Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Friday, February 14, 2014

Bilik Sewa Kelana Jaya, Damansara, Petaling Jaya, Subang

Penyewa diperlukan untuk kemasukan Mac 2014.
Bilik 1
-Sewa RM300
Bilik 2
-Sewa RM150
Berhampiran LRT Kelana Jaya, Dataran Prima, Ara Damansara
Tesco, Giant
1. Peti ais, dapur, mesin basuh
2. Tilam, almari, kipas, lampu
Available muslimah bujang only.
Pembersih
Hubungi Bariah – 0123209815 (Wassap)

Thursday, December 20, 2012

1st give away by CIKJI

Salam kawan2! Bakul try join give away! Hehe...


Roti Canai Buatan Bibik

Tadi Akar nampak gambar roti canai kat teh 3 in 1.

Akar: Bik, buat roti canai bik. Abang nak.
Bakul: Ala... bibik bole buat.. Tapi nanti tak sedap nanti.

#Huhu. (-.-)
 

Sunday, December 9, 2012

CUBA CIUM ABANG

Anak saudara Bakul yang berumur 3 tahun tu cuba menegur Bakul.

Akar: Bibik. Cuba bibik cium abang. Abang dah bubuh bedak dah.

Bakul pun pandang pelik kat beliau. Sebab...sebab...

Bakul: Bang, apa yang kat hidung abang tu? Kat bawah...

Budak tu pun amik benda tu dan tengok.

Akar: Oh, ni taik hidung.

Euwwww..... Mwahhahahahahahak!


Friday, December 7, 2012

Bilik Sewa Di Petaling Jaya

Salam kawan-kawan...

Bakul nak mintak sangat-sangat jasa baik kawan-kawan. Tolong carikan Bakul bilik sewa. Bakul nak praktikal bulan Januari nanti. Kalau boleh Bakul nak yang bawah RM 200 la. 

Bakul praktikal kat company Tri System Technology kat Petaling Jaya. Apa-apa hal bolehlah contact Bakul kat bigboss8906@gmail.com ye. Nanti kat email tu Bakul bagi nombor telefon Bakul. 

Terima kasih kengkawan. Huhu..


Tuesday, December 4, 2012

KAWAII GIVEAWAY

Salam


Kawan-kawan Bakul:


-----------------

Dress and Domain giveaway

Salam...


-----------

SIMPLE GIVEAWAY - PINK ORANGE SHOPPE

Salam...



Kawan-kawan bakul:



------------------

GIVEAWAY 'jangan perah otak'

Salam...
 
 

 Bakul nak tepek blogger ni. Hehe.:
 

1st Giveaway by Chirp-chirp!

Salam...


Bakul suka Bebear! 
Sebab apa?
Bila Bakul tengok bebear, Bakul teringat masa Bakul jadi Zoo Volunteer, ada beruang tu nama dia Boy.
Boy sangat cute ok! 
Cute macam Bakul.
Cute macam Bebear juga!
 
 
Ni kawan-kawan Bakul:
 
 
-------------------

Year End Giveaway By Cik Bunny

Salam...
 
 
 
--------------------------------

Monday, December 3, 2012

Saya Nak Join Bloglist Dear KHYD

Salam...!

http://dearsuperduperstar.blogspot.com/2012/11/segmen-saya-nak-join-bloglist-dear-khy.html?showComment=1354349373715





KEISTIMEWAAN WUDHUK

Setiap amalan syariat yang diajarkan oleh Islam melalui Rasulullah s.a.w pasti memiliki hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Misalnya mengapa Islam mengutuk perbuatan zina, minum arak, mencuri, dan mengapa pula Islam mengajarkan umatnya bertauhid, menegakkan solat, memperat silatulrahim dan lainnya? Tentunya ada sesuatu yang sangat penting di sebaliknya. Demikian juga dengan berwuduk, ia memiliki keistimewaan yang khas, antaranya sepertimana yang diungkapkan oleh Nabi yang bermaksud:

"Telah bersabda Rasulullah s.a.w. Kesucian itu sebahagian daripada iman, kalimah alhamdulillah memenuhi timbangan, bertasbih kepada Allah dengan mengucapkan subhanallah dan alhamdulillah meliputi apa yang ada di langit dan di bumi". (Riwayat Bukhari Muslim)

Kesucian dalam hadis di atas bersifat am, mencakupi segala hal kesucian, sebab sebenar Islam itu agama yang cinta kesucian, kebersihan. Bahkan kesucian atau kebersihan itu diletakkan oleh Nabi sebagai sebahagian daripada iman. Termasuklah wuduk di dalamnya. Oleh itu Iman Muslim meletakkan hadis ini dalam bab keutamaan wuduk.

 Dalam hadis lain disebutkan lebih khas bagaimana keistimewaan wuduk menurut Rasulullah s.a.w:

"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu membersihkan wajahnya, maka keluarlah daripada wajahnya segala dosa yang telah dilakukan oleh matanya bersama aliran air. Apabila ia membersihkan tangannya, maka keluarlah daripada tangan itu dosa-dosa yang telah dilakukan olehnya mengalir bersam air, manakala ia membasuh kakinya, maka keluarlah daripada kaki itu dosa-dosa yang telah dilakukan olehnya mengalir bersama air, sehingga hamba itu keluar dari tempat wuduk dalam keadaan bersih daripada dosa yang dilakukan oleh anggota tubuhnya." (Diriwayatkan oleh Muslim)

Bukan hanya sekadar itu, wuduk juga memiliki keistimewaan lain:

"Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya umatku akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan bercahaya di wajahnya daripada kesan wuduk, oleh itu sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa bercahaya maka berwuduklah selalu" (Diriwayatkan oleh Bukhari)

Orang yang dalam keadaan marah, diajarkan oleh Rasulullah agar berwuduk. Ertinya manusia yang tercipta dari tanah dan air agar kembali kepada sifat semula jadinya. Banyak ayat al-Quran menyatakan mengenai asal penciptaan manusia yang daripada tanah bercampur air. Demikian juga mengenai api yang menjadi asal pada penciptaan syaitan:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan 'pati' itu (setitis) air benih pada penetapan yang  kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Al-Mukminun: 12-14)

Marah itu sendiri digambarkan oleh Rasulullah sebagai sebahagian daripada syaitan. Hanya airlah yang boleh memadamkan api. Oleh itu dengan berwuduk orang yang marah diharapkan menjadi tenang, sedar akan dirinya dan kembali mengingati Allah.

"Daripada 'Atgiyah bin Urwah al-Sa'adi ia berkata: "Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya marah itu sebahagian daripada syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila seseorang daripada kamu marah maka berwuduklah."

---------------------------------

Tuesday, November 27, 2012

MENDOAKAN ORANG BERSIN



Dalam Sahih Bukhari, Abu Hurairah r.a menceritakan sabda Rasullullah s.a.w,

"Jika seorang di antara kalian bersin, ucapkanlah Alhamdulllah (Segala puji bagi Allah).

Sementara itu, saudara atau teman yang mendengar, hendaknya menjawab Yarhamukallah (Semoga Allah mengasihimu).

Jika dia mengucapkan Yarhamukallah, hendaknya orang yang bersin membalas dengan mengucapkan Yahdikumullahu wa yushlihu balakum (Semoga Allah memberikan hidayah kepada kalian dan memperbaik kondisi kalian)."

(Imam Nawawi (2009:508) Al-Azkar; The Complete Book of Zikir, Arkanleema)

#
Yang ke3 tu, kalo nak sebut yahdikumullah je pun boleh.
Jangan pulak bila orang bersin, sebut VIRUS! VIRUS...! Buat naya je. Eish...



 -----------------------------

Friday, November 23, 2012

Syoknya Baca Al-Quran!

 
Salah satu tanda kesempurnaan kita terhadap al-Quran adalah senantiasa membacanya dengan sebenar-benar bacaan, sebagaimana firman Allah swt yng bermaksud:

"Orang-orang yang telah kami beri kitab, mereka membacanya sebagaimana mestinya, mereka itulah orang yang beriman kepadaNya. Dan barang siapa ingkar kepadaNya, mereka itulah orang-orang yang rugi. (Baqarah, 2:121)

Saturday, November 17, 2012

Hadis: Surat Rasulullah

 Hadis riwayat Abu Sufyan r.a, dia berkata, ketika aku berada di Syam, datanglah sepucuk surat dari Rasulullah s.a.w yang ditujukan ke Hiraklius. Ternyata isinya adalah sebagai berikut,

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, dari Muhammad utusan Allah untuk Hiraklius penguasa Romawi. Salam sejahtera semoga selalu terlimpah kepada orang-orang yang mahu mengikuti kebenaran. Sesungguhnya aku bermaksud mengajakmu memeluk Islam. Masuklah Islam nescaya kamu akan selamat. Masuklah Islam nescaya Allah akan menganugerahimu dua pahala sekaligus. Jika kamu berpaling dari ajakan yang mulia ini maka kamu akan menanngung dosa seluruh pengikutmu. (Wahai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah kecuali Allah dan tidak kita mempersekutukanNya dengan sesutu pun dan kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka, 'Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang Muslim)."

HR Muslim, 3322
 

Hijau Malaysia

Teringin nak keluar tengok hijau2 Malaysia, tapi tak mandi lagi. Kui3

# Syukur aku di bumi Allah. Gaza, doaku dari jauh untukmu. Walau kesejahteraan dunia tidak kau dapat, insyaAllah nantikannya di akhirat.
------------------------
 

Tuesday, October 16, 2012

Makcik Dan Aiskrim

Salam... Nak dijadikan cerita, Bakul ngan kawan2 Bakul pergi Giant sebab nak shopping. Lepas habis kami beli barang, kami beli makan kat KFC. Bungkus je. Bakul teringin pulak rasanya nak makan Zinger Double Down tu. Hehe. Tapi Bakul beli untuk puasa la. Sebab Bakul puasa hari ni.

Kami tunggu masuk waktu maghrib kejap kat KFC tu. Pastu minum just untuk buka puasa. Dan dah takde urusan dah. Kami pun berjalan keluar dari bangunan tu. Masa kami berjalan, Bakul nampak ada seorang mak cik tua tu makan aiskrim. Macam best je kan makcik tu makan. Teringin je Bakul. He. 

Tapi yang membuatkan Bakul tersentuh, aiskrim tu meleleh-leleh kat tangan makcik tu. Ada tisu kat tangan dia. Tapi tisu tu pun dah tak mampu nak tadah lelehan aiskrim tu. Bila Bakul dah melepasi makcik tu, Bakul still pandang dia. 

Then Bakul nampak! Anak dia yang jalan kat depan ngan bini dia tengok mak dia jalan terkedek-kedek kat belakang. Pastu boleh pulak dia buat donno buat tak tahu je. Eee...!!! Geramnya Bakul rasa. Pastu kawan Bakul bagi tisu kat Bakul. Then Bakul pun berlari-lari la pergi kat makcik tu.

Bakul: Nah makcik, tisu. Kesian makcik. Meleleh-leleh dah aiskrim tu.
Makcik: Terima kasih...

Sangat lembut je makcik tu cakap ngan Bakul. Hmm...tersentuh rasa hati ni. Tetiba Bakul teringat mak Bakul kat kampung. Mak Bakul Alhamdulillah setakat ni sihat walafiat. Kalau la mak Bakul sakit ke, apa ke, Bakul pun tak tahu la sabar ke Bakul ni nak jaga mak. Tak pun kalau Bakul kahwin nanti, kuat ke Bakul ni nak jaga mak mertua? Huhu...

Cukuplah hari ni jadi pengajaran kat Bakul... Mak...


Sunday, October 14, 2012

Tolong Aku Berzikir



Ya Allah, tolonglah diriku untuk bisa selalu berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu, dan meningkatkan ibadah-ibadahku kepadaMu...






Saturday, October 13, 2012

MATI ITU PASTI

KEMATIAN bukanlah "bencana" yang harus dilupakan, melainkan pelajaran penting yang mengajarkan kepada manusia erti hidup yang sebenarnya. Dengan demikian, kematian seharusnya menjadi bahan pemikiran yang mendalam. Seorang muslim akan benar-benar merenungi kenyataan penting ini dengan kesungguhan dan kearifan.

Mengapa semua manusia hidup pada masa tertentu dan kemudian mati? Semua makhluk hidup tidak kekal. Ini menunjukkan bahawa manusia tidak memiliki kekuatan dan tidak mampu menandingi kekuasaan Allah. Allah lah satu-satunya Pemilik kehidupan, semua makhluk hidup dengan kehendak Allah dan akan mati dengan kehendakNya pula.

Setiap orang akan mati, namun tidak seorang pun tahu di mana dan bila kematian akan menghampiri. Tidak seorang pun dapat menjamin ia akan hidup pada saat berikutnya. Oleh kerana itu, seorang muslim harus bertindak seolah-olah mereka sebentar lagi akan didatangi kematian.

Berfikir tentang kematian akan membantu seseorang meningkatkan keikhlasan dan rasa takut kepada Allah, dan mereka akan selalu menyedari akan apa yang sedang menunggunya, (Harun Yahya, Nilai-Nilai Moral Al-Quran, 2004)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...