Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Showing posts with label Cakap-cakap. Show all posts
Showing posts with label Cakap-cakap. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Semangat Kite Bakor Aje!

Assalamualaikum! Selamat Hari Isnin! Haha


Bersemangat tak hari ni kawan-kawan? Semangat la ek. Tanpa semangat anda, Malaysia tak kan maju. Cewah! Haha! Cakap pasal semangat, Bakul pun rasa bersemangat jugak hari ni. Ermm... minggu ni  Bakul ada kuiz Mathematics IV dan dua assignment Bakul kena hantar; Introduction to Microprocessor (Micro-p) dengan Essential Management Principle (EMP). Tapi Bakul nak kalut-kalut dengan Micro-p je sebab Bakul dah buat sikit yang EMP tu. So Bakul serahkan kat partner Bakul je la bagi dia sudahkan. Senangkan je kan kalau dah buat awal-awal, pastu yang baki-baki bagi kat partner je. Haha. First time kot Bakul buat kerja awal ni. Pecah record nih. Haha!

Bakul nak balik kampung minggu ni boleh tak? Eh dah cuti semester ke? Haha tak la, sebenarnya minggu depan study week. Kelas dah takde. So Bakul nak balik la kejap nak jumpa mak. Hehe. Whee! Tak sabarnya nak balik. Eleh, kat rumah bukan buat apa-apa pun. Memang la, tapi bila ada kat rumah sendiri, feel dia lain kot. Kan? Kan? Hhaha

Ok lah. Selamat Berhari Isnin!
## ni ada sikit pantun ni.
Hari Isnin kelas bermula
Rasa malas itu perkara biasa
Tapi nak buat macam mana
Tak kan kita nak bakor aje!
 HAhahhahahahaha! 

Thursday, April 14, 2011

Oh Begini Rasanya... (^-^)

Hari ni Bakul takde kelas pun satu hari. Esok pun takde kelas jugak. Horeeyyy, cutiiii! Hmmm tapi assignment berlambak kot tak siap lagi. Ada yang nak kena hantar Jumaat pulak tu. Aduish, kalau la assignment tu senang, dah lama Bakul siapkan dan hantar awal-awal. Terus dapat markah tambahan. Tapi, assignment tu bukan la susah seperti yang dijangka. Sebab ianya memang susah gila-gila wa cakap lu! Ayoi... Bila la Bakul nak pandai ni. Uhuk3..

Tadi Bakul buat sesuatu untuk Bakul Peace Craft. Sesaje je buat. Tapi kawan-kawan tolong lah beli ye. Plizzz... Hoho. Bunyik cam desperate je kan. Malu-malu. Huhu. Kalo nak tau Bakul buat apa, nanti pergi kat sini ye. Tengok-tengoklah dulu. Kalau berkenan, beli le ye yop, yong. Hoho.

Jumaat petang Bakul nak pergi Continental Sdn Bhd kat Petaling Jaya. Nak tangkap gambar. Buat apa? Nak letak kat dalam assignment Essential Management Principle. Konon bukti la yang kami pergi buat company visit kat situ. Haha. Tangkap gambar kat depan tu jek la. Haha. Konon-konon.

Sabtu ni jom pergi Masjid Jamek! Kite shopping-shopping la. Menghabiskan duit yang tak berapa nak ada ni ha. Sambil-sambil tu boleh cuci mata tengok awek cun. Kan ramai awek cun dah sekarang ni. Haha. Bakul yang pompuan ni pun tengok diorang boleh cair tau. Perghhh~ Hahaha

Ok ok ok. Dudda dudda~

Friday, April 1, 2011

Selamat Tinggal Jumaat

Assalamualaikum...


Eh kawan-kawan! Tak nak beli ke barang yang Bakul jual ni? Murah je kot. Tadi ada dua orang customer dah beli dah. Yang sorang tu buat 2 nama; ANA dan AOW. Yang sorang lagi tu pulak buat nama DILA dan WAFIR. So total semua Bakul dapat RM 18.40 malam ni. Alhamdulillah. Dapat la buat duit poket. 

Kalau nak tahu, Bakul jugak selalu jadi tempat orang pinjam duit taw. Haha, Bakul bukan ah long k. Cuma Bakul nak tolong kengkawan jek. Lagipun bukan senang-senang macam tu je Bakul nak bagi. Mesti la kawan yang nak pinjam tu ada sebab-sebab yang terdesak. Kalau suka-suka nak pinjam, takde maknanya Bakul nak bagi. Heh.

Ha tadi kan Bakul ada cari-cari novel. Hik3. Tapi Bakul cari dekat google book aje. Hoho. Memang la ada macam-macam novel kat dalam tu, tak kisah la novel lama ke baru. Yang tak bestnya, orang yang masukkan dalam tu tak masukkan penuh satu novel. Maksudnya, ada mukasurat yang hilang. Tu yang tak best tu. Huhu. Saje je kan nak suruh Bakul beli jugak novel tu. Hoo.

Esok hari Sabtu kan? Cuti? Oyeah! Best je kalo cuti ni. Esok kat kolej ada buat senam robik dengan gotong royong. Hmmm.. Nak pegi ke tak ye? Adui macam malas pulak. Tapi kalo tak pegi esok, bila lagi nak join aktiviti-aktiviti macam ni. Kan? Tapi tengok la esok camne. Hee

Ok la. Bakul nak chatting ngan kawan kat facebook. Masing-masing sibuk tanya pasal assignment la, quiz la. Hehe. K daa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...