Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Roti Canai Buatan Bibik

Tadi Akar nampak gambar roti canai kat teh 3 in 1.

Akar: Bik, buat roti canai bik. Abang nak.
Bakul: Ala... bibik bole buat.. Tapi nanti tak sedap nanti.

#Huhu. (-.-)
 

Friday, January 13, 2012

Kisah Si Askar

Salam dan selamat pagi
Mengalas perut dengan makan roti
Bertemankan Askar yang tengah study
Macam-macam kerenah suka dan suki

Ni nak citer pasal anak buah Bakul si Askar ni. Tahun 2012 ni umur dia 5 tahun. Kak Daisy memang dah daftarkan dia masuk Taska. Tapi dalam seminggu ni, rasanya 2 hari je dia pergi Taska. Haha dia memang tak suka pergi Taska. Bila tanya kenapa Askar tak nak pergi Taska? Nanti budak ni jawab, "Askar dah pandai, tak payah la pergi school." Haha. Ni mak dia punya pasal la ni selalu cakap anaknya pandai. Last-last jadi macam ni pulak. Haaha

Tapi pagi tadi Askar ada mood pulak nak buat kerja. Dia pun ambil la buku pasal shape. Dia lukis dan terus mewarna. Nak dijadikan cerita, pensil warna yang Askar guna ni tajam. Jadi, bila mewarna, color dia tak terang sangat. So dia pun tekan la kuat-kuat pensil tu. Tengah best-best dia mewarna, tiba-tiba hujung pensil warna tu patah dan terus masuk mata dia.

Apa lagi menangis la budak tu sebab mata dia pedih. Dah tiup, basuh mata dia, tapi mata Askar ni pedih lagi. Dah la dia ni agak manja la jugak. Bila jadi macam ni, terus la tak nak buat kerja lagi la. Bakul cakap, kalau tak nak, pergi mandi.  Mandi pun dia tak nak jugak. Asyik merengek je cakap mata dia pedih. Sebenarnya tak lah serius mana pun. Ngada-ngada je lebih budak ni. Haish..

Lepas tu Bakul pun cakap la, ha Askar mandi dulu pastu naik atas main Ipod, nanti mesti ok dah mata tu. Bakul ingat dia tak makan saman jugak. Budak-budak sekarang kan bijak. Tapi yela pape pun Bakul usaha la jugak pujuk cara camtu. Manalah tahu menjadi ke kan. Tapi tup-tup dia ikut cakap Bakul. Nak pulak tu dia bukak baju dan terus pergi mandi. Ipod punya pasal. Hahaha!

Image from pakcik google the great


 



Thursday, January 27, 2011

Keistimewaan Wanita Menurut Hadis (Part 2)

  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki soleh.
  2. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih baik besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
  3. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  4. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  5. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  7. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  8. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  9. Daripada Aisyah r.a, barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.  


Monday, November 29, 2010

Bibik - Erk?

Salam!


Hehe.. Eh ni dah hari ke berapa ye Bakul jadi bibik? Haha! Adoi, rasa malas pulak Bakul nak update blog ni ha, tapi update gak la kan.. Hoo.. Nak cerita apa ye? Hurmm.. Semalam Kak Zink bawa Bakul dengan anak-anaknya pergi tengok movie 3D Rapunzel kat IOI. Wahahaha! Best jugak la.. Rasa semangat je bila tengok tu. Tambah pulak ni 1st time Bakul tengok movie 3D.. hoho.

Tapi Kak Zink kata 3D kat Malaysia ni tak best. Kalau kat luar negara, 3D dia bukan setakat pakai cermin mata 3D tu je, tapi ni siap kerusi pun bergerak-gerak wa cakap lu! Kalau kat movie tu ada action naik kuda, kerusi kita pun akan terhenjut-henjut macam naik kuda. Haha best kan? Tapi lambat lagi kot nak ada benda macam ni kat Malaysia. Hoo..


Hari ni pun pergi IOI lagi sebab nak brunch, Abg Pipit, suami Kak Zink yang bawak. Lagipun nak beli swimming suit anak-anak diorang ni ha. Sebab ada sale kat situ, haha! Bakul tak kisah, Bakul ikut je. Hee.. Pastu kami brunch pun kat tempat yang sama macam semalam, kat food court, haha! Tapi semalam Bakul makan mee kari. Hari ni Bakul makan nasi ayam pulak. Sos dia sedap tau! Hehe.. Pastu shopping barang dapur & swimming suit, pastu balik.

---------------------------------------------

Adoi, Bakul rasa kan macam nak balik kampung je dah. Hoho. Takde apa-apa pun. Cuma rasa tak sabar je dah nak balik.. Hwaa!

 ---------------------------------------
NASI AYAM
Kelihatan pada petang hari tu Aiman, si budak tujuh tahun sedang berjalan menuju ke rumah neneknya. Di tangannya terdapat satu bungkusan plastik makanan. Tetibe Pak Usu yang sedang melalak dengan gitar kapoknya di bawah rumah menegur Aiman.
Pak Usu: Ai Aiman, ape yang kat tangan tu? Macam best je...
Aiman   : Ni haa, mama suruh kasi nasi ayam.
Pak Usu: Ye ke? Bak sini... Pak Usu tengah lapor giler ni.
Aiman   : Erk, Pak Usu nak buat apa tu?
Pak Usu: Laa... nak buat apa lagi, nak makan la (sambil membuka bungkusan plastik, tetibe...) Eh, nape lain macam je bau nasi ni ha? Busuknya!
Aiman   : Tu nasi nak kasi makan kat ayam nenek la.
Pak Usu: Hoi, lain kali cakap awal-awal. Asbestos punya budak!


Thursday, October 15, 2009

Kelahiran!!!


ASSALAMUALAIKUM...

Salam2...cium tangan...peluk2...haha
aku orang baru kat sini
so orang lama kena tunjuk ajar aku yang mana xtau la kan
uhuk2...

ok nak perkenalkan diri ni
nama aku BAKUL
ape?? bakul?? betul ke?
ada orang nama cmni eh?
haha..ni nama samaran tau
takde kena mengena ngan bakul sampah
mahupun bakul anyama
apatah lagi masuk bakul angkat sendiri..ekekeke..
k la pape pun aku nak wish...hello!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...