE BAKUL!!! Tau...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...