Klik di sini!

Jom Berhoye-hoye!

Thursday, December 20, 2012

1st give away by CIKJI

Salam kawan2! Bakul try join give away! Hehe...


Roti Canai Buatan Bibik

Tadi Akar nampak gambar roti canai kat teh 3 in 1.

Akar: Bik, buat roti canai bik. Abang nak.
Bakul: Ala... bibik bole buat.. Tapi nanti tak sedap nanti.

#Huhu. (-.-)
 

Sunday, December 9, 2012

CUBA CIUM ABANG

Anak saudara Bakul yang berumur 3 tahun tu cuba menegur Bakul.

Akar: Bibik. Cuba bibik cium abang. Abang dah bubuh bedak dah.

Bakul pun pandang pelik kat beliau. Sebab...sebab...

Bakul: Bang, apa yang kat hidung abang tu? Kat bawah...

Budak tu pun amik benda tu dan tengok.

Akar: Oh, ni taik hidung.

Euwwww..... Mwahhahahahahahak!


Friday, December 7, 2012

Bilik Sewa Di Petaling Jaya

Salam kawan-kawan...

Bakul nak mintak sangat-sangat jasa baik kawan-kawan. Tolong carikan Bakul bilik sewa. Bakul nak praktikal bulan Januari nanti. Kalau boleh Bakul nak yang bawah RM 200 la. 

Bakul praktikal kat company Tri System Technology kat Petaling Jaya. Apa-apa hal bolehlah contact Bakul kat bigboss8906@gmail.com ye. Nanti kat email tu Bakul bagi nombor telefon Bakul. 

Terima kasih kengkawan. Huhu..


Tuesday, December 4, 2012

KAWAII GIVEAWAY

Salam


Kawan-kawan Bakul:


-----------------

Dress and Domain giveaway

Salam...


-----------

SIMPLE GIVEAWAY - PINK ORANGE SHOPPE

Salam...



Kawan-kawan bakul:



------------------

GIVEAWAY 'jangan perah otak'

Salam...
 
 

 Bakul nak tepek blogger ni. Hehe.:
 

1st Giveaway by Chirp-chirp!

Salam...


Bakul suka Bebear! 
Sebab apa?
Bila Bakul tengok bebear, Bakul teringat masa Bakul jadi Zoo Volunteer, ada beruang tu nama dia Boy.
Boy sangat cute ok! 
Cute macam Bakul.
Cute macam Bebear juga!
 
 
Ni kawan-kawan Bakul:
 
 
-------------------

Year End Giveaway By Cik Bunny

Salam...
 
 
 
--------------------------------

Monday, December 3, 2012

Saya Nak Join Bloglist Dear KHYD

Salam...!

http://dearsuperduperstar.blogspot.com/2012/11/segmen-saya-nak-join-bloglist-dear-khy.html?showComment=1354349373715





KEISTIMEWAAN WUDHUK

Setiap amalan syariat yang diajarkan oleh Islam melalui Rasulullah s.a.w pasti memiliki hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Misalnya mengapa Islam mengutuk perbuatan zina, minum arak, mencuri, dan mengapa pula Islam mengajarkan umatnya bertauhid, menegakkan solat, memperat silatulrahim dan lainnya? Tentunya ada sesuatu yang sangat penting di sebaliknya. Demikian juga dengan berwuduk, ia memiliki keistimewaan yang khas, antaranya sepertimana yang diungkapkan oleh Nabi yang bermaksud:

"Telah bersabda Rasulullah s.a.w. Kesucian itu sebahagian daripada iman, kalimah alhamdulillah memenuhi timbangan, bertasbih kepada Allah dengan mengucapkan subhanallah dan alhamdulillah meliputi apa yang ada di langit dan di bumi". (Riwayat Bukhari Muslim)

Kesucian dalam hadis di atas bersifat am, mencakupi segala hal kesucian, sebab sebenar Islam itu agama yang cinta kesucian, kebersihan. Bahkan kesucian atau kebersihan itu diletakkan oleh Nabi sebagai sebahagian daripada iman. Termasuklah wuduk di dalamnya. Oleh itu Iman Muslim meletakkan hadis ini dalam bab keutamaan wuduk.

 Dalam hadis lain disebutkan lebih khas bagaimana keistimewaan wuduk menurut Rasulullah s.a.w:

"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu membersihkan wajahnya, maka keluarlah daripada wajahnya segala dosa yang telah dilakukan oleh matanya bersama aliran air. Apabila ia membersihkan tangannya, maka keluarlah daripada tangan itu dosa-dosa yang telah dilakukan olehnya mengalir bersam air, manakala ia membasuh kakinya, maka keluarlah daripada kaki itu dosa-dosa yang telah dilakukan olehnya mengalir bersama air, sehingga hamba itu keluar dari tempat wuduk dalam keadaan bersih daripada dosa yang dilakukan oleh anggota tubuhnya." (Diriwayatkan oleh Muslim)

Bukan hanya sekadar itu, wuduk juga memiliki keistimewaan lain:

"Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya umatku akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan bercahaya di wajahnya daripada kesan wuduk, oleh itu sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa bercahaya maka berwuduklah selalu" (Diriwayatkan oleh Bukhari)

Orang yang dalam keadaan marah, diajarkan oleh Rasulullah agar berwuduk. Ertinya manusia yang tercipta dari tanah dan air agar kembali kepada sifat semula jadinya. Banyak ayat al-Quran menyatakan mengenai asal penciptaan manusia yang daripada tanah bercampur air. Demikian juga mengenai api yang menjadi asal pada penciptaan syaitan:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan 'pati' itu (setitis) air benih pada penetapan yang  kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Al-Mukminun: 12-14)

Marah itu sendiri digambarkan oleh Rasulullah sebagai sebahagian daripada syaitan. Hanya airlah yang boleh memadamkan api. Oleh itu dengan berwuduk orang yang marah diharapkan menjadi tenang, sedar akan dirinya dan kembali mengingati Allah.

"Daripada 'Atgiyah bin Urwah al-Sa'adi ia berkata: "Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya marah itu sebahagian daripada syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila seseorang daripada kamu marah maka berwuduklah."

---------------------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...