Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Showing posts with label Bahagia. Show all posts
Showing posts with label Bahagia. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Indah Selasa

Assalamualaikum n selamat pagi!

Wah3 sangat baik cuaca hari ni. Hujan lebat woo! Pagi ni Bakul takde kelas. Kelas Bakul pukul 3 petang nanti. Best kan? Haha. Tapi Bakul bangun awal ni. Lepas Subuh tak tidur dah. Bukan sebab apa, malam tadi Bakul tidur awal bebenor. Pukul 10 malam dah tumbang dah. Penat apa pun tak tahulah. Haha.

Pagi ni Bakul cari info pasal Final Year Project. Sebab pukul 10.30 pagi kang nak jumpa supervisor.  Pape ntah kan. Nak jumpa supervisor baru kelam-kabut nak cari info bagai. Siap update blog kat sini ha. Gilo apo. Kui3.


Ok la. Tak nak gila banyak-banyak. Bakul nak mandi pastu sambung cari info balik. Kang supervisor tanya macam-macam, tak boleh jawab pulak.

Doakan Bakul sejahtera selalu eak. TQ!

Thursday, January 12, 2012

Doa solat sunat istikharah


Ya Allah
Aku memohon petunjuk
Memilih yang baik dalam pengetahuanMu
Aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu
Aku mengharapkan kurniaMu yang besar

Engkau Maha Kuasa
Dan aku adalah hambaMu yang daif
Engkau Maha Tahu
Dan aku adalah hambaMu yang jahil
Engkau Maha Mengetahui
Semua yang ghaib dan tersembunyi

Ya Allah
Jika hal ini dalam pengetahuanMu
Adalah baik bagiku dan bagi agamaku
Baik bagi kehidupanku sekarang dan masa akan dating
Takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku
Kemudian berilah aku berkat daripadanya

Tetapi jika dalam ilmuMu
Hal ini akan membawa bencana
Bagiku dan bagi agamaku
Dan membawa akibat dalam kehidupanku
Baik sekarang atau pun pada masa akan dating
Jauhkanlah ia daripadaku
Dan jauhkanlah aku daripadanya

Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap sesuatu



Thursday, December 1, 2011

Pengenalan Baru

Salam...

Owh rasanya dah lama sangat tak mengadu domba dalam ini bellogg. Selalu copy paste article je. Hoho. Dan satu lagi sebab....sebab dah tak ada citer pasal Farmer. Uhuhu. 

Tapi kalau Bakul nak citer pasal Taufan ok tak? Relationship Bakul & Taufan lebih kurang je macam relationship Bakul & Farmer. Tapi yang ni, Taufan yang minat Bakul. Hik3..malu pulak rasanya cakap macam ni. Hak3!

Bakul : Esok nak pegi Nilai 3
Taufan: Owh buat apa? Beli barang ke?
Bakul : Mesti la shopping. Kalau tak, baik tak payah gi sana. Hehe. Nak pegi beli barang abang nak tunang. Hoho.
Taufan: Nak datang time abang tunang boleh?
Bakul : Awak nak tolong bawak barang hantaran ke? Haha!
Taufan: Boleh je. Hehe. Abang ipar katakan.
Bakul : Eh. Bila masa pulak ni? Eh2
Taufan: Eh bila eak? Lupa la. Haha

Hoh sengal je Taufan ni kan. Hehe. So far, Bakul tak ada lagi masalah berkawan dengan beliau ni. Ok2 je setakat ni. Mintak2 kami kawan baik2 aje ye. Hehe

Bakul ada citer dekat Kak Daisy pasal Taufan nak ikut hantar tunang Abang Ajak.

Bakul : Kak, ada kawan kite nak ikut 24hb ni.
Kak Daisy: Ha dia duduk mana?
Bakul : Tak jauh. Manjung je.
Kak Daisy: Boleh la ikut. Takde masalah.

Hoho. Kak Daisy pun dah cakap camtu. Maknanya boleh la. Ok lepas ni nak bagitahu Taufan. Tapi tak tau la Taufan jadi pegi ke tak ni. Mana la tau kan hari tu dia cakap2 ayam je. Tambah pulak dia dah start kerja part time ni ha. Hehe.

Friday, March 11, 2011

Kelegaan Satu Kepuasan

Alhamdulillah. Akhirnya siap jugak assignment Bakul ngan partner Bakul buat. Kali ni rasa lega dia lain macam. Tak sama macam buat assignment lain. Sebab yang ni killer subject kot. Subject Microprocessor, kena buat programming. Bakul memang lemah kalau benda-benda macam program ni. Rasa nak termuntah je buatnya. Haha. 

Tapi pape pun semua dah setel. Bakul nak ucap terima kasih banyak-banyak la kat partner Bakul yang sangat banyak berjasa untuk siapkan assignment ni. Tanpa beliau, memang kacau bilau la program yang Bakul buat. Hehe. 

Ok. Langkah seterusnya, Bakul nak buat report tentang English Exhibition pulak. Yang ni untuk subjek Technical Communication. Kena buat 200 words. Semalam Bakul main puas-puas, pastu dapat banyak gula-gula woo. Hahaha, macam best je kan. Hahaha!
 
Kepada budak-budak yang perasan masih bersekolah tu, akak Bakul nak ucapkan selamat berholiday! Berholidaylah dengan sebaik mungkin ye. Adios! 



Thursday, January 27, 2011

Keistimewaan Wanita Menurut Hadis (Part 2)

  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki soleh.
  2. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih baik besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
  3. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  4. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  5. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  7. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  8. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  9. Daripada Aisyah r.a, barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.  


Tuesday, November 24, 2009

Myself


Ok la..takde pe nak tulis hari ni.. So Bakul nak citer pasal diri Bakul la.. sebab Bakul masuk blog ni pun tetibe je kan.. pastu dah la takde pendahuluan lak tu..ish3..kurang sopan betol Bakul ni kan.. Harap maaf ye.. uhuhu..

Mula-mula Bakul nak story pasal diri Bakul n family la.. Ok, Bakul ni anak ke-6 dari 9 siblings (ramai kan? Hek) 

1. Kak Zink
2. Kak Daisy
3. Abg Ankle
4. Abg Jus
5. Ajak
6. Bakul
7. Yoyo
8. Mancis
9. Milo (Mancis n Milo twin k)
 
Mak Bakul nama Nenas. Bapak Bakul nama Polis..tapi bapak dah meninggal masa Bakul umur 12 tahun (sekarang Bakul dah 20 tau). Kalau tak pun Bakul ada abang n adik.. diorang pun dah meninggal. Abang yang meninggal tu abang atas Ajak. Yang adik lak bawah Bakul. Maknanya Bakul ni kalau tak, ada 11 adik-beradik tau.. memang big family la..

Kak Zink lak dah kahwin ngan Abg Pipit n ada 4 orang anak.
1. Sushi
2. Hailam
3. Adat
4. Feri
Kak Daisy pun dah kahwin ngan Abg Radio n ada 4 orang anak gak.
1. Angsa
2. Asam
3. Manis
4. Askar
Abg Ankle jugak dah kahwin ngan Kak Ayam n ada 2 orang anak setakat ni.
1. Kiss
2. Akar

Ha ni la kedudukan family Bakul ye..kenal2 la kami ye..hek..gambar bawah takde makne pape tau..saje je letak..he





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...