Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Showing posts with label Semangat. Show all posts
Showing posts with label Semangat. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Cycling Di Bukit Cerakah, Shah Alam

Bila Ahad menjelma, hati resah gundah gulana... Buangkan rasa itu. Kerana Bakul main dengan alam hari ni! Yeay..! Hari ni Bakul pergi Bukit Cerakah, Shah Alam. 

Bakul, Airship, ngan Dizzy pergi sana sebab nak main basikal. Hehe. Best nya... Dah lama giler Bakul tak naik basikal. Rasanya last Bakul naik basikal, masa Bakul darjah 6. Waaahh! Lamanya.  Agak-agak Bakul tahu lagi tak camana nak kayuh? Haha.

Tapi kami ni bukannya berbasikal biasa-biasa je. Sebab yang ni siap kena naik turun bukit. Adoi. Tumpor Bakul. Walau apa pun, cabaran mesti disahut. Bakul boleh! Malaysia boleh! 

Boleh apanya. Semput Bakul dibuatnya. Naik bukit sikit je dah semput. Tapi Bakul suka bila turun bukit. Laju je, siap boleh lepas tangan lagi. Hehe. Yang Dizzy lagi teruk. Sampai muntah-muntah dia. Salah set gear punya pasal. Habis sandwich yang dia makan tadi. Haha.

Owh, kami sempat jugak singgah kat 4 musim. Time tu tengah musim bunga. So layan je la mood bunga-bunga melankolik. Cantik je kat situ. Hehe.

Cantik sangat kan? Hehe...
Ok dah penat & sangat puas berbasikal. Masa untuk balik pulak. Alamak! Lapar la pulak. Perut harus diisi ni. Dizzy suggest makan kat Pecal Lele. Ok kami set je! Dan memang terbaik la. Sedap kot makan kat situ. Ikan keli dia garing sungguh. Ayam dia pun boleh tahan jugak. Tapi sayang, kami tak sempat makan tempe sebab tempe dah habis. Huhu.

Perut dah kenyang, badan pun dah penat. Apa lagi, balik la. Balik bersama perut. Haha. Enjoy sangat Bakul. Mau tak enjoy. Tiga hari berturut-turut keluar je. Haha. Ok esok Isnin teruskan rutin harian. Hehe.

--------------------


Thursday, February 23, 2012

Tak Usaha Tak Berjaya

 20/02/2012 Monday

Salam dan selamat petang..

Berlapang-lapang Bakul seketika. Almaklumlah kelas pukul 3pm sat gi. Tapi agak nervous sikit. Sebab dalam kelas nanti nak tunjuk kat lecturer hasil kerja Bakul dan kawan-kawan menyiapkan video yang ntah apa-apa tu. Harap madam masih boleh memberikan markah yang super tinggi! Hoho

Haruslah dapat sedikit pujian jugak memandangkan kami buat sampai pukul 3am baru tido. Seb baik takde kelas pagi. Kalau tak, memang dah basah la meja kat kelas tu kena air liur Bakul. Ekeke.

21/02/2012 Tuesday

Alhamdulillah. Lecturer puas hati dengan hasil kerja Bakul dan kawan-kawan. Ada improvement madam kata. Yang penting, kelakar. Haha. Cam tak caye je madam boleh kata camtu. Sebab beliau agak cerewet sebenarnya. Kira berbaloi la usaha kami selama ni. Bukan senang tau Bakul nak tido lewat sampai pagi-pagi buta camtu. 

Apa yang penting... Kita enjoy!



Monday, April 18, 2011

Semangat Kite Bakor Aje!

Assalamualaikum! Selamat Hari Isnin! Haha


Bersemangat tak hari ni kawan-kawan? Semangat la ek. Tanpa semangat anda, Malaysia tak kan maju. Cewah! Haha! Cakap pasal semangat, Bakul pun rasa bersemangat jugak hari ni. Ermm... minggu ni  Bakul ada kuiz Mathematics IV dan dua assignment Bakul kena hantar; Introduction to Microprocessor (Micro-p) dengan Essential Management Principle (EMP). Tapi Bakul nak kalut-kalut dengan Micro-p je sebab Bakul dah buat sikit yang EMP tu. So Bakul serahkan kat partner Bakul je la bagi dia sudahkan. Senangkan je kan kalau dah buat awal-awal, pastu yang baki-baki bagi kat partner je. Haha. First time kot Bakul buat kerja awal ni. Pecah record nih. Haha!

Bakul nak balik kampung minggu ni boleh tak? Eh dah cuti semester ke? Haha tak la, sebenarnya minggu depan study week. Kelas dah takde. So Bakul nak balik la kejap nak jumpa mak. Hehe. Whee! Tak sabarnya nak balik. Eleh, kat rumah bukan buat apa-apa pun. Memang la, tapi bila ada kat rumah sendiri, feel dia lain kot. Kan? Kan? Hhaha

Ok lah. Selamat Berhari Isnin!
## ni ada sikit pantun ni.
Hari Isnin kelas bermula
Rasa malas itu perkara biasa
Tapi nak buat macam mana
Tak kan kita nak bakor aje!
 HAhahhahahahaha! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...