Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Thursday, May 31, 2012

Kentang Lecek

Salam3...!!!


Ok tanpa membuang masa, Bakul straight to the point je la. Malam ni Bakul terasa nak makan something yang berlada hitam. Hmm... Nak makan apa ek? Ha... Makan kentang putar atau kentang lecek sedap jugak. Hehe. 

Tak pernah Bakul buat ni. Ni first time buat. Alhamdulillah. Jadi la jugak walaupun ada sedikit kekurangan. Apa dia? Kentang tu tak berapa lembut sebab tak berdaya Bakul nak meleceknya dengan bersungguh-sungguh. Tapi dia punya sos menjadi k. Hehe

Dia punya kentang
Complete!
Bahan-bahan untuk kentang:

3 biji kentang
Mentega
Susu
Garam
Serbuk lada hitam

Cara membuatnya:

1. Kupas kulit kentang dan rebus. Lepas tu, lecek sampai lumat.
2. Masukkan sekali sedikit mentega, susu, garam, dan serbuk lada hitam.
3. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan untuk sos:

1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sb mentega
2 sb tepung gandum
Serbuk lada hitam

Cara membuatnya:

1. Masukkan 1 mangkuk air. Renehkan pati ayam bersama bawang besar dan bawang putih. Lepas tu tapis, amik dia punya air je.
2.  Guna bekas lain, cairkan mentega. Pastu masukkan gandum dan kacau. Lepas tu masukkan air pati tadi.
3. Last sekali, masukkan lada hitam. Kalau nak bagi cantik, masukkan kicap bagi warna dia gelap sikit.

Selamat mencuba ye kawan2! Hehe...

-----------------------




Friday, April 6, 2012

Street Dance 2 Mengancam Sungguh

Jumaatku Oh Jumaatku...


Pagi-pagi lagi Bakul dah dengar lagu BERUK. Ni antara lirik dia. Tak tahu betul ke tak sebab puas Bakul cari lirik dia. Tapi tak jumpa pun. Aish... Lagu penuh bermakna macam ni pun takde orang dengar ke. Lagu ni bagus untuk motivasi tau.

Ahli Fiqir - Beruk
kenapa mesti nak ikot-ikot
kenapa mesti nak jadi pak turut
aku pungut hembus dan sumbat
jangan main tangkap muat
jangan asal boleh buat
lagu semangat dah jadi tenat

gunakan akal dan minda
imaginasi sendiri, idealiti, originaliti
baru berpucuk belum bercabang
jangan hendak jadi pohon yang tinggi sebelom menjadi phon yang rendang
kena pandai dulu meniti buih barulah boleh sampai ke seberang
barulah boleh digelar Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
-----------------------------
Kelas petang ni cepat je habis. Pukul 4 dah habis dah. Heh, tiap-tiap minggu pun macam tu jugak. Biasalah, kelas hari Jumaat kan, petang pulak tu. Ni nak citer pasal kawan Bakul, Ashtray. Dia teringin sangat nak tengok citer Street Dance 2. Dia ajak Bakul, Bakul ikut je. Tapi kami memerlukan transport untuk pergi ke sana. So, Ashtray pun ajak la Miracle pergi sekali sebab Miracle ada kereta.
 Tapi Miracle tak nak pergi sebab dia takde mood nak tengok movie katanya. Puas Ashtray pujuk, tapi Miracle tetap tak nak pergi. Kalau dah camtu, Bakul balik bilik ni tidur je la kan. Save energy untuk aktiviti malam. Elok benar la tu tidur petang-petang. Hoho.
Dalam 6.30 camtu la Bakul baru bangun. Mamai-mamai lagi. Adui malasnya nak pergi beli makan. Tak payah makan nasik la malam ni. Dekat-dekat nak pukul 7, tetiba dengar suara Miracle terjerit-jerit nama Bakul. Gila apa panggil-panggil orang ni. Sebab jarang sangat la hari Jumaat kawan-kawan jumpa Bakul.
Bakul dengan peliknya bukak la pintu. Pastu Miracle pun buat muka pelik sebab dia tengok Bakul tak siap lagi. Lah nak pergi mana? Bakul tak taw pape pun. Miracle cakap nak pergi tengok movie la. Aik, takde sape bagitahu Bakul pun. Miracle cakap takpe la, siap-siap je la. Tapi Bakul tak mandi lagi. Badan melekit-lekit ni. Bakul pun mintak izin la nak mandi secepat mungkin walaupun biasanya Bakul mandi lama wo. Haha.  Takpe movie start pukul 7.45 pm.
Kami tengok kat Wangsa Walk je. Time sampai tu pun dah 7.45. Tapi nasib baik ada tiket lagi. Dan kami pun dapat la menonton cerita itu. Komen Bakul tentang movie ni... Jalan cerita dia biasa-biasa je. Boleh diagak. Tapi lagu-lagu dalam tu best-best kot. Dan tarian dia mengancam!
 
Sekarang Ashtray sangat la berpuas hati. Tersenyum je dia dapat tengok movie. Bagus. Boleh beli makan dan balik.
(Ada hikmah rupanya Bakul tak beli makanan tadi. Sebab rupanya Bakul kena beli makanan kat luar. Heh)

------------------------

Sunday, April 1, 2012

Cycling Di Bukit Cerakah, Shah Alam

Bila Ahad menjelma, hati resah gundah gulana... Buangkan rasa itu. Kerana Bakul main dengan alam hari ni! Yeay..! Hari ni Bakul pergi Bukit Cerakah, Shah Alam. 

Bakul, Airship, ngan Dizzy pergi sana sebab nak main basikal. Hehe. Best nya... Dah lama giler Bakul tak naik basikal. Rasanya last Bakul naik basikal, masa Bakul darjah 6. Waaahh! Lamanya.  Agak-agak Bakul tahu lagi tak camana nak kayuh? Haha.

Tapi kami ni bukannya berbasikal biasa-biasa je. Sebab yang ni siap kena naik turun bukit. Adoi. Tumpor Bakul. Walau apa pun, cabaran mesti disahut. Bakul boleh! Malaysia boleh! 

Boleh apanya. Semput Bakul dibuatnya. Naik bukit sikit je dah semput. Tapi Bakul suka bila turun bukit. Laju je, siap boleh lepas tangan lagi. Hehe. Yang Dizzy lagi teruk. Sampai muntah-muntah dia. Salah set gear punya pasal. Habis sandwich yang dia makan tadi. Haha.

Owh, kami sempat jugak singgah kat 4 musim. Time tu tengah musim bunga. So layan je la mood bunga-bunga melankolik. Cantik je kat situ. Hehe.

Cantik sangat kan? Hehe...
Ok dah penat & sangat puas berbasikal. Masa untuk balik pulak. Alamak! Lapar la pulak. Perut harus diisi ni. Dizzy suggest makan kat Pecal Lele. Ok kami set je! Dan memang terbaik la. Sedap kot makan kat situ. Ikan keli dia garing sungguh. Ayam dia pun boleh tahan jugak. Tapi sayang, kami tak sempat makan tempe sebab tempe dah habis. Huhu.

Perut dah kenyang, badan pun dah penat. Apa lagi, balik la. Balik bersama perut. Haha. Enjoy sangat Bakul. Mau tak enjoy. Tiga hari berturut-turut keluar je. Haha. Ok esok Isnin teruskan rutin harian. Hehe.

--------------------


Saturday, March 31, 2012

Penuhi Hari Sabtuku

Ok di hari Sabtu ni, Bakul tak bertelur kat bilik. Ada aktiviti yang harus dilakukan. Bakul dan kawan-kawan pergi ke Jalan Pasar. Nak beli komponen untuk Final Year Project. Mula-mula ingat nak survey harga je, tapi alang-alang baik beli terus. 

Sebenarnya Bakul teman je kawan nak tempah projek. Tapi dah ikut sekali kan, baik beli je. Kawan Bakul tu, Airship dia bagi gambar litar, suruh orang tu buat. Hardware je la, software Airship buat sendiri. Tapi hardware je pun dah kena RM 600. Bakul pulak, beli komponen je, tapi habis RM 100. Adoi, senang-senang je duit keluar macam tu je kan. Tapi takpelah. Nasib baik untuk FYP. Kalau tak, memang terasa rugi sangat-sangat la.

Component yang Bakul beli. Adoi...

Kedai yang kami pergi beli.
Ok dah settle shopping component. Eh awal lagi, tak kan nak balik kot. Singgah Masjid Jamek la dulu. Semalam dengan Yogurt, kali ni temankan Airship pulak. Takde beli apa-apa pun. Window shopping je. Tak masuk pun Jalan Tar lagi. Malas la nak pergi pasar dia. Takde nak beli apa pun. Hehe. 

Pastu? Pergi mana pulak? Hehe...kami pergi KLCC, tengok movie. Hoho. Citer apa yang best ha? Airship nak tengok Mirror Mirror. Tapi biasalah, hari Sabtu, ramai orang. So tiket dah habis. Last-last kami tengok citer Wrath Of The Titans. Frust Airship tak dapat tengok Mirror Mirror, hoho. Kami tengok je lah citer tu, tak best mana pun. Jalan citer dia biasa-biasa je. 

Lepas tengok movie, masuk Kinokuniya pulak. Ha kat sini lagi la kami tak beli apa-apa. Mahal kot buku-buku kat sini.  Semua buku import, egege... Kami tengok buku-buku craft je. Saje cuci-cuci mata tengok benda cute. Hehe...

Ok dah rasa penat pulak. Beli makan pastu kami balik. Hoho enjoy je Bakul satu hari ni. Semalam dating dengan Yogurt, hari ni dating dengan Airship. Bertuah kan Bakul ni? Haha. Takde sape marah pun, sebab Bakul dating dengan gegurl je. Hehe.

------------------------

Friday, March 30, 2012

Malaysian International Shoe Festival 2012, PWTC

Salam Jumaat semua!

Jumaat adalah hari yang paling sibuk sebab kelas full. Start from 8.00 a.m until 12.15 p.m. Then from 3.00 p.m until 5.15 p.m. Tapi hari ni syok sikit sebab kelas pukul 3 tu, kelas Medical Imaging takde. YehOoo! Memang Bakul dah tahu awal-awal dah yang kelas Imaging takde. So Bakul ngan kawan Bakul, Yogurt dah plan dah nak pergi ke suatu tempat. Hehe...

Kami nak pergi ke Malaysian International Shoe Festival 2012 kat PWTC. Tahun lepas ada kawan-kawan yang pergi. Diorang siap upload gambar kasut lagi kat facebook. Macam syok je. Tu yang Bakul ngan Yogurt nak pergi ni. Hehe. 

Kami berdua je pergi sebab kawan-kawan lain ada hal. Lagi pulak duit MARA baru je masuk. Memang semangat la kami nak jalan-jalan, kan. Hehe. Sebenarnya kami berdua tak tahu jalan pun nak pergi ke PWTC tu. Huhu. Yogurt memang tak pernah pergi ke sana. Walaupun beliau orang Kelantan, tapi beliau tak pernah naik bas kat Hentian Putra tu. Beliau selalu naik kat Greenwood je. 

Bakul pulak? Ye memang Bakul ada la dua kali rasanya pergi PWTC ni. Tapi Bakul kan hampeh. Bakul bukan ingat jalan pun. Geografi Bakul sangat lemah. Kalau orang tanya jalan, memang Bakul fail la. Walaupun Bakul selalu jalan kat tempat tu, Bakul still tak boleh bagi direction. Tambah-tambah pergi dengan kengkawan. Memang menonong je la ikut je diorang nak pergi mana pun. Teruk kan Bakul ni? Huhu.

So kitorang pasrah je la. Berpandukan pengalaman Bakul yang dulu pernah pergi ke Hentian Putra (sebab dulu Bakul practical kat Kelantan). Kami pun menuju la ke PWTC dengan harapan menggunung tinggi nak tengok kasut. Haha. Masa pergi mencari tu, Bakul guna satu teori je. Ni festival kasut kan? Mesti ramai orang yang nak pergi ke situ. Dan mesti ramai perempuan (sebab perempuan je yang giler kasut tahap gaban ni). So di mana ada perempuan, di situ la Bakul ikut diorang.

Dan terbukti teori Bakul ni tak salah. Buktinya? Bakul dah sampai pun ke tempat yang dituju! Hebat rupanya Bakul ni. Hak3... 

Sangat cute kasut-kasut kat booth ni.


Antara yang cute-cute...

Tak tahu apa kena mengenanya. Kasut pengantin kot...

Tengok betol-betol. Bahan yang digunakan bukanlah fabric.

Kesimpulan yang dapat dibuat atas pemergian kami ke sini ialah, tak best mana pun festival kasut ni. Tak banyak booth yang dibuka. Bila tak banyak booth, maknanya tak banyak pilihan la. Maka, tak lama pun kami kat situ. Tak beli kasut pun. Hoho. Pastu kami blah, pergi ke Masjid Jamek. Ke situ jugak jalan pilihan. Haha. Lain kali takmo pergi la. Adios...

Kasut yang bukan kasut. Hehe...
.........................

Wednesday, March 28, 2012

Aiskrim Goreng Nilainya Bukan Hanya Satu Ringgit

Hari Rabu adalah hari shopping makanan! Kat mana? Kat pasar malam la. Hehe. Dekat ngan kolej Bakul ni ada pasar malam tau. Dekat je, pergi pun jalan kaki. Hehe. 

Takde yang menarik pun. Biasa-biasa je, Bakul pun beli la apa-apa yang patut nak beli untuk makan malam nanti. Bakul tak jumpa Taufan pun kat pasar malam. Sebelum tu, Bakul nampak Taufan ngan kawan-kawan dia. Macam nak pergi pasar, tapi dekat pasar tu, Bakul tak jumpa beliau pun. Lagipun pasar tu bukannya besar mana pun. Jalan sehala je. Agaknya beliau keluar tempat lain kot. Takpelah. Takde rezeki nak bertembung ngan Taufan hari ni. Hik3.

Maghrib. Bakul pergi ambil wuduk. On the way nak masuk bilik tu, kawan Bakul, Cik Tikar datang jumpa Bakul dan bagi sesuatu. Sesuatu yang dalam plastik. Apakah itu? Jeng3...

Hehe...Cik Tikar bagi aiskrim goreng kat Bakul. Tapi owh... Cik Tikar hanyalah orang perantaran sahaja. Yang bagi sebetul-betul bagi aiskrim goreng tu ialah Taufan sebenarnya. Hehe. 

Adoiyai Taufan ni. Semalam bagi Big Apple. Hari ni bagi aiskrim goreng plak. 

Bakul  : Ish dia ni, nak bagi kite gemok la tu. Trimas lagi sekali
Taufan: Haha...memang nak bagi awak gemok sikit. Sames-sames lagi sekali

Taufan ni saje je tau. Ada je benda dia nak bagi. Ha yang ni pun dia beli banyak-banyak gak, untuk kawan-kawan Bakul sekali. Lantak p lah. Bukan duit Bakul pun. Agaknya Taufan ngah masyuk la tu. Tu yang nak belanja orang je kejenya tu. Haha.
 
Trimas la kepada Taufan yang asyik-asyik je ingat kat Bakul yang sengal-sengal alang ni. Haha. Walaupun kita tidak ketemu, tetapi hati kita tetap bersatu. Wakakak!

Bukan aiskrim goreng sebenar. Bukan yang Taufan bagi. Sekadar gambar hiasan. Haha
------------------------------


Tuesday, March 27, 2012

Big Apple Taufan Bagi Bakul

Ohohoiii~ Petang yang panas nampaknya... 6.40 p.m pun still panas lagi. Alhamdulillah. 

Pada petang inilah juga, 5.35 p.m, Bakul terima suatu pemberian dari jejaka melalui perantaraan. Haha bunyi macam nak bagi saka aje. Hek2. Siapakah empunya gerangan jejaka itu? Hensemkah beliau? Mengapa kehenseman menjadi persoalan? Wakaka! Sedikit merapu sudah.

Jejaka yang tak encem tu opcos la Encik Taufan nama gerangan. Hihihi. Beliau bagi Bakul sejenis donat yang famous tapi bukanlah Famous Amous. Donut tu namanya Big Apple. Haha.

Plastik beliau

Kotak beliau

Donut beliau

Hari tu Taufan bagi buah epal. La ni beliau bagi Big Apple plak. Pasni agak-agak, apple apa plak yang Taufan nak bagi ye? (Nak bagi? Nampak sangat Bakul terhegeh ngan pemberian orang)

Epal sempena Apple Day

Mesej dari Taufan. "Keh3". Tak bagitaw nama pun boleh tau ni dari beliau. Heh.


Donut beliau lagi sekali
Kelihatan di situ donut tidak mencukupi bilangan 12 di dalam kotak. Mengapakah? Mengapakah lagi sekali? Kerana orang perantaraan itu telah mencurinya terlebih dahulu! Wahaha! Trimas kat beliau banyak-banyak. Kenapa? Kerana Bakul dan kawan-kawan yang lain tidak berdaya menghabiskannya. Roomate Bakul pun Bakul bagi dua biji sebab dia tak makan nasi lagi. Boleh la pulun suruh dia amik dua. Hehe.

Taufan ni apalah pemurah sangat. Kalau dia nak bagi, 2 biji je dah cukup untuk Bakul. Ni tak, dia beli banyak-banyak then suruh Bakul share-share dengan kawan yang lain.

Dengan itu, terima kasih banyak a lot la ye Encik Taufan. Jasamu ku kenang!

Message-message:

Bakul : Tq la
Taufan: Welcome la

--------------------------------

Sunday, March 18, 2012

Hari Yang Ahad

Di hari Ahad aku keseorangan. Teman sebilik mengayam angan-angan nak kahwin lalu berada di kursus perkahwinan. Teman-teman sekelas sibuk berdating dan urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Aku? Di sini, setia di sini. Dan akan tetap berada di sini.

Maka dengan itu, aku pun melakukan kerja-kerja amal. Antaranya adalah, aku berjaya menegangkan cadar katil sesempurna mungkin. Lihatlah...

Cantik tegang dia kan? Haha
Setelah itu aku juga menyanyikan lagu Donna Donna. Owh syahdunya hari ini. Wakakak!
-------------------------------

Friday, March 16, 2012

Berikan Aku Sesuatu Yang Meyakinkan

Salam. Salam. Salam. Cium tangan sikit. Haha!

Today is Friday. Friday is a gooooood day! =)

Petang ni Bakul takde kelas. Kelas cancel sebab lecturer MC. Hehe.

Nak cerita boleh tak? Hik3. Pasal Taufan la, sape lagi. Hehe. Cerita kat muka buku je ni. Pada hari Rabu yang lalu, hampir jam 12 tengah malam, Taufan telah share satu video clip lagu kat wall beliau. Lagu Hingga Akhir Nafasku dari Muzzy.


Lirik Hingga Akhir Nafasku – Muzzy

Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku

Hulurkan tangan mu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah

Chorus:

Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku

Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku

Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Di hargai

Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampai nya waktu terindah

----------------------

Dia punya lirik so sweet. Tapi tak tahulah, saje-saje la kot Taufan share lagu ni. Tapi time tu Bakul tak tengok lagi video ni. Dalam masa setengah jam kemudian, Bakul update status:

"Sekiranya dia ditakdirkan untukku dan aku ditakdirkan untuknya, maka peliharalah kami dalam batas-batas syariat. Sekiranya dia tidak ditakdirkan untukku dan aku tidak ditakdirkan untuknya, maka jauhilah diriku daripada memikirkannya dan jauhilah dirinya daripada memikirkanku..."
--------------------------

Tak lama lepas Bakul update status ni, baru Bakul tengok video tu. Eh? Eh? Apsal? Macam ada kesinambungan plak dari video yang Taufan share dengan status yang Bakul update.

Tidak...!!! Bakul tak berniat menjawab segala pertanyaan itu. Bakul tak beniat pun memberi sesuatu yang meyakinkan kepada Taufan. Tidak.

Keesokan harinya, Bakul mengecheck notification, dan terlihatlah Taufan mengelike updated status Bakul. Argghhhh!!! Terasa malu diri ini. Tapi.....lantak pi la. Buat tak tahu sudah. Hoho.

Malah bukan Taufan je yang like, kawan-kawan dia pun like jugak. Eish sesaje je la diorang ni. Ni la yang dikatakan sudah sampai tahap gedix. Suka hati korang la nak buat apa-apa pun. 

#Dalam hati Bakul sukak! Yeay!#

----------------------------

Sunday, March 11, 2012

Sabtu Ada Kejadiannya

Salam...

10/3/2012 bersamaan hari Sabtu kan? Ha betollah tu. Hari ni Bakul balik ke hostel. Ha betullah tu... Ha? Yeke? Hari Sabtu? Bukan Ahad ke sepatutnya balik? Kelas Isnin kan? 

Hahaha! Bakul pun cam tak caye je Bakul balik awal gilosh. Ohoho. For the first time Bakul buat kerja ni. Tapi tak pelik pun, sebab ada jugak yang dah balik hari ni walaupun tak la ramai.

Sebenarnya Bakul tak sedap hati nak balik lambat-lambat. Padahal Bakul dah beli kot tiket Ahad tu. Tapi burn macam tu je sebab nak balik Sabtu. Pasal apa ea? Ermm banyak kerja Bakul yang tertunggak. Baju hari tu tak sempat basuh. Hari tu lepas habis je Seminar Pengurusan Aktiviti Kelab, Kak Daisy datang ambil Bakul. Ingatkan nak balik esoknya, so sempatlah lagi nak basuh kan. Tapi apakan daya, dah Kak Daisy nak ambil petang tu jugak. 

Dan kerja-kerja rasmi pun banyak jugak berlonggok macam kaki ulat gonggok. Subject Clinical, Final Year Project, Proffesional Communication II and Technopreneurship. Semua tu kena buat assignment, proposal, slide presentation, mini project, laboratory, dan macam-macam jenis kerja yang memenatkan otak yang tak center ni.

-----------------------------------------

Ok lupakan sebentar dengan masalah yang menimpa. Haha tak sedar diri punya budak tua yang kenit. Kih3. Nak sok-sek pasal Taufan ni. Lama betul tak ngumpat pasal dia. Bukan takde cerita, tapi malu nak sebarkan kat sini. Tapi sekarang tengah tak malu dah. Haha.

Taufan pun balik hari ni jugak. Sebab dia pergi kenduri kahwin rumah kawan dia. Sebelum cuti mid sem hari tu, Taufan ada suruh bawak apa-apa la dari rumah. Macam makanan ke, apa ke kan. Beliau ni memang ngengada tau, suka mintak-mintak. Tapi dia tak kisah la kalau mak Bakul ke yang masak, semua dia bedal. Kalau dah nama lelaki, perut tu memang tak pilih bulu la kan. Haha.

Tapi Bakul teringin jugak nak buat sesuatu untuk Encik Taufan sengal ni. Hehe. Bakul try buat kek kukus berlapis. Hari Jumaat pagi tu mak ada buat kuih apam dan ada banyak lagi lebihan adunan. So malam tu Bakul guna yang tu je la, cuma Bakul tambah susu dan letak pewarna. Tu je. Ingatkan dapat la hasil yang spongy-spongy macam apam tu. Tapi lain pulak jadinya. Jadi apa? Jadi macam kuih lapis pulak. Pelik-pelik...

Yang putih berkerak tu susu. Huduh sungguh!
Tapi Bakul bagi jugak kat Taufan. Haha tak tau lah dia buat apa ngan kuih ni. Kalau dia buang pun Bakul tak hairan. Haha sedih jugak sebenarnya, tapi gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya. Cewah. Sebagai backup, Bakul bagi jugak tapai pulut, mak Bakul yang buat. Huhu.

Dan balasannya, Taufan pun bagi something kat Bakul. Haha takdelah, Bakul tak mintak pun. Taufan yang nak bagi. Tak sangka pulak dia nak bagi kan. Taufan bagi apa? Hehe. Taufan bagi serai wangi. Mula-mula Bakul pelik. Serai wangi? 'Nak buat apa ngan benda tu?' Bakul tanya. Taufan cakap surprise. Eleh surprise-surprise plak dia. Tetiba time tu kebetulan Bakul ada dengar radio pasal serai wangi, penenang fikiran. Ha? Apa tu? Macam aromatherapy tu ke? Yang ni ke yang Taufan nak bagi? Ermmm....

Bila time jumpa tu, Taufan dengan berkain pelekatnya bagi kat Bakul plastik. Apa dalam plastik? Serai wangi? Nak tengok jugak camane la rupa serai wangi tu. Ha??? Apa??? Haha... Rupanya kain serai wangi. Ceittt...

Kain pasang rupanya. Hoh
Boleh Taufan gelakkan Bakul. Ceh. Manalah Bakul tau nama-nama kain ni. Sebab banyak sangat nama kain & pelik-pelik pulak tu. Kalau nak taw, kain serai wangi ni ada bau. Bau serai wangi, sebab benang kain ni dicelup ke dalam air serai wangi. Tu yang bau wangi tu. Hehe. Bila tengok kat plastik kain tu, tulis dari Kelantan. Owh ni mesti Taufan beli time dia pergi sana. Ingat dia kat Bakul. Bakul je selalu lupa Taufan. Haha. Trimas Taufan! Lain kali jangan memalu bagi le apa-apa lagi yang patut ye. Hehe.

Kesimpulannya, jangan berhenti berusaha. Setiap usaha ada ganjarannya. Tengok macam Bakul. Bagi kuih dapat kain. Haha. Besh2. Pasni nak hantar kedai buat baju kurung. [^^]
-------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...